al-Siha : September 2019 | Page 7

SEPTEMBER, 2019 | al-Siha BULETIN 07 Ikhtiar dapatkan zuriat KL Fertility Centre tawar rawatan kesuburan buat pasangan belum timang cahaya mata M ENURUT Pakar Kesuburan di KL Fertility Centre, Dr Paul Tay Yee Siang, pusat perubatan tersebut telah ditubuhkan oleh Dato’ Dr Prasant Nadkarni pada tahun 2001. “Beliau merupakan graduan lulusan perubatan dari Universiti Malaya pada tahun 1982, dan memperoleh ijazah kepakaran dalam bidang perubatan reproduktif sejak 1989. Jelas beliau, KL Fertility Centre sebelum ini beroperasi hampir 10 tahun di Wisma Perintis dan kemudian beralih ke Damansara City Mall, Damansara, Kuala Lumpur pada tahun 2016. “Bermula dengan 100 kitaran pada ketika itu, kemudian meningkat kepada lebih dari 1000 kitaran sekarang dan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus peningkatan setiap tahun. Lebih 1000 kitaran rawatan dicatatkan pada tahun 2018, KL Fertility Centre sedia bantu pasangan timang cahaya mata. Dr Paul Tay Yee Siang, Pakar Kesuburan di KL Fertility Centre. menjadikan KL Fertility Centre ini tersenarai sebagai pusat perubatan antara yang terbesar di Malaysia. “Melihat potensi yang begitu menggalakkan akhirnya pada tahun 2013, Monash IVF, sebuah syarikat perintis dalam bidang perkhidmatan kesuburan di Australia mendapatkan hak milik ke atas KL Fertility Centre ini. Monash Group adalah perintis bidang perkhidmatan kes- uburan di Australia dan telah mencapai kejayaan yang amat membanggakan dan mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dengan kadar kejayaan lebih 35,000 bayi. Selain itu, pasukan bersama Monash IVF telah mencatatkan kehamilan IVF pertama di dunia pada tahun 1973, kelahiran embrio beku pertama dunia (1984), bayi telur penderma pertama dunia (1984), kelahiran pertama dunia daripada operasi semula sperma 1985, kehamilan tumpang pertama Australia (1988) dan juga blastocyst bayi pertama Australia selepas kematangan in-vitro telur utama manusia (1995). KL Fertility berbangga menjadi perniagaan antarabangsa pertama Monash IVF dan membawa sains serta standard yang sama untuk membantu semua pasangan memiliki zuriat. al-Siha Kadar kesuburan rakyat Malaysia merosot MASALAH kesuburan menjadi isu penduduk di seluruh negara dan bukan hanya di Malaysia sahaja. “Terdapat banyak faktor yang memberi kesan kepada kesuburan. Pada tahun 1950, kadar kesuburan mencatatkan sekurang-kurangnya lima orang anak bagi setiap pasangan. Namun pada 2015, angka kelahiran bagi setiap pasangan menurun kepada 2.5 sahaja. Manakala di Malaysia pula, pada tahun 2015, kadar kehamilan mencatatkan hanya 2 orang anak sahaja,” kata Dr Paul yang mengakui angka ini amat membimbangkan kerana sepatutnya tidak kurang dari 2.3 atau 2.5 bagi menggantikan semula jumlah populasi. Jelas beliau, faktor utama kadar kehamilan ini berbeza bagi setiap negara kerana pelan perancangan keluarga yang tidak sama. “Singapura mencatatkan 1.2 dan 1.3 kadar kehamilan, menyebabkan kerajaan bimbang dengan situasi tersebut yang disifatkan sebagai pertumbuhan negatif dan tidak boleh menggantikan populasi sebelum ini. Tambah beliau, faktor kedua berkemungkinan dise- babkan oleh kebanyakan golongan wanita berpendidikan tinggi dan mempunyai banyak peluang terutama dalam bidang pekerjaan dan mula mempelopori bidang kerja yang dilakukan oleh golongan lelaki sebelum ini. “Mereka mungkin tidak meluangkan banyak masa bersama pasangan masing-masing dan terlepas peluang tersebut. Malah ada dalam kalangan mereka yang fi kir mereka perlu stabil dari segi kewangan terlebih dahulu sebelum mempunyai anak dan secara tidak langsung lambat berusaha untuk mendapatkan zuriat sedangkan usia semakin meningkat. Selain itu, jelas Dr. Paul taraf hidup yang semakin menin- gkat dan juga faktor pendidikan yang memerlukan sumber kewangan yang kukuh turut menjejaskan bilangan kehamilan. “Kebanyakan wanita yang diperiksa mempunyai jumlah telur yang sedikit, disebabkan oleh faktor usia. Semakin meningkat usia, semakin kurang jumlah telur yang dihasil- kan. Bagi lelaki pula, tekanan, dan obesiti menjadi antara punca bagi mereka. “Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, perbanyakkan minum air dan lakukan senaman. MASA KIAN SUNTUK “Ada pasangan yang sudah 10 tahun berkahwin dan tidak mempunyai zuriat menyifatkan situasi tersebut sebagai perkara biasa. Mereka cuba menafi kan dan menganggap Kadar kehamilan di Malaysia pada 2015 catat dua orang anak sahaja. tidak mempunyai zuriat itu bukan satu masalah. “Kesedaran dalam kalangan individu itu masih lemah dan program meningkatkan kesedaran perlu diperban- yakkan lagi kerana masa semakin suntuk dan lakukan pemeriksaan segera. al-Siha PROFIL Michael Knaap Embrio pada hari ketiga, sebelum dipindahkan ke dalam rahim. Rawatan kesuburan di KL Fertility Centre • RAWATAN DAN UJIAN KESUBURAN • PERMANIAN BERADAS (Intra-Uterine Insemination) Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan KL Fertility Centre • KAEDAH BAYI TABUNG UJI (InVitro Fertilisation) Michael Knaap dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Monash IVF Group pada 15 April 2019. Ter- dahulu, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Setiausaha Monash IVF Group sejak Ogos 2015 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim pada Oktober 2018. Michael Knaap berpen- galaman hampir 20 tahun memegang jawatan eksekutif yang berwibawa, punyai stategi yang luar biasa serta kepemimpinan yang kuat. Sebelum menyertai Monash IVF Group, Michael bergelar pegawai eksekutif di Patties Foods Limited selama enam tahun termasuk jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Setiausaha Syarikat. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Monash University dan merupakan Akauntan Bertauliah. • KAEDAH SUNTIKAN SPERMA (Intracytoplasmic sperm Insemination) • PEMINDAHAN EMBRIO BEKU (FET) Blastosis yang berkualiti tinggi dan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan dari blastosis tersebut.