al-Siha | APRIL, 2018
20
ANAK oh ANAK!
“Doktor,
anak saya
mengalami
jaundis!”
MITOS DAN FAKTA
KESIHATAN
ROTAVIRUS,
PEMBUNUH KEDUA
KANAK-KANAK
ROTAVIRUS adalah sejenis
virus yang menjadi punca
utama cirit-birit teruk atau
AGE di kalangan kanak-kanak
di negara maju dan negara
membangun. Ia juga dikenali
sebagai pembunuh kedua
kanak2 di seluruh dunia
selepas radang peparu.
Penyebab utama rotavirus
adalah tahap kebersihan
keadaan sekeliling yang kurang
baik. Rotavirus tersebar
melalui najis yg mengandungi
rotavirus ke mulut serta
makanan dan air yang
tercemar. Virus ini juga boleh
berjangkit melalui permukaan
peralatan seperti permainan,
tombol pintu dan pinggan-
mangkuk yang tidak dibasuh
dengan betul. Rotavirus boleh
kekal selama beberapa jam
di atas kulit manusia dan
mampu bertahan beberapa
hari di permukaan yg keras.
Ia juga boleh hidup selama
seminggu dalam najis individu
yg dijangkiti.
Mengikut laporan WHO,
seramai 2 juta pesakit
dimasukkan ke hospital akibat
dijangkiti rotavirus setiap tahun
manakala lebih drpd 400,000
orang pesakit maut kerana
dehidrasi (kehilangan byk air
dlm badan). Setakat ini tiada
rawatan khusus yang boleh
merawat jangkitan rotavirus.
* Cirit-birit dan muntah-
muntah yang teruk yang boleh
mengakibatkan kesan buruk
kepada kanak-kanak biasanya
5 tahun ke bawah.
Tanda-tanda Penyakit
Rotavirus:
• Demam
• Cirit-birit air
• Muntah tanpa henti
• Dehidrasi
• Otot-otot sakit dan cramp
* mata cengkung
* kulit kasar/kering
* bibir kering/pecah2
* air kencing kurang
(Sumber: Facebook:
Tip Kesihatan)
• Jaundis adalah satu
keadaan di mana kulit dan
mata putih bayi bertukar
menjadi kuning. Keadaan
ini dikenali sebagai
‘Hyperbilirubinaemia’
• Bilirubin adalah produk
yang terhasil apabila sel
darah merah yang lama
telah dihancurkan oleh
badan
K
AJIAN menunjukkan bahawa sebanyak 60% hingga 70% bayi
yang baru lahir berisiko untuk menghidap demam kuning.
Demam kuning ataupun Jaundis adalah satu keadaan di mana
kulit dan mata putih bayi bertukar menjadi kuning. Keadaan ini dikenali
sebagai ‘Hyperbilirubinaemia’.
APAKAH ‘HYPERBILIRUBINAEMIA’?
Menurut Dr. Nomee Ashikin, Pakar Pediatrik dari Hospital KPJ Ampang Puteri,
‘Hyperbilirubinaemia’ ini terjadi disebabkan oleh lebihan kuantiti bilirubin
didalam badan bayi. Bilirubin adalah produk yang terhasil apabila sel darah
merah yang lama telah dihancurkan oleh badan. Ia akan dikumuh melalui air
kencing dan na