al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 25

TENTANG WANITA
APRIL , 2018 | al-Siha 25
TENTANG WANITA

5 punca miss V gatal

M

ENGALAMI masalah faraj gatal boleh membuat seseorang tidak selesa , adakalanya menyakitkan . Sekiranya mengalami masalah kegatalan yang teruk , anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai . Berikut antara 5 penyebab kepada masalah ini .
Norsyaheera Young Rockie Ahli farmasi , Farmasi Gpharmax Kuala Berang , Terengganu
PUNCA FARAJ GATAL
1 . Jangkitan kuman : Persekitaran faraj yang sihat disebabkan oleh keseimbangan flora yang bertindak menjaga faraj dari jangkitan bakteria . Faraj akan berasa gatal dan mungkin berbau busuk . 2 . Penyakit kelamin ( STD ) contohnya chlamydia , herpes , gonorrhea juga adalah punca kegatalan faraj . 3 . Jangkitan kulat biasanya disebabkan mengandung , hubungan seks , dan sistem immun yang rendah . Selain gatal gatal , keputihan yang tebal juga boleh berlaku . 4 . Menopause : Penghasilan Estrogen yang menurun juga menyebabkan dinding faraj menipis dan kering . Ini juga akan menyebabkan kegatalan . 5 . Penggunaan bahan kimia contohnya tisu wangi , pencuci wanita wangi , sabun wangi
Cara merawat :
• Jangkitan kuman memerlukan antibiotik .
• Jangkitan yis memerlukan anti kulat yang terdiri daripada ubat yang dimasukkan ke dalam faraj atau tablet untuk makan .
• Menopause memerlukan krim estrogen .
Menopause : Penghasilan Estrogen yang menurun juga menyebabkan dinding faraj menipis dan kering . Ini juga akan menyebabkan kegatalan .
LAWAK MENGUBAT STRES
Zaki : Awak tudung awak cantik , tapi sayang .
Aminah : Sayang kenapa ?
Zaki : Akhirnya awak panggil saya sayang juga .
Cara mencegah :
• Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks .
• Elakkan melakukan hubungan seks sehingga betul betul pulih dari simptom .
• Elakkan mencuci atau mengelap faraj dengan bahan kimia seperti kertas tisu wangi atau pencuci feminin .
• Gunakan air paip biasa dan sabun yang tiada pewangi untuk membersihkan faraj
• Lap dari depan ke belakang selepas membuang air .
• Tukar seluar dalam setiap hari .
• Jangan menggaru faraj yang gatal kerana akan menyebabkan jangkitan semakin teruk .
Cara memilih pencuci wanita :
• Lembut dan tidak merengsakan kulit . Kerana kulit di bahagian faraj adalah sangat sensitif . Pastikan pencuci wanita itu tidak menyebabkan kulit hilang kelembapan .
• pH yang seimbang akan membawa kepada keseimbangan flora yang sihat dan tiada jangkitan bakteria .
• Bahan yang natural . Elakkan pencuci wanita yang menggunakan paraben dan pewangi tiruan .
APA KATA WANITA
Bagaimana prosedur pap smear dijalankan ? Ujian Pap Smear dilakukan dengan menggunakan spekulum atau berus serviks yang akan dimasukkan ke dalam faraj . Sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal .
Berapa lama masa yang diambil untuk mengetahui keputusan ujian ? Keputusan akan diperoleh selepas beberapa minggu melakukan ujian kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti . Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin .
Bila waktu yang sesuai untuk melakukan ujian ini ? Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa , kecuali pada masa haid dan nifas . Sehari sebelum melakukan ujian Pap Smear , pastikan anda tidak melakukan hubungan seks dan menggunakan sebarang ubat di dalam faraj .
Berapa lama jangka masa untuk sel normal menjadi sel kanser ? Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara dua hingga 10 tahun . Jadi , sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun , peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks .
Sebelum ini saya asyik mengelak apabila diminta melakukan ujian pap smear kerana risau dengan prosedur yang akan dijalankan . Namun , prosedur sebenar mudah dan cepat tidak seperti yang di sangka . Pap smear ujian penting untuk mengesan jangkitan kelamin dan kanser servik ”. – Hasnidar Jaafar
“ Dua kali saya melalui ujian pap smear untuk memastikan kesihatan rahim . Saya diberitahu pesakit yang melakukan ujian akan dihubungi pegawai berkenaan sekiranya sampel yang diambil mempunyai masalah ”. – Huda Md Yusoff
“ Masa melahirkan anak pertama , saya masih tidak tahu mengenai pap smear . Tapi selepas melahirkan anak kedua , saya melalui ujian pap smear ini . Prosesnya mudah dan tidak menyakitkan .” – Nurmalidyana Mohd Azami
“ Kali pertama saya melakukan ujian ini adalah pada 2017 , selepas melahirkan anak kedua . Saya sarankan supaya ujian pap smear ini dilakukan oleh semua wanita bagi mengesan penyakit berbahaya seperti kanser .” – Nor Azimah Abu Osman