al-Siha : Xtra October 2018 | Page 4

Xtra Transformasi IVF selepas 40 tahun Kira-kira 40 tahun rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) diperkenalkan dan dianggarkan sekurang- kurangnya 8 juta bayi yang melalui kaedah tersebut berjaya dilahirkan di seluruh dunia. OLEH NORZIRA SYARINI MOHAMMED PAUZI 2 Dr. Haris Hamzah, Pakar kesuburan IVF pertama di Malaysia, bersama Pakar IVF pertama di dunia Prof. Simon Fishel. P Louise Joy Brown ketika berusia 13 jam. Louise Joy Brown sekarang. AKAR Obstetrik dan Ginekologi, Prof Simon Fishel berkata, tarikh 25 Julai 1978 adalah hari yang bersejarah, khususnya dalam bidang peru- batan dimana bayi IVF pertama, Louise Joy Brown dilahirkan. “Kaedah bayi tabung uji adalah teknik persenyawaan yang dilakukan di dalam makmal. Kaedah ini meliputi proses menge- luarkan telur dari ovari wanita, dan setelah melalui persenyawaan dalam makmal bersama sperma suami, ia kemudiannya dimasukkan semula ke dalam rahim atau lebih dikenali sebagai embrio transfer (ET) dan seterusnya akan melalui proses kehamilan seperti biasa,” katanya. Jelas beliau, perbezaan rawatan IVF 40 tahun yang lalu dengan masa kini adalah sangat ketara terutama dari segi prosedur dan kecanggihan peralahan yang digunakan. “Pesakit bukan sahaja tidak perlu di wadkan, malah proses pengambilan telur dari ovari wanita cuma mengambil masa yang singkat iaitu lebih kurang 30 minit sahaja, berbanding cara lama dimana mereka perlu di wadkan sekurang-kurangnya 10 hari,” katanya. “Lebih mengujakan, mereka juga mampu untuk melihat perkembangan embrio masing- masing mengikut masa sebenar dari aplikasi telifon pintar,” jelasnya. Prof. Simon Fishel berkata, kadar kejayaan IVF dijangka akan meningkat apatah lagi prosedur ini sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. “Satu kaedah rawatan kesuburan cell free akan diperkenal, kaedah rawatan tersebut dipercayai mampu meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF sehingga 85% atau 90% dan bakal menjadi titik kejayaan baharu dalam bidang obstetrik dan ginekologi,” katanya.