04
al-Siha | September, 2019
BULETIN
Ringkasan
TENA galakkan
ubahsuai rumah
bantu ibu bapa
TENA, Pakar Yang Memahami
dan Yayasan Kontinens Malaysia
baru-baru ini melancarkan
Kempen ‘Sentiasa Denganmu
Mak Abah di Mana Jua: Idea
Mudah Untuk Rumah, Ibu
Bapa Kita Lebih Selesa’ untuk
mengalakkan anak-anak agar
lebih peka dengan perkara-
perkara kecil yang boleh
dilakukan.
Oleh kerana inkontinens boleh
menjejaskan pergerakan dan
kualiti hidup seseorang, kempen
ini menawarkan cadangan
praktikal dari para pakar mengenai
penjagaan yang betul menerusi
pengurusan dan pengubahsuaian
mudah di rumah bagi membantu
ibubapa yang semakin tua
merasa lebih selesa, sambil
mengurangkan risiko terjatuh.
Inkontinens menjejaskan
1.4 juta rakyat Malaysia dan
dianggarkan meningkat sebanyak
4.5% setiap tahun. Namun begitu,
kajian menunjukkan bahawa
69% daripada mereka tidak
mendapatkan bantuan disebabkan
stigma sosial dan sebahagian
besarnya merasa malu.
Di samping menggunakan
TENA Pants, idea pengubahsuaian
rumah juga dapat memberi impak
yang besar. Turut menyokong
kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak
Abah di Mana Jua: Idea Mudah
Untuk Rumah, Kempen Ibu Bapa
Lebih Lebih Selesa’ adalah pereka
terkenal Malaysia Dr Eric Leong.
Novartis
lancar aplikasi
Let’s Be Clear
Novartis Malaysia
melancarkan Let’s Be Clear,
aplikasi kesihatan mudah alih
baharu yang menyediakan
penyelesaian lanjutan daripada
perubatan untuk membantu
pesakit menguruskan penyakit
mereka dengan lebih baik.
Aplikasi Let’s Be Clear telah
dibangunkan secara khusus
bagi pesakit yang menggunakan
rawatan biologik daripada Novartis
untuk merawat psoriasis plak
tahap sederhana dan teruk,
psoriatic arthritis dan ankylosing
spondylitis (AS)4.
Presiden dan Pengarah Urusan,
Novartis Malaysia & Brunei, Patrik
Grande berkata, Let’s Be Clear,
memainkan peranan penting
dalam menyediakan cara yang
mudah namun menyeluruh kepada
pengguna ubat biologik kami di
Malaysia untuk menguruskan
keadaan kesihatan mereka. Let’s
Be Clear akan membantu mereka
mengesan dan tidak akan terlepas
pandang perubahan positif ini.
Dalam pada itu, pesakit yang
mengalami kesakitan kronik
akibat psoriatic arthritis dan
AS boleh memaklumkan tahap
penyakit mereka kepada doktor
yang merawat dalam langkah
menambah baik kaedah rawatan
masing-masing. — al-Siha
Majlis pelancaran Vocinti®, rawatan terbaharu untuk membasmi H. Pylori.
Perencat asid Takeda
T
akeda telah memperkenalkan
Vocinti® (vonoprazan), rawatan
terbaharu untuk membasmi H.
pylori dan merawat erosif esofagitis di
Malaysia. Vocinti® ialah penyekat asid
kompetitif kalium (P-CAB) dengan kecen-
derungan yang tinggi kepada pam asid di
dalam perut yang menyekat penghasilan
asid gastrik. Vocinti® ialah sejenis rawatan
tambahan yang berkesan yang digunakan
bersama antibiotik untuk membasmi
jangkitan H. pylori. Ia juga disyorkan bagi
merawat erosif esofagitis.
Ketua Kluster Takeda Malaysia, Sin-
gapura, Vietnam dan Filipina berkata,
Vocinti® mampu merawat jangkitan
H. pylori dan erosif esofagitis dengan
berkesan di Jepun dan bertindak pantas
serta kekangan asid gastrik yang kuat
dan berterusan dengan jadual dos yang
mudah bagi pesakit.
“H. pylori merupakan penyakit ber-
jangkit yang paling umum di peringkat
global dan mempengaruhi separuh
daripada penduduk dunia. Individu
yang dijangkiti mungkin langsung tidak
menunjukkan simptom-simptom atau
mengalami simptom-simptom yang
umum termasuk sakit abdomen, rasa
loya, kehilangan selera, sering bersendawa,
mempunyai perut kembung dan kehilangan
berat badan yang tidak dirancang,” katanya.
Walaupun kaedah sebaran jangkitan
sebenar masih tidak diketahui, H. pylori
mungkin berjangkit dari seorang ke
seorang menerusi air liur, muntah atau
bahan najis. Walaupun jangkitan H. pylori
merupakan sejenis penyakit umum, tahap
penyakit dan kos perubatan yang dikaitkan
dengan jangkitan H. pylori tidak boleh
diabaikan.
H. pylori telah dikenal pasti sebagai
salah satu punca utama penyakit ulser
peptik dan kanser gastrik di seluruh dunia.
— al-Siha
Philips memperbaiki hasil
rawatan pesakit
Philips menyampaikan manfaat
matlamat ganda empatnya untuk
memperbaiki hasil penjagaan kesihatan,
pengalaman pesakit dan kakitangan
serta mengurangkan kos penjagaan
melalui pelaksanaan penyelesaian
penjagaan terhubungnya.
Di Simposium Future of Connected
Care (Masa Hadapan Penjagaan
Terhubung) Philips memaparkan
solusi-solusi bersepadu yang meng-
hubungkan pesakit, teknologi dan data
bagi menyokong keputusan klinikal
di titik penjagaan, memperbaiki pen-
galaman bagi kedua-dua pesakit dan
profesional penjagaan kesihatan, dan
pada masa yang sama mengoptimum-
kan penyampaian penjagaan dengan
aliran penjagaan bersepadu.
Simposium berkenaan – yang telah
dirasmikan oleh Datuk Dr Christopher
K.C. Lee, Timbalan Ketua Pegarah
Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan
Teknikal), Kementerian Kesihatan
Malaysia, dihadiri hampir 300 profe-
sional penjagaan kesihatan awam dan
swasta termasuk kakitangan pengurusan
hospital, perunding teknologi siap
guna hospital dan perunding peralatan
perubatan.
Mereka berpeluang melihat solusi
Analisis Pemantauan dan Penjagaan
Terapeutik Philips yang mendahului
pasaran, dipasang dalam sebuah hos-
pital contoh dan melihat bagaimana
peranti, perisian serta perkhidmatan
berpadu dalam rangka kerja penyelesa-
ian pintar yang lancar.
Solusi-solusi yang ditunjukkan terma-
suk yang digunakan dalam persekitaran
Datuk Dr Christopher K.C. Lee
menyaksikan sendiri demonstrasi
Philips HeartStart Intrepid.
penjagaan utama dan mendesak seperti
Unit Penjagaan Kritikal Jabatan Kece-
masan, Penjagaan Sebelum dan Selepas
Pembedahan, Wad Penjagaan Am,
Penjagaan Bayi dan Ibu serta Kardiologi.
Solusi-solusi berkenaan membolehkan
aliran kerja yang lebih pintar, sekaligus
mempertingkatkan penyelesaian aliran
di hospital. — al-Siha
Hentikan stigma isu kesihatan mental
Di Malaysia, trend tingkah laku bunuh
diri dalam kalangan remaja menunjuk-
kan peningkatan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Kajian Kesi-
hatan dan Morbiditi Kebangsaan pada
tahun 2017 mendapati prevalen idea
bunuh diri dalam kalangan remaja beru-
mur 13 hingga 17 tahun adalah 10 peratus
berbanding 7.9 peratus pada tahun 2012.
“Pelbagai strategi telah dilaksanakan
termasuk kempen promosi kesihatan
mental, ujian saringan dan rawatan
pada peringkat kesihatan primer serta
program-program bantuan asas psikologi
semasa krisis,” katanya dalam ucaptama
semasa merasmikan Larian 'Stop The
Stigma Run 2019' sempena sambutan
Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019
di Kompleks Dewan Undangan Negeri
Lama Sarawak.
“Bagi golongan kanak-kanak dan
remaja, Kementerian Kesihatan Malay-
sia telah berganding bahu dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menjalankan program-program promosi
kesihatan minda seperti Program Minda
Sihat Sekolah.
Perkhidmatan rawatan kesihatan
mental juga ada disediakan di sebanyak
61 hospital kerajaan yang mempunyai
khidmat kepakaran psikiatri, termasuk 4
Institusi Mental. Perkhidmatan rawatan
kesihatan mental turut disokong dan
disediakan di klinik-klinik kesihatan di
seluruh negara, termasuk 22 Pusat Kesi-
hatan Mental Masyarakat (MENTARI).
— al-Siha