al-Siha : Xtra October 2018 | Page 8

Xtra 6 5,000 wanita hamil selepas rawatan subfertiliti di LPPKN Dari 1979 hingga sekarang sekurang-kurangnya 30 ribu pasangan telah melakukan rawatan di klinik tersebut. S EKURANG-KURANGNYA 8000 pasangan telah melakukan rawatan subfertiliti dalam seta- hun di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dari jumlah itu seban- yak 800 hingga 1000 pasangan mendapatkan rawatan untuk kali pertama dalam setahun. Menurut Pegawai Perubatan LPPKN, Dr. Komathy Thiagarajan, dari 1979 hingga seka- rang sekurang-kurangnya 30 ribu pasangan telah melakukan rawatan di klinik tersebut. “Setakat ini sekurang-kurangnya 5000 kejayaan kehamilan direkodkan dari semua rawatan yang disediakan di LPPKN,” katanya. Suami Isteri Suami dan Isteri Tidak dapat dikenalpasti PERKHIDMATAN KESIHATAN REPRODUKTIF LPPKN Perkhidmatan LPPKN bermula sejak tahun 1979 bertujuan untuk menyediakan perkhid- matan rawatan subfertiliti kepada pasangan yang menghadapi masalah untuk hamil. Kini, perkhidmatan subfertiliti LPPKN merupakan salah satu perkhidmatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan, tulus serta mengambil kira faktor agama dan sosiobudaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia. “Subfertiliti diertikan sebagai satu penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jadi pasangan yang sukar hamil hendaklah menemui pakar kesuburan dengan kadar segera,” katanya. SUBFERTILITI Kebanyakan pasangan yang berkahwin berjaya hamil dalam tempoh yang singkat, namun ada juga yang terpaksa menunggu lama. Sekiranya dan akan menurun mengikut peningkatan usia. Wanita berumur 35 tahun dan ke atas pula, kesuburannya menurun sehingga 60% dan 40 tahun ke atas akan menurun sehingga 80%. Menurut Dr. Komathy, LPPKN merawat semua pasangan yang mengalami kedua-dua masalah tersebut tanpa melihat kepada faktor usia. “Sama ada mereka mahu mempunyai anak kerana mereka kurang anak, atau mereka ingin menambah bilangan anak, kami akan menerima dan menawarkan rawatan,”katanya. “Buat masa ini kami mempunyai 3 cawan- gan di bawah seliaan LPPKN, tetapi bagi rawatan IVF akan dilakukan di ibu pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut. Manakala dua buah klinik lagi terletak di Ipoh untuk mereka yang berada di kawasan utara, dan satu lagi di Johor Bahru untuk mereka yang tinggal di bahagian selatan. Kedua-dua klinik ini hanya menawar- kan rawatan intrauterine insemination (IUI), tetapi sekiranya mereka perlu melakukan rawatan In vitro fertilization (IVF), mereka akan dirujuk ke ibu pejabat di Jalan Raja Laut,” katanya. Kajian Peratusan Masalah subfertiliti oleh LPPKN: Dr. Komathy Thiagarajan. ini berlaku kepada pasangan, kemungkinan mereka mengalami masalah subfertiliti iaitu kegagalan untuk hamil selepas lebih setahun berkahwin walaupun melakukan hubungan seksual secara tetap tanpa menggunakan kaedah kontraseptif. Subfertiliti terbahagi kepada dua iaitu: • Subfertiliti primer: Seseorang wanita itu tidak pernah hamil. • Subfertiliti sekunder: Wanita tersebut pernah hamil, ada masalah untuk hamil semula, mengalami keguguran atau hamil di luar rahim. Tahap kesuburan wanita adalah paling optimum diantara umur 15 hingga 30 tahun 30 - 40% 30% 30% 10% Faktor Subfertiliti Wanita • Umur: Tahap kesuburan menurun selepas 35 tahun. • Polycystic Ovarian Syndrome: Masalah ovari tidak berfungsi dengan sempurna dan tidak dapat menghasilkan telur yang matang. • Endometriosis: Kehadiran tisu endo- metrium di luar rahim , seperti di saluran tiup folopian , ovari, dan pelvis yang boleh menyebabkan ketidaksuburan. • Masalah serviks: Struktur yang abnormal, dan mucus pekat, di serviks, boleh meng- ganggu pergerakan sperma. • Mencengkam otot: Terdapat wanita yang mencengkam (kemut) otot semasa melakukan hubungan, menyebabkan hubungan tidak berlaku dengan baik. • Menopause pra-matang: Ovari tidak menghasilkan telur. • Diabetes tidak terkawal. • Tiroid. Faktor Subfertiliti Lelaki • Disfungsi seksual: Hilang keupayaan