OLEH PUTRA MOKHTER putra . mokhter @ revonmedia . com |
4 FAKTA MENARIK TENTANG SENYUMAN |
“ Kanser bukan penghalang segalanya ”– Mukhlis Idris |
||||||
• M erasai simptom penyakit ini sejak 2010 lagi , saat dia bekerja sebagai doktor dalam bidang perubatan dalaman di Hospital Selayang
• Keluarga sangat positif dalam menerima berita mengenai penyakit ini
|
BERJIWA kental , serta teguh semangatnya , siapa sangka Mukhlis Idris , 35 , memiliki kisah hidup tersendiri yang boleh dijadikan inspirasi buat semua . Disahkan menghidap kanser darah Limfoma Hodgkin ( HL ) pada tahun 2011 , Mukhlis pada awalnya merasai simptom penyakit ini sejak 2010 lagi , saat dia bekerja sebagai doktor dalam bidang perubatan dalaman di Hospital Selayang .
“ Kerap menghadapi masalah sesak nafas dan batuk menyebabkan saya mula mengesyaki , sama ada saya berkemungkinan menghidap penyakit tibi ( Tuberkulosis ) atau kanser . Setelah melakukan pemeriksaan , keputusan menunjukkan saya negatif tibi , dan positif kanser darah Limfoma Hodgkin ( HL ) tahap 2b .”
RAWATAN
Perlukan kekuatan mental dan fizikal , Mukhlis akui proses rawatan kimoterapi yang perlu dilaluinya ini satu cabaran besar dan menyakitkan .
“ Saya umpamakan sakitnya rawatan kimoterapi ini berganda-ganda dari demam panas . Kebetulan pula pada masa itu , saya juga mengalami krisis kewangan , jadi ia menambahkan lagi tekanan pada diri . Antara jenis kimoterapi yang saya lakukan adalah ABVD , ICE dan lain-lain yang menjadikan jumlah rawatan kimoterapi saya sebanyak 19 kali .”
PENERIMAAN
Menurut Mukhlis , ahli keluarga telah dimaklumkan mengenai perkara ini sejak awal lagi . Bahkan mereka tidak putus-putus memberi semangat dan sokongan agar dirinya terus kuat mengharungi penyakit ini .
“ Keluarga saya sangat positif dalam menerima berita mengenai penyakit ini . Begitu juga dengan saudara-mara . Meskipun begitu , tetap terpalit sedikit rasa sedih apabila ada sebilangan rakan-rakan yang mula mengetepikan saya sebaik sahaja mengetahui tentang keadaan ini . Malah , ada antara mereka yang menangis lebih teruk daripada saya membuatkan saya kurang selesa . Bagi saya , orang sekeliling adalah kunci dalam menjadikan penghidap kanser itu lebih bersemangat untuk menjalani ujian kimoterapi dan sebagainya . Jadi mereka harus lebih memahami dan mengerti mengenai penyakit ini serta keadaaan seseorang pesakit kanser .”
Tambahnya lagi , persepsi
|
Rawatan seperti kemoterapi , terapi radiasi dan iminoterapi boleh merawat kanser .
masyarakat mengenai pesakit kanser juga perlu diubah mulai sekarang . Masyarakat umumnya perlu sedar bahawa menghidap penyakit kanser tidak semestinya membawa seseorang itu terus kepada kematian , dan itu adalah satu anggapan yang salah dan tidak boleh diterima lagi .
“ Lihat hari ini , ramai pesakit kanser berjaya sembuh dan mula hidup secara normal . Itulah pentingnya tentang kefahaman yang jelas mengenai penyakit ini dan berhenti dari membuat andaian yang tidak benar .”
BEBAS KANSER
Berkat kesabaran serta kecekalan hatinya , Mukhlis kini mampu mengukir senyuman lebar selepas disahkan bebas dari penyakit kanser dan kembali kepada kehidupan normal seperti dahulu .
“ Alhamdulillah , sudah hampir 4 tahun lebih saya bebas kanser . Disebabkan saya tidak dibenarkan untuk bekerja , jadi saya mencari peluang lain seperti menjahit manik , menjadi jurusolek dan banyak lagi . Hari ini , kerjaya sebagai jurusolek profesional menjadikan kehidupan saya lebih bahagia dan tenang .”
SARANAN KIMOTERAPI
“ Saya sarankan agar pesakit kanser menjalani rawatan kimoterapi kerana ia adalah alternatif yang relevan untuk merawat penyakit tersebut ”.
Mukhlis turut menasihati pesakit kanser supaya sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa . Ujarnya , lawanlah penyakit kanser seolaholah sedang berjihad dan usah terlalu mengikut perasaan dan melayan emosi , cekalkan hati , banyakkan berdoa dan sentiasa bersedia menempuh hari yang mendatang dengan sebaiknya .
|
LAWAK MENGUBAT STRES
SAM : Dol , aku dengar bunyi batuk kau makin teruk !
DOL : Iya ke ? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi .
|
1 . Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormonhormon .
2 . Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan .
3 . Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka , tetapi turut berkaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri .
4 . Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit .
( Sumber : info4tube . blogspot . my )
|