al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 13

ISU
APRIL , 2018 | al-Siha 13
ISU

Selebriti yang pernah menghidap kanser

Kanser prostat pembunuh senyap lelaki

VAL KIMER
“ Saya sangat bersyukur kerana saya mengetahui apa kuasa doa dan cinta boleh berikan kepada saya ,” penghidap kanser tekak sejak tahun 2015 .
OLEH PUTRA MOKHTER putra . mokhter @ revonmedia . com
GIULIANA RANCIC
Pada 17 Oktober 2011 , semasa temu duga di program Today , Rancic mengumumkan dia telah didiagnosis dengan kanser payudara peringkat awal . Dia menjalani pembedahan pada pertengahan Oktober 2011 dan kembali bekerja di E ! News kirakira seminggu kemudian .
HUGH JACKMAN
“ Ia sentiasa memberi sedikit kejutan apabila hanya mendengar perkataan ‘ kanser ’,” jelas Hugh yang menghidap kanser kulit kepada majalah People .
KYLIE MINOGUE
“ Pengalaman menghidap barah payudara adalah sebuah rasa yang menggabungkan emosi dan memori . Apabila saya dapat lihat rambut saya tumbuh kembali , ia adalah momen yang ajaib !”
BEN STILLER
Stiller , yang mempunyai anak perempuan berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 11 tahun , dengan isteri Christine , berkata doktor mengesahkan dia menghidap kanser prostat yang agresif pada bulan Jun 2014 .
setiap kesukaran pasti ada kesenangan ”. Jika kita kuat , pasti Tuhan akan menolong kita , dan Alopesia pasti ada penawarnya ”.
Maka , terang lagi bersuluh , Alopesia bukanlah sejenis kanser . Ketepikan pandangan jahiliah anda tentang penyakit Alopesia ini dan cuba untuk memahami penyakit ini dan menjiwai jiwa pesakit Alopesia untuk bersamasama melahirkan masyarakat yang lebih peka , prihatin dan pintar .
FAKTA !
• Kanser prostat ialah pertumbuhan sel berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat .
• Apabila keadaan tubuh tidak kuat terutamanya bagi mereka yang berumur 70 tahun keatas , proses pembedahan tidak disarankan kerana takut ia memudaratkan .

SECARA amnya , kanser prostat

menunjukkan jumlah peningkatan yang luar biasa bukan hanya di Malaysia , malah di seluruh dunia terutama negara di Eropah . Menurut Dato ’ Dr . Mahmood , Pakar Urologi dari Hospital KPJ Ampang Puteri , selain aspek genetik , punca utama kanser prostat ini juga boleh berlaku sekiranya seseorang terlibat dengan aktiviti seks secara liberal .
“ Minum alkohol , makan daging dengan kuantiti yang banyak serta mengamalkan seks bebas antara penyebab kanser prostat . Mengikut kajian , seks bebas di Malaysia sudah mula menunjukkan kadar kenaikkan yang mendadak . Infeksi kronik pada saluran uretra ekoran seks rambang ini boleh menyumbang kepada penyakit STD ( Sexually Transmitted Diseases )”.
PERSOALAN MANDUL
Kanser prostat biasanya menyerang lelaki berumur 55 tahun dan ke atas . Namun , hari ini , ia juga sudah mula dihidapi lelaki lebih muda . Namun , katanya kanser prostat ini tidak menyebabkan seseorang itu mandul . “ Hal ini tidak perlu dikhuatiri kerana kanser prostat ini tidak akan menjadikan anda mandul . Tambahan pula , majoriti pesakitnya adalah lelaki yang sudah berumur 55 tahun keatas . Mereka ini kebanyakkannya telah mandul kerana faktor usia , sejujurnya . Bagi mereka yang merghidap kanser ini di usia muda ( mungkin antara lingkungan 40 tahun ke atas ), usah risau , rawatan kanser ini tidak akan memudaratkan kesuburan .”
CEGAH KANSER PROSTAT
Di Malaysia , peratusan peningkatan kanser prostat sangat cepat . Jadi lelaki berusia 55 tahun adalah digalakkan agar melakukan pemeriksaan berskala supaya tidak lambat untuk mencegah jangkitan kanser ini .
“ Hari ini masyarakat kita amnya boleh melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap PSA ( Prostate- Specific Antigen ) mereka . Apabila bacaan PSA meningkat , pihak hospital boleh melakukan rawatan dengan mudah kerana ia masih di peringkat awal . Sama ada melalui pembedahan ataupun ubatubatan , ia terpulang kepada keadaan pesakit itu sendiri . Namun , malangnya , tahap kesedaran rakyat Malaysia masih rendah . Ramai yang menyedari mereka menghidap kanser saat berada di tahap
Dato ’ Dr . Mahmood , Pakar Urologi dari Hospital KPJ Ampang Puteri
kronik di mana kanser sudah merebak ke bahagian luar kawasannya ‘ locker ’ seperti di tulang belakang , kepala dan pinggul yang menyebabkan tulang menjadi rapuh dan patah . Akhirnya mereka lumpuh dan tidak boleh bergerak . Ia juga boleh merebak hingga ke kalenjar limpa . Itu sangat bahaya ”.
Tambah beliau , kanser ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat . Jika karakter kanser itu perlahan dan pasif , tidak mengapa . Tetapi jika ianya agresif , pertumbuhan kanser itu boleh merebak ke kawasan lain dalam tubuh dan menyukarkan proses rawatan walaupun dengan kaedah pembedahan .
Prostat merujuk kepada kelenjar yang terletak di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra .
LAWAK MENGUBAT STRES
Cikgu : Setiap murid namakan jenis-jenis daya yang kamu tahu … Murid A : Berdaya maju cikgu ! Murid B : Apakah dayaku ! Murid C : Dayang Nurfaizah cikgu !