PENA PAKAR
APRIL , 2018 | al-Siha 19
PENA PAKAR
Kelahiran : Apa yang anda perlu tahu
MENIMANG cahayamata adalah saat yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan setelah hamil selama 9 bulan . Akan tetapi sebelum bayi comel dilahirkan , si ibu harus melalui proses kelahiran terlebih dahulu . Proses kelahiran menimbulkan berbagai perasaan , terutamanya kebimbangan dan ketakutan . Ramai yang takut dengan kesakitan yang bakal dialami . Tetapi , ada juga yang terlalu bersahaja atau `cool ’ sehinggalah mereka mengalami kesakitan , dan pada waktu itu panik .
ELAHIRAN adalah satu proses di mana kontraksi
K
( pengecutan berkala ) rahim akan mendorong kepada pembukaan pintu rahim , untuk membolehkan bayi dilahirkan .
Apakah tanda-tanda awal kelahiran ? Bila sepatutnya saya perlu ke hospital untuk kelahiran ?
Tanda-tanda awal kelahiran ialah :
1 . Keluar `tanda ’ atau `show ’. `Tanda ’ ialah lendir yang bercampur dengan sedikit darah , yang keluar melalui faraj si ibu . `Tanda ’ adalah tanda yang kurang spesifik . Doktor tidak dapat meramalkan bila si ibu akan bersalin selepas `tanda ’ dikeluarkan . Ada yang bersalin setelah beberapa jam , ada yang bersalin selepas seminggu ! Oleh itu , jika si ibu hanya mengalami `tanda ’, tanpa sakit kontraksi , beliau tidak perlu untuk ke hospital lagi . Tunggulah sehingga beliau mengalami kontraksi .
2 . Kontraksi . Kontraksi ialah kesakitan di bahagian perut / rahim yang disebabkan oleh pengecutan berkala otot rahim . Kesakitan yang dirasai adalah seperti `cramp ’ yang dialami di betis . Pada masa yang sama , si ibu akan merasa rahimnya menjadi keras . Kontraksi bertujuan untuk membuka pintu rahim dan untuk menolak bayi turun untuk melalui rongga faraj . Tanpa kontraksi , kelahiran tidak mungkin berlaku . Oleh itu , walaupun kontraksi sangat menyakitkan , si ibu harus fokus kepada fungsi kontraksi tersebut .
Pada peringkat awal kelahiran , setiap kontraksi hanya selama 10-20 saat . Selang antara setiap kontraksi pada mulanya mungkin 20 minit . Semakin lama , kontraksi akan menjadi lebih lama dan selang antara setiap kontraksi akan menjadi lebih dekat . Waktu yang sesuai untuk si ibu datang ke hospital ialah bila kontraksinya berlangsung selama 20- 30 saat , dan kekerapan kontraksinya setiap 10 minit .
DR ANNA LIZA ROSLANI
Pakar Obstetrik & Ginekologi , dan Pakar Maternal Fetal Medicine , Kuantan Medical Centre
3 . Pecah air ketuban . Istilah yang lebih tepat untuk pecah air ketuban ialah `pecah selaput ketuban ’. Apabila selaput ketuban pecah , air ketuban akan mengalir keluar daripada faraj , biasanya dalam jumlah yang banyak . Lazimnya , kejadian ini berlaku secara tiba-tiba . Bukan sahaja seluar dalam akan basah , malahan seluar / kain akan basah juga . Jika air ketuban pecah waktu tidur atau baring , cadar dan tilam akan basah juga . Jika hanya sedikit cecair / lender keluar daripada faraj dan si ibu tidak perlu memakai pad , kemungkinan besar cecair itu hanya lelehan daripada faraj dan bukannya air ketuban .
Setiap wanita berbeza , dan setiap kelahiran juga mungkin berbeza . Sesetengah ibu akan mengalami pecah air ketuban dahulu . Sesetengah ibu akan mengalami kontraksi terlebih dahulu . Ada yang tidak pernah mengalami tanda . Waktu yang si ibu harus ke hospital ialah sama ada kontraksi setiap 10 minit , atau air ketuban pecah .
FASA-FASA KELAHIRAN Fasa Pertama
Pada peringkat awal fasa pertama , si ibu akan mengalami kontraksi dan pintu rahim ( cervix ) akan menjadi lebih lembut , menjadi pendek / nipis , dan mula membuka . Untuk pintu rahim membuka dari 0cm hingga ke 4cm boleh memakan masa beberapa jam atau beberapa hari ! Fasa ini dikenali sebagai `latent phase ’.
LAWAK MENGUBAT STRES
Iphone : Semalam I jatuh . Sakit tauuuu …. Blackberry : Teruk ke ? Android : Lain kali , hatihati … Nokia : Gedik jer . Aku jatuh rilexx jerrr ….
Hanya apabila pintu rahim telah mencapai pembukaan 4cm , `active phase of labour ’ telah bermula . `Active phase of labour ’ ialah fasa daripada pembukaan 4cm sehingga pembukaan penuh ( 10cm ). Kontraksi akan menjadi lebih kerap , lebih lama dan lebih sakit . Fasa ini secara umumnya mengambil masa 2-4 jam ( untuk wanita yang telah melahirkan beberapa orang bayi terdahulu ) dan boleh memakan masa sehingga 12 jam untuk wanita yang melahirkan buat kali pertama .
Jika selaput air ketuban belum pecah , jururawat and doktor mungkin akan pecahkannya sewaktu `active phase of labour ’.
Fasa Kedua
Setelah pintu rahim terbuka sepenuhnya ( 10cm ), bermulanya fasa kedua di mana kepala bayi akan turun melalui rongga faraj , sehingga bayi dilahirkan . Tugas kontraksi ketika ini ialah untuk menolak bayi turun , dan si ibu perlu memperkuatkan kontraksi ini dengan cara meneran serentak . Untuk meneran , si ibu perlu menahan nafas dan meneran ( seperti meneran waktu membuang air besar !) selama yang mungkin sehingga putus nafas . Sewaktu kepala bayi hampir dilahirkan , jururawat atau doktor akan memeriksa untuk memastikan jika perlu membuat potongan kecil `episiotomy ’ di pembukaan / mulut faraj ( perineum ) untuk mengelak daripada mengalami kekoyakkan yang besar . Suntikan bius akan diberikan terlebih dahulu sebelum potongan tersebut dilakukan .
Setelah kepala bayi dilahirkan , jururawat / doktor akan membantu untuk lahirkan badan bayi . Kemudian , tali pusat bayi dipotong selepas 1-3 minit .
Fasa Ketiga
Selepas bayi dilahirkan , jururawat / doktor akan memberi suntikan syntometrine di peha atau bahu si ibu . Tugas suntikan ini ialah untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim dan untuk memisahkan uri dari dinding rahim . Jururawat / doktor akan menarik tali pusat perlahanlahan sampai uri dilahirkan .
KESIMPULAN
Sebilangan besar ( 75-80 %) wanita hamil akan berjaya bersalin biasa . Akan tetapi , selebihnya akan mengalami komplikasi dan memerlukan bantuan doktor untuk melahirkan bayi dengan cara vacuum-assisted delivery , forceps dan caesarean section . Walau apa cara bayi dilahirkan , yang paling penting adalah keselamatan si ibu dan bayi .