TENTANG WANITA al-Siha | APRIL , 2018
24
TENTANG WANITA al-Siha | APRIL , 2018
Elak kelahiran anak sindrom down
• Boleh berlaku kepada mana-mana wanita tanpa mengenal usia
• SD ialah penyakit konginetal yang terjadi sekiranya seseorang dilahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21
T
IDAK ada pasangan berkahwin yang sanggup melihat anak yang dikandung lahir sebagai sindrom down . Setiap daripada mereka pastinya mengharapkan cahaya mata yang memiliki kesempurnaan fizikal dan mental bagi menambahkan lagi keceriaan rumahtangga dan ikatan kasih sayang .
Namun , siapa sangka , insan kecil yang dikandung selama 9 bulan 10 hari lahir sebagai anak Sindrom Down ( SD ). Pakar Obstetrik dan Ginekologi , Pusat Perubatan Fetal dan Ginekologi , Dr Raman Subramaniam berkata , kelahiran anak SD ini sebenarnya boleh berlaku kepada mana-mana wanita tanpa mengenal usia malah kepada wanita yang masih muda .
Jelasnya , di jabatan padeatrik sendiri menunjukkan purata mereka yang memiliki anak SD ini ada dari kalangan mereka yang berusia 20 atau awal 30 tahun .
|
|
|
|
Dr Raman Subramaniam , Pakar Obstetrik dan Ginekologi , Pusat Perubatan Fetal dan Ginekologi .
OLEH NORZIRA SYARINI norzira . syarini @ revonmedia . com
“ Risiko memiliki anak sindrom down lebih tinggi bagi seorang ibu yang berusia lebih dari 38 tahun atau lebih dari 40 tahun ,” katanya .
Dr Raman berkata , SD ialah penyakit konginetal yang terjadi sekiranya seseorang dilahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21 . Bagi seorang yang normal , mereka ini sepatutnya mempunyai 2 salinan kromosom sahaja . Dalam erti kata lain , anak SD ini lahir disebabkan lebihan kromosom .
“ Dari segi genetik , hanya 1 % peratus sahaja wanita berusia 40 tahun memiliki anak sindrom down dan 2 % sahaja bagi wanita yang berusia 44 tahun ,” katanya .
Walaupun SD ini dianggap serius tetapi ia sebenarnya boleh dicegah . Terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan panduan terutama buat kaum ibu , supaya anak yang dikandung nanti lahir sempurna .
Menurut Dr Raman , ramai wanita yang memilih untuk lambat berkahwin atas faktor kerjaya . Oleh itu , mereka membuat keputusan untuk berkahwin lebih lambat . Keadaan ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka lewat mengandung dan kesuburan terjejas .
“ Seorang ibu yang pernah mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat , mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar untuk mengetahui puncapunca yang menyebabkan kelahiran anak cacat ataupun Sindrom Down . Melalui pemeriksaan ini juga , kita dapat mengetahui puncanya , seterusnya mengambil langkah pencegahan segera ,” katanya .
Jika kehamilan sudah terjadi , pencegahan untuk merawat tidak mungkin lagi dapat dijalankan walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan ketuban serta ari-ari seseorang . Di samping itu , dengan adanya kemudahan teknologi yang canggih dalam bidang perubatan sekarang , ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai langkah awal .
Namun begitu , wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan mendapat anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di dunia .
Oleh itu , prosedur terbaru yang dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama , atau FTPS dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down . Ujian ini boleh dijalankan oleh ibu – ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilannya .
Pap smear kesan kanser servik dari awal
UJIAN PAP dikenali sebagai Pap Smear ( ujian papanicolaou ). Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks . Kemudian , tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser .
Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman . Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser . Ujian pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser .
Ikuti penjelasan Saidatul Suraya , Jururawat ( pusat saringan kesihatan UM ) ini mengenai ujian pap smear .
Saidatul Suraya , Jururawat ( pusat saringan kesihatan UM )
Siapa yang perlu melakukan ujian pap smear ? Ujian pap smear perlu dilakukan oleh wanita yang mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah berusia 70 tahun . Wanita yang aktif dalam hubungan seksual juga digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama dua tahun . Sekiranya keputusan itu negatif , digalakkan untuk mengulangi ujian ini setiap tiga tahun sekali .