al-Siha : September 2019 | Page 3

SEPTEMBER, 2019 | al-Siha nota pEngarang 03 Fikir dulu sebelum kongsi J IKA diperhatikan, sesuatu berita atau perkembangan terkini cepat sangat tersebar. Sesetengah pengguna facebook seakan-akan berlumba-lumba untuk jadi yang pertama menyampaikan sesuatu dan pantas menekan ‘kongsi’ (share) berita tersebut ke dinding face- book masing-masing. Walhal, ada cerita, berita, artikel yang direka semata-mata, palsu atau tidak benar, malah di sebarkan dengan tujuan untuk menjatuhkan individu yang lain dan berunsur fi tnah. Setiap individu selayaknya memilih yang terbaik, pernah atau tidak kita kaji terlebih dahulu sebelum kongsi. Kita perlu lebih berhati-hati, kerana dengan tindakan kita, kehidupan seseorang mungkin akan kacau-bilau, berserabut, malah tidak mustahil terlalu sedih, mengalami tekanan yang melampau sehingga membawa kepada masalah mental dan kesihatan. Menurut Cybersecurity Malaysia, 6.73 peratus meng- gunakan facebook untuk mempersendakan atau mengejek orang lain, 4.70 peratus pengguna menghantar pesanan menggunakan bahasa yang kasar kepada orang lain, 5.67 peratus menyamar sebagai orang lain dalam talian, 2.96 peratus menyebarkan khabar angin yang tidak sopan mengenai orang lain dan 2.81 peratus mengusik dengan cara melampau dan tidak sopan. Jom ubah! Apa kata kalau kita kongsikan sesuatu yang memberi manfaat buat kenalan kita. Kongsi tentang maklumat yang boleh memberikan sesuatu yang positif, mungkin boleh membantu seseorang di saat memerlukan, dan boleh dijadikan pengajaran. Berkongsi itu tidak salah, tetapi sebaik nya kaji sebelum kongsi. mEmBImBanGKan … adakah anak anda diawasi hari ini? 23 24-25 DIARI LELAKI • Pintasan gastrik atasi obesiti TENTANG WANITA • Tangani masalah 'terkucil' • Cara-cara senaman kegel • Punca otot pelvik lemah • #SaveALife selamatkan bayi • Tiada sejarah kanser • Barah ovari sukar dikesan 26 VETERAN • 'Doktor, saya nak ubat tidur!' 27 JOM SIHAT • Alkohol dalam industri halal • Cuka epal menyihatkan? 28 JOM CERGAS • Masyarakat kita kurang aktif • X-Break, rutin regangan ringkas 29 PERSONALITI • Rahsia kulit mulus Farah Nabilah 30 – 31 EKSKLUSIF • Cawan haid tak bocor • Pad pakai buang bawa maut? • Asal-usul cawan haid • Hukum basuh pad • Reaksi • Bajet 23 Norzira Syarini Mohammed Pauzi Pengarang norzira.syarini@revonmedia.com