al-Siha : Plus Pull-Out January 2019 | Page 6

p06 al-Siha Plus | JANUARI, 2019 Saya YAKIN IJN Pemindahan jantung selamatkan Norshafina Akibat terjatuh ketika melakukan operasi jenayah kira- kira lapan tahun lalu, Norshafi na berdepan detik-detik menakutkan dalam hidupnya apabila terpaksa menjalani pembedahan pemindahan jantung yang berisiko tinggi K ETIKA terjatuh, Norshafi na mengandung lapan bulan. Namun, kerana tugasnya yang memerlukan komitmen tinggi, Norshafi na tidak dibenarkan keluar daripada balai polis selama tiga hari. Sewaktu menjalani rawatan rutin kandungan, barulah Norsha- fi na sedar bayinya mengalami pendarahan teruk di kepala akibat hentakan kuat ketika terjatuh sewaktu operasi berkenaan. Pendarahan itu menyebabkan bayinya berlumuran darah di dalam kandungan melebihi tiga hari. Malah pendarahan itu turut merebak kebahagian organ-organ dalaman Norshafina menyebabkan fungsi badannya terjejas. Demi menyelamatkan nyawa kedua-duanya, Norshafi na dinasihatkan bersalin secara paksa. Namun, bayi malang itu dilahirkan dengan pendara- han teruk di kepala hingga menjejaskan fungsi otak. Atas cadangan doktor, bayi Norshafi na terpaksa dimatikan demi masa depannya. “Alhamdulillah, masa lahir saya sempat tengok anak. Dia cukup sifat dan nampak sihat. Tetapi saya terpaksa akur. Demi kebaikan dia, saya redha dia pergi. Dalam masa yang sama, Norshafi na juga perlu men- jalani pembedahan untuk memulihkan kembali organ dalaman agar ia mampu berfungsi semula. Malangnya, jantung tidak dapat berfungsi dengan baik dan mula menunjukkan kegagalan fungsi selepas seminggu men- jalani pembedahan. “Lepas seminggu tu, jantung saya mula tunjukkan tanda-tanda kegagalan fungsi. Antaranya sukar bernafas, perlu tidur dengan bantal tinggi dan kerap pengsan secara tiba-tiba. Bimbang keadaan lebih buruk berlaku, Norshafi na dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) di bawah pen- jagaan Dr.Zulkiflee. Atas cadangan pakar, Norshafina dinasihatkan untuk menanam sejenis alat kawalan degupan jantung, Pacemaker di dalam badannya. Jelas Norshafi na, pace- maker ditanam di bawah tulang bahu pada tahun 2010. Di awal penggunaan pacemaker, jantung Nor- shafi na boleh berfungsi dengan baik. Namun, lama kelamaan alat berkenaan tidak mampu menampung kelemahan jan- tungnya yang PENGALAMAN PAHIT... Norshafi na sewaktu berkongsi pengalamannya menjalani pemindahan jantung. semakin buruk. “Walaupun saya pakai pacemaker, namun ia tidak kuat untuk menyokong jantung saya yang sangat lemah. Saya tetap juga pengsan secara tiba-tiba dan dimana-mana. “Bila ia terlalu kerap berlaku, saya rujuk semula ke IJN. Kebetulan pada waktu itu saya tiba-tiba pengsan sewaktu melakukan rawatan rutin di IJN. Dari situlah doktor men- gambil tindakan pantas dan meletakkan saya dibawah team penjagaan kegagalan jantung seliaan Dato' Dr. Azmee Mohd Ghazi. Sejak itu, Coronary Care Unit (CCU) menjadi rumah kedua saya,” jelasnya sambil ketawa. Pada tahun 2017, Norshafi na mengalami jangkitan paru-paru menyebabkan keadaan jantungnya menjadi lebih teruk dengan kadar fungsi sebanyak 15 peratus sahaja. “Keadaan itu menyebabkan saya sangat takut. Malah waktu itu, saya juga diberitahu tiada jalan lain yang boleh menyelamatkan saya melainkan saya menjalani pembeda- HIDUP LEBIH BERMAKNA “Alhamdulillah, selepas beberapa hari menjalani pembe- dahan saya sudah boleh melakukan beberapa senaman dan terapi. Malah boleh berjalan sendiri ke unit berkenaan tanpa bantuan kerusi roda. Doktor melihat pun hairan kerana perkembangan saya sangat cepat. Walaupun, keadaan kembali seperti 10 tahun lalu namun Norshafina masih perlu berhati-hati menjaga dirinya. Syafi na tidak boleh berada dikawasan awam untuk mengelakkan terdedah kepada jangkitan kuman. Malah, rumah juga perlu sentiasa bersih dan terjaga sepanjang masa. Begitu juga dalam soal penjagaan makanan harian. Nor- shafi na tidak boleh makan makanan yang tidak dimasak seperti sushi dan salad terutamanya ketika makan diluar. Norshafi na perlu makan makanan yang dimasak dengan betul untuk mengelakkan jangkitan pada jantung baru. Begitu juga makanan yang dimakan tidak boleh sejuk dan perlu dimakan panas. “Sama juga dengan senaman harian. Setiap hari saya akan bersenam atau paling tidak saya akan berjalan sekerap mungkin sama ada dengan mengelilingi rumah dan sebagainya. Ia sebagai cara untuk saya mengesan sejauh mana kemampuan jantung saya mampu menge- pam. Jika sebelum ini saya mudah bengah ketika berjalan walau hanya beberapa langkah, namun kali ini rasa itu sudah tiada. “Dengan jantung baru ini saya sudah boleh kembali menjalani operasi-operasi yang menjadi kepakaran saya iaitu jenayah rumah tangga, wanita dan kes-kes rogol. “Saya mengakui, sebelum menjalani pemindahan jantung saya sangat takut dan bimbang sekiranya saya meninggal di meja bedah. Namun, saya yakin mati itu rahsia Allah. Di mana-mana sahaja Allah boleh mencabut nyawa saya. Begitu juga dengan sokongan Puan Sharifah, saya berani menyahut cabaran ini. “Oleh itu, untuk anda yang mengalami masalah kegagalan jantung seperti saya, janganlah takut. Ramai pesakit yang menjalani rawatan ini mampu hidup lama. Usah risau kerana IJN memiliki ramai doktor-doktor pakar. Malah ramai pesakit luar negara yang datang mendapatkan rawatan di IJN,” jelasnya akhiri perbualan. — al-Siha Plus Alhamdulillah, masa lahir saya sempat tengok anak. Dia cukup sifat dan nampak sihat. Tetapi saya terpaksa akur. Demi kebaikan dia, saya redha dia pergi.” – Norshafi na Kesibukan, punca sakit jantung K TABAH... Walaupun kehilangan bayinya, Norshafi na tetap tabah jalani kehidupan. han pemindahan jantung. Jika tidak, saya hanya mampu hidup hanya beberapa tahun sahaja. “Setiap hari saya berdoa agar ada rezeki untuk saya dapat penderma. Alhamdulillah, lima bulan menunggu akhirnya saya mendapat panggilan memaklumkan ada penderma yang sesuai untuk saya. Pada bulan Mac tahun lalu, saya selamat menjalani pembedahan pemindahan jantung. EHIDUPAN yang sibuk dan dikelilingi tekanan membawa Albert Gunaratnam Samuel Th ambiah, 70 menghidap kegagalan fungsi jantung diusia muda. Semuanya bermula pada tahun 90-an. Pada waktu itu, Albert masih kuat bekerja. Rutin harinya dipenuhi dengan jadual kerja yang kian menimbun, membuatkan dia sering saja mengalami tekanan. Bagi mengurangkan tekanan, minuman beralkohol menjadi pilihan. Dalam masa yang sama, Albert juga mengalami penyakit kencing manis akibat pemakanan yang tidak dijaga. Pada tahun 1996, Albert akhirnya mengalami serangan jantung utama akibat kehidupan dan tabiat pemakanannya yang semakin buruk. Setelah menjalani beberapa siri pemeriksaan, Albert akhirnya disahkan menghidap kegagalan fungsi jantung. “Tiada apa yang boleh saya katakan, selain saya takut mati,” jelasnya. Keadaan itu sangat merungsingkan Albert kerana keadaan jantungnya tidak memungkinkan untuk dia PANJANG UMUR... Sudah lebih 20 tahun Albert hidup bersama jantung baru. meneruskan kehidupan lebih lama. Namun, doktor yang merawatnya tidak pernah berputus asa memberi sokongan moral serta ubat-ubatan yang diperlukan serta mengubah keseluruahan gaya hidupnya. “Pada waktu itu, pemindahan jantung masih teori di Malaysia. Namun, doktor yang merawat saya di hospital Assunta Kuala Lumpur memberi cadangan untuk saya melakukan pemidahan di India kerana India memiliki kepakaran dalam bidang berkenaan. SUKAR DAPATKAN JANTUNG “Saya memulakan perjalanan ke India. Namun, ia amat mendukacitakan kerana doktor di sana memberitahu untuk mendapatkan jantung baru bukan suatu yang mudah. Apatah lagi, darah saya juga dari kumpulan AB dimana sangat sukar untuk mendapat penderma dari kumpulan darah tersebut.