al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 23

APRIL, 2018 | al-Siha 23 DIARI LELAKI Awas! peluh melampau • Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi • Hiperhidrosis tidak mengancam nyawa FAKTA MENGENAI HIPERHIDROSIS • Suntikan Botox, ubat-ubatan dan krim adalah rawatan bersifat sementara. Manakala kaedah pembedahan boleh menghilangkan peluh di kawasan yang bermasalah. • Pun begitu, walaupun tempat yang bermasalah itu sudah dilakukan pembedahan, Hiperhidrosis ini boleh terjadi di kawasan lain seperti ketiak, dada, bahagian sulit dan sebagainya. • Tahap keberkesanan rawatan tidak seratus peratus. • Hanya 3% hingga 5% manusia sahaja yang menghidap penyakit ini. • Hipoglisemia juga antar punca utama penyakit Hiperhidrosis. LAWAK MENGUBAT STRES Abah: Apasal kad laporan kau ni banyak warna merah? Anak: Fenomena itu terjadi mungkin kerana ransangan cahaya daripada sel kon dalam retina abah yang mempunyai keamatan cahaya yang rendah apabia melihat warna primer… Abah: Ha?! pa perasaan penulis jika orang membuat riak muka terkejut dan geli apabila bersalaman, dan selepas itu mereka lap tapak tangan mereka di hadapan anda? Sudah tentu malu dan terasa dihina!” A OLEH PUTRA MOKHTER putra.mokhter@revonmedia.com Mengalami hiperhidrosis sejak sekolah rendah lagi, namun Taufiq Al Rahman, 26, seorang pereka fesyen dari Melaka ini, redha dengan ketentuan Ilahi. “Saya masih ingat lagi, ketika saya masih di sekolah rendah, jari saya kerap tergelincir dari pensel ketika menjawab peperiksaan, mengeruhkan lagi keadaan kertas jawapan basah, hancur dan lunyai kerana peluh yang banyak di seluruh tapak tangan.”. Jelasnya, perasaan ingin tahu mengenai hiperhidrosis ini membuak- buak sewaktu belajar di peringkat diploma. “Saya mula mencari maklumat mengenai hiperhidrosis ini dari blog, forum, dan tabloid. Saya juga bertanya kepada pihak yang boleh dipercayai. Tahap Hiperhidrosis saya berskala 7 dari 10. Peluh terutamanya pada tapak tangan, boleh mengalir hingga ke pergelangan tangan. Peluh di tapak kaki saya pula boleh meninggalkan kesan tapak kaki jika berjalan tanpa kasut di atas simen. Teruk bukan?” Katanya situasi ini secara tidak langsung membantutkan aktiviti harian. Bukan itu sahaja, ketika memandu tangan kerap kali tergelincir dari ‘steering kereta’ dan membahayakan keselamatan. dia juga mengalami kesukaran mengendalikan telefon bimbit jenis ‘touchscreen’. “Mengenai peluh di tapak kaki pula, saya sering kali tergelincir di tengah jalan. Bayangkan kaki saya terkeluar daripada sandal? Sangat memalukan! Saya juga sentiasa menukar stokin kerana kaki akan menghasilkan bau yang busuk dan meningkatkan kadar kelembapan pada kaki. Akhirnya, kuku kaki saya dijangkiti kulat”. Bergelar pereka fesyen, pastinya Taufiq perlu berhati-hati dalam melakukan hal kerja rekaan bajunya kerana risau peluh di tapak tangannya akan menjejaskan fabrik. “Untuk memastikan keadaan fabrik pelanggan dijaga rapi, saya melapik tangan dengan kertas dan sebagainya supaya peluh tidak akan menjejaskan fabrik . Selain itu juga, saya harus menukar segala peralatan jahitan (jenis besi) seperti jarum, jarum peniti, gunting, dan termasuklah beberapa komponen mesin jahit kerana ia menjadi berkarat selepas saya menggunakannya walaupun sementara”. ENGENAI rawatan pula, Taufiq lebih selesa tidak melakukan apa-apa rawatan kerana dia tahu, Hiperhidrosis ini tidak mengancam nyawa. Tambahan pula proses rawatan memakan belanja yang besar. Apa yang M Taufiq: "Saya juga sentiasa menukar stokin kerana kaki akan menghasilkan bau yang busuk dan meningkatkan kadar kelembapan pada kaki. Akhirnya, kuku kaki saya dijangkiti kulat”. penting, dia harus sentiasa positif dan cekal menjalani hari-hari seterusnya kerana meskipun penyakit ini tidaklah merbahaya, namun jika tidak kuat dari segi mental, ia bisa membunuh keyakinan diri. Maka, diri terus hanyut ditenggelami rasa sedih dan gelora emosi. “Sebagai seorang muslim, saya sentiasa percaya kepada kententuan Illahi. Redha. Pasti ada hikmah pada hari-hari mendatang. Syukur saya ucapkan kerana memiliki keluarga dan kenalan yang benar-benar memahami. Saya cuma berharap agar rakyat Malaysia lebih sedar dan faham tentang penyakit ini. Mereka harus sedar Hiperhidrosis bukanlah virus yang berjangkit, dan ia bukanlah merbahaya. Rakyat Malaysia juga harus peka dengan perasaan dan emosi kami supaya dapat membantu menguatkan lagi mental kami. Kepada penghidap Hiperhidrosis, ini bukanlah noktah dalam kehidupan kita. Harus kekal positif dan ceria setiap masa”. “Penyakit hiperhidrosis ini terbahagi kepada dua iaitu ‘primary hyperhidrosis’ dan ‘secondary hyperhidrosis’. Selalunya pesakit di bawah kelompok primary berpunca dari masalah saraf dan secondary berpunca dari penyakit lain contohnya obesiti, kanser, thyroid dan lain-lain lagi”. – Dr. Bob John, Pakar Perubatan Dan Estetik, Clique Clinic