APRIL, 2018 | al-Siha
21
ANAK oh ANAK!
Bayi bawah umur 4 bulan
tidak digalakkan makan?
• Risiko tersedak
makanan (aspiration)
kerana mereka belum
mahir menelan pepejal
• Sebelum 4 bulan,
bayi masih mempunyai
extrusion reflex (tindak
balas menolak), di mana
lidah bayi akan menolak
sebarang object yang
diletakkan di antara 2
bibir. Tindak balas ini
hilang selepas umur 4
bulan
• Risiko mendapat alahan
• Risiko kegemukan
apabila memasuki umur
3-4 tahun
Dr. Muhammad
Salehuddin Sulaiman,
Pakar Perubatan Kanak-
kanak dari Hospital Pakar
Kuala Terengganu (KTS).
ENYUAPKAN bayi makan buat pertama kali pastinya satu
pengalaman manis dan sangat mengujakan buat mereka yang
bergelar ibu bapa. Tapi tahukah kita masa yang sesuai untuk bayi
mendapatkan suapan pertama?
Kali ini kami menemubual, Dr. Muhammad Salehuddin Sulaiman, Pakar
Perubatan Kanak-kanak dari Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) berhubung
perkara ini.
“Sebenarnya, saya seringkali diajukan soalan ini, akan tetapi apabila saya
memberitahu mereka bahawa bayi sebenarnya boleh mula diberi makan seawal
usia 4 bulan ramai yang tidak berpuas hati dan tidak percaya”.
Menurutnya, pada tahun 2001, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
menyarankan agar penyusuan susu dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6
bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan
tambahan kepada bayi baru lahir sehingga bayi mencapai umur 6 bulan selepas
kelahiran.
M
KENAPA 6 BULAN?
Ramai ibu bapa tertipu dengan cerita yang tular di laman sosial kononnya usus
bayi 4 bulan belum matang, perut boleh pecah dan bayi terdedah pada jangkitan
usus sekiranya diberi makanan pejal sebelum 6 bulan.
“WHO mengehadkan 6 bulan sebagai usia yang sepatutnya buat bayi adalah
kerana khasiat susu ibu sebenarnya sudah mencukupi untuk tumbesaran bayi.
Hal ini juga bertujuan mengelakkan bayi dengan risiko obesiti apabila besar
nanti selain risiko alahan”.
Tambah beliau, kesediaan bayi untuk makan bukan bergantung kepada faktor
umur semata-mata. Bahkan banyak lagi faktor lain yang harus dititik beratkan.
Ia termasuk dari segi kematangan fizikal dan neurologi (saraf). Perut dan buah
pinggang bayi sebenarnya sudah boleh memproses makanan selain susu ibu
selepas berumur 4 bulan.
Setakat ini, masih belum ada kes pecah perut dilaporkan. Sekiranya ada
pasti ia direkodkan dalam mana mana jurnal bahkan bukan setakat di Malaysia
sahaja.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI?
OLEH NORZIRA SYARINI
norzira.syarini@revonmedia.com
Dari segi saraf, bayi dikira sudah bersedia untuk makan apabila bayi boleh anda
boleh mula duduk dengan sokongan, boleh menyokong tengkuk dan kepala, dan
mula meletakkan jari atau objek kedalam mulut. Ini menunjukkan bayi anda
sudah bersedia untuk menerima makanan tambahan yang berbeza tekstur.
“Selain itu, bayi yang menunjukkan minat terhadap makanan terutama
ketika melihat ibu bapa atau orang lain makan