06
al-Siha | SEPTEMBER, 2019
NIAGA
Jalin kerjasama strategik
Hospital kerajaan, universiti sepakat wujud perkhidmatan kesihatan lebih padu di bawah KHUAM
SUSUNAN NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
S
EKTOR penjagaan kesihatan Malaysia telah
diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia
kerana segala kemudahan dan perkhidmatan
disediakan secara menyeluruh kepada
rakyat. Hospital, klinik kesihatan awam
mahupun swasta ini berada dibawah bidang
kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walau
bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan antara hospital
awam dan hospital universiti awam kerana hospital univer-
siti berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) dan
Pakar Nefrologi HCTM UKM, Prof Dr Abdul Halim Gafor
berkata, hospital universiti dan hospital swasta merupakan
institusi berbeza dan tidak berkongsi data yang sama.
HALANGAN KERJASAMA
Tidak seperti hospital awam yang berada dibawah KKM,
hospital universiti awam ini hanya mewakili universiti
masing-masing. Disebabkan universiti-universiti ini tidak
hanya menguruskan fakulti perubatan semata-mata,
keperluan hospital mungkin tidak dapat dipenuhi sebai-
knya termasuk isu tentang polisi tertentu.
“Oleh kerana kami tidak berada dibawah KKM, sebarang
keputusan yang dibuat mengenai perkhidmatan kesihatan
di Malaysia tidak sampai terus kepada kami, menjadikan
kami seakan sebuah hospital swasta dan bukan sebuah
hospital universiti awam.
“Oleh itu, kami berpendapat adalah wajar untuk
berkomunikasi secara lebih rapat dengan hospital univer-
siti yang lain supaya saling membantu satu sama lain dalam
menyediakan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada
pesakit. Atas kesedaran itu, hospital universiti awam beru-
saha mewujudkan suatu konsortium yang akan bertindak
sebagai platform perkongsian ilmu pengetahuan.
Hospital Besar
Kuala Lumpur.
KEWUJUDAN KHUAM
Bermula pada Jun 2017, enam buah hospital universiti
awam telah menandatangani memorandum perjanjian
(MoA) mewujudkan Konsortium Hospital Universiti Awam
Malaysia (KHUAM).
“Dengan adanya KHUAM, kami secara tidak langsung
telah mewujudkan satu ruang untuk membincangkan ten-
tang isu-isu tertentu sama ada berkaitan amalan klinikal
atau pendidikan disamping mencari jalan yang lebih baik
dalam menyelesaikan sebarang masalah. KHUAM juga
bertindak membawa isu-isu kepada pihak berkuasa agar
dapat memberi kesan dan manfaat kepada perkembangan
sektor penjagaan kesihatan, sama ada pada peringkat
nasional atau global.
“Antara isu lain yang ingin ditekankan adalah untuk
mengubah persepsi orang ramai terhadap kami dimana
orang ramai sepatutnya mengenali kami sebagai pusat
penjagaan kesihatan tertiari dan bukan pusat penjagaan
kesihatan utama dan kami hanya memiliki kepakaran
dalam bidang tertentu sahaja. Tetapi masih memberikan
rawatan sekiranya pesakit cuba mendapatkan rawatan
biasa seperti batuk, demam dan seumpamanya.
Sehingga kini, KHUAM terdiri daripada Pusat
Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM), Pusat Perubatan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (IIUMMC), Hospital Pengajian
Universiti Teknologi MARA (HPUiTM) yang kini beroperasi
di Hospital Sungai Buloh, Hospital Pengajian Universiti
Putra Malaysia (HPUPM) dan HCTM UKM.
“Beberapa perubahan telah dilakukan sejak pem-
bentukan KHUAM. Antaranya, kami telah berjaya
menyeragamkan bayaran rawatan yang terdapat di seluruh
hospital universiti awam melalui pembelian ubat-ubatan
secara pukal supaya harga yang ditawarkan lebih berpatu-
tan kepada pesakit,”jela snya. — al- Siha
KHUAM telah menyatukan hospital
universiti awam dan hospital awam
dalam menyelesaikan isu-isu
berkaitan.