al-Siha : Xtra October 2018 | Page 5

Xtra Kejayaan IVF di Malaysia “Satu kaedah rawatan kesuburan cell free akan diperkenal, kaedah rawatan tersebut dipercayai mampu meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF sehingga 85% atau 90% dan bakal menjadi titik kejayaan baharu dalam bidang obstetrik dan ginekologi.” Prof Simon Fishel, Pakar Obstetrik dan Ginekologi. INDIVIDU YANG MEMERLUKAN IVF “IVF disarankan untuk individu yang tertentu selain faktor lambat memperoleh zuriat, misalnya wanita yang mengalami masalah tiub tersumbat, atau bagi lelaki yang mengalami masalah kekurangan sperma. Kami cuba sedaya upaya dari semasa ke semasa, termasuk kajian rawatan untuk membantu menambah bilangan sperma lelaki. Pada tahun 1994 dan 1995, ‘eggsy pregnancy’ diperkenal, dan kejayaan memi- hak hampir kepada semua yang mencuba meskipun lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma yang sedikit,” katanya. Jelas beliau, anak-anak yang dilahirkan melalui kaedah rawatan kesuburan IVF ini “Bayi IVF pertama di Malaysia sebenarnya kembar, tetapi malangnya hanya satu daripadanya sahaja mampu bertahan.” 3 pula sebenarnya tidak ada perbezaan dengan anak-anak yang dilahirkan secara normal. Meskipun rawatan IVF adalah dari teknologi sains namun, tahap kelahiran bayi yang tidak normal dari rawatan ini tidak meningkat apatah lagi apabila ujian pemilihan embrio dilakukan terlebih dahulu. DUA TELUR SAHAJA DIPINDAHKAN Katanya, bilangan embrio yang di pindahkan pula tidak melebihi dua telur, dan langkah ini diambil bagi mengurangkan bilangan kelahiran bayi kembar. Rawatan IVF di Malaysia tersenarai antara yang terbaik di Asia dengan kadar kejayaan yang tinggi dan rakyat Malaysia tidak perlu mendapatkan rawatan IVF hingga keluar negara kerana segala-galanya terdapat di negara ini. “Terdapat lebih kurang 30 pusat IVF di Malaysia dan empat darinya adalah kerajaan termasuk Lembaga Penduduk dan Pemban- gunan Keluarga Negara (LPPKN),” katanya. “Di Subang Jaya Medical Centre sahaja, kami melakukan sekurang-kurangnya 1200 rawatan IVF dalam setahun, dan anggaran sekitar 6000 rawatan IVF dilakukan di selu- ruh Malaysia,”katanya. Jelasnya, umur yang paling sesuai untuk pasangan berkahwin melakukan IVF adalah secepat mungkin, kerana faktor usia juga membantu kejayaan rawatan kesuburan tersebut. “Bagi mereka yang berkemampuan dan mahu memiliki zuriat sendiri, lakukan pemeriksaan dan IVF segera,” jelas beliau. SEJARAH bermula apabila bayi pertama In Vitro Fertilisation (IVF) dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre pada Mac 1987, kira-kira sembilan tahun selepas kejayaan kelahiran bayi IVF pertama di United Kingdom (UK). Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Haris Hamzah, rawatan IVF di hospital tersebut dijalankan pada awal tahun 1986 dan bayi IVF itu kini berusia 31 tahun dan bekerja di bidang profesional. “Kaedah melakukan prosedur rawatan IVF ini saya pelajari daripada Prof. Dr. John Yovich dari Australia,” katanya. “Berita tentang kejayaan IVF terlalu cepat tersebar, dimana kami tidak perlu untuk mewar-warkan perkara ini kepada umum melalui media dan sebagainya, tetapi ia tetap diketahui ramai dan berkemungkinan disebabkan oleh penyampaian maklumat dari mulut ke mulut,” katanya. Tambah beliau, rawatan IVF dahulu dan sekarang sangat berbeza terutama dari segi teknologi dan kaedah yang digunakan, malah evolusi sains dalam rawatan IVF ini terlalu pesat membangun. “Pada tahun 1986, kadar kejayaan IVF adalah 25%, kemudian pada tahun 1988 kadar kejayaan meningkat kepada 38%, dan semakin meningkat tahun demi tahun dan sekarang sekitar 65% dan 70%. Teknologi sama yang diguna oleh Australia di bawa masuk ke Malaysia,” jelasnya. “Bayi IVF pertama di Malaysia sebena- rnya kembar, tetapi malangnya hanya satu daripadanya sahaja mampu bertahan,” katanya. Dr. Haris Hamzah, Pakar Obstetrik dan Ginekologi.