al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 22

al-Siha | APRIL, 2018 22 DIARI LELAKI MITOS DAN FAKTA KESIHATAN MADU TIADA TARIKH LUPUT “Aduh, ada kurap di kepala!” J ANGKITAN kulat pada kulit kepala biasanya dipanggil sebagai ‘Tinea Capitis’. ‘Tinea Capitis’ adalah sejenis jangkitan kulat yang boleh menyebabkan keguguran rambut bertompok tompok, kerana ianya akan menjangkiti folikel- folikel rambut. Menurut Dr. Bob John, Pakar Perubatan dan Estetik dari Clique Clinic, keadaan ini secara tidak langsung akan mengganggu kesihatan emosi, mental dan sosial penghidap. Gejala yang akan dialami termasuk keguguran rambut bertompok-tompok, dan radang kulit akan berlaku di kawasan yang terlibat hingga menyebabkan kulit bersisik. Kesan dari keguguran rambut itu juga akan menjejaskan rupa paras seseorang sekaligus mengurangkan keyakinan diri. Tambahnya lagi, jangkitan kulat di kulit kepala ini adalah sejenis penyakit berjangkit. Ia kerap menjangkiti golongan yang berkongsi penggunaan peralatan seperti alat mainan, sikat rambut dan sebagainya. Sekiranya dijangkiti, saya sarankan kepada mereka untuk membuat rawatan kepada seluruh isi keluarga kerana ia mungkin boleh berlaku lagi. “Sekiranya anda disyaki mengalami Tinea Capitis, adalah penting untuk anda berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian dan rawatan yang sepatutnya. Rawatan termasuklah ubat sapu pada kulit kepala dan juga ubat untuk dimakan. Jika dibiarkan tanpa rawatan, jangkitan kulat pada kulit kepala ini mungkin boleh merebak ke bahagian lain. Jangkitan • Dikenali sebagai ‘Tinea Capitis’ adalah sejenis jangkitan kulat yang boleh menyebabkan keguguran rambut bertompok tompok • Jangkitan kulat di kulit kepala ini adalah sejenis penyakit berjangkit FAKTA MENGENAI JANGKITAN KULAT • Jangkitan kulat terbahagi kepada dua iaitu Endothrix dan Endo- Ectothrix • Microsporum Canis adalah sejenis kulat yang kebiasaannya menjangkiti haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing • Tinea Capitis biasanya membabitkan golongan kanak kanak. Individu dewasa juga mungkin dijangkiti jangkitan kulat di kulit kepala terutamanya jika mereka mempunyai sistem imun yang terjejas contohnya kes-kes HIV berterusan juga membuka jalan kepada ‘pathogen’ lain seperti bakteria untuk memasuki kesan luka pada kulit kepala, menyebabkan jangkitan yang serius sehingga bernanah dan bengkak kelenjar.” Menurut Dr. Bob, beliau menyarankan agar mengamalkan kebersihan diri, memastikan sikat, tuala, sarung bantal dan pakaian dibasuh dengan bersih untuk merawat spora-spora kulat yang mungkin terperangkap. Ini boleh mengurangkan kebarangkalian jangkitan semula. Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan, adalah penting untuk membawa haiwan tersebut untuk pemeriksaan veterinar bagi mengenal pasti sekiranya mereka dijangkiti oleh kulat Microsporum Canis. "... Jangkitan berterusan juga membuka jalan kepada ‘pathogen’ lain seperti bakteria untuk memasuki kesan luka pada kulit kepala, menyebabkan jangkitan yang serius sehingga bernanah dan bengkak kelenjar.” Madu merupakan makanan yang tidak akan luput.Madu mengandungi 38.5 % fruktosa, 31.1% glukosa dan 17.1 % air. Madu mempunyai pelbagai kegunaan. Menurut kajian, gula yang terdapat dalam madu sangat sesuai dan efektif untuk digunakan sebagai pre-workout dan post-workout. Gula yang terdapat di dalam madu mudah untuk diserap oleh badan dan dijadikan tenaga. Antara kebaikan madu: • Menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar. • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas. • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan. (Sumber: Instagram: fakta_kesihatan & http://www.khasiat- madu.com/) – Dr. Bob John BICARA VIP Kita mahu menguatkan sistem penjagaan kesihatan untuk rakyat. Menerusinya kita dapat menguruskan penyakit tidak berjangkit ini dengan lebih berkesan. Mengikut data, 60 peratus pesakit diabetes tidak dikesan pada peringkat awal. Justeru, kaedah pencegahan dan rawatan awal dapat membantu mengurangkan rawatan pakar yang seterusnya membantu mengurangkan kos perubatan.” – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min. MoU Projek Fasa Dua Penajaan Kanta Intraokular KKM dan Yayasan Standard Chartered. 24 Okt. Kementerian memandang serius dan amat kesal dengan