al-Siha : Xtra October 2018 | Page 7

Xtra To a girl, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Terdapat beberapa kaedah rawatan kes- uburan bagi pasangan yang mempunyai kesukaran untuk mempunyai anak. Ia berkisar daripada memberi nasihat ringkas untuk mengambil ubat-ubatan diikuti dengan menentukan waktu yang sesuai untuk melaku- kan hubungan kelamin, IUI dan akhirnya IVF/ Intracytoplasmic sperm injection (ICSI). IVF dan ICSI akan menjadi langkah terakhir dalam modaliti rawatan infertiliti. Pusat IVF di Malaysia adalah setanding dengan pusat-pusat terbaik di dunia. Beberapa pusat IVF swasta di Malaysia dapat melakukan Pre-implantation Genetic Screening (PGS) untuk melihat jika embrio dan blastocysts secara genetik adalah normal sebelum dipin- dahkan ke rahim ibu. Syarat pemohon yang ingin menjalani rawatan kesuburan KKM: • Mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. • Warganegara Malaysia. • Tidak mempunyai penyakit HIV atau hepatitis, tidak mengalami penyakit kronik (seperti darah tinggi, diabetes dan sebagainya). • Berat badan dengan BMI kurang dari 30 • Berumur di antara 20 hingga 40 tahun. • Terdapatnya indikasi klinikal di mana rawatan IVF diperlukan. KAEDAH RAWATAN KESUBURAN OLEH KKM 5 gan berkenaan dan menjalankan beberapa ujian yang tertentu bagi mengenalpasti masalah kesuburan,” katanya. Tambah Datuk Dr. Noor Hisham, rawatan yang spesifik juga akan diberikan kepada pasangan ini seperti rawatan dengan kaedah Intrauterine Insemination (IUI). Sekiranya pesakit ini masih gagal untuk hamil, pakar O & G akan berbincang dengan pasangan ini mengenai kaedah rawatan melalui IVF . Pasangan ini boleh memilih untuk dirujuk ke salah satu hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan ini. “Buat masa ini, KKM belum ada kerjasama rasmi dengan mana-mana pusat IVF swasta dalam atau luar negara. Bagaimanapun, dalam beberapa kes tertentu di mana tiada kemudahan makmal IVF di hospital KKM, pesakit dan pasangannya boleh mendapatkan rawatan IVF di hospital pakar swasta yang ada menyediakan kemudahan tersebut,” katanya. “Sebenarnya terdapat beberapa kaedah bagi rawatan kemandulan ini. Kaedah IVF merupakan salah satu daripadanya. Seki- ranya pasangan yang telah berkahwin lebih daripada tempoh 2 tahun dan pasangan ini tinggal bersama tetapi masih belum mem- punyai zuriat, dinasihatkan agar pasangan ini dapat berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan mereka akan dirujuk kepada hospital-hospital yang mempunyai Pakar O & G untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” jelas beliau.