DEWASA VETERAN al-Siha | APRIL , 2018
26
DEWASA VETERAN al-Siha | APRIL , 2018
MITOS DAN FAKTA KESIHATAN
• Kebanyakan pesakit sedar tentang masalah mereka apabila sudah berada di tahap kritikal iaitu Tahap 3 hingga 5
• Kaedah pemindahan buah pinggang adalah yang paling berkesan untuk merawat masalah buah pinggang
Dato ’ Dr . Zaki Morad – Pakar Buah Pinggang dan Neprologist , Hospital KPJ Ampang Puteri .
RAWATAN
1 . Lakukan pemeriksaan awal .
2 . Rawatan sedikit rumit untuk mereka yang kritikal .
3 . Pesakit tahap 1 atau 2 masih mempunyai peluang besar untuk sembuh .
4 . Rawatan Dialisis Peritoneal ( DP ) mungkin lebih mudah dan selesa namun ia boleh menyebabkan infeksi tunel dan radang peritoneum kalau tidak dilakukan dengan betul .
R
AMAI pesakit buah pinggang hanya sedar tentang masalah mereka apabila sudah berada di tahap kritikal iaitu Tahap 3 hingga 5 . Menurut Dato ’ Dr . Zaki Morad , Pakar Buah Pinggang dari Hospital KPJ Ampang Puteri , ini menyukarkan mereka untuk pulih dengan cepat kerana keadaan buah pinggang mereka berada pada tahap serius .
PROSEDUR RAWATAN TERBAIK BUAT PESAKIT
Biasanya pesakit akan menjalani rawatan dialisis yang menggunakan mesin hemodialisis untuk sembuh . Selain itu , kaedah rawatan Dialisis Peritoneal ( DP ) yang boleh dilakukan di rumah menjadi pilihan pesakit kerana lebih senang dan selesa . Namun , menurut Dato ’ Dr . Zaki , kaedah pemindahan buah pinggang adalah yang paling berkesan untuk merawat masalah buah pinggang .
“ Di Malaysia , kaedah ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan sedangkan ia adalah sebuah kaedah rawatan yang berkesan . Mungkin bagi masyarakat kita , mereka berasa takut dan sentiasa mempunyai persepsi bahawa penderma akan mengalami komplikasi apabila mendermakan buah pinggang kepada pesakit . Untuk makluman , negara kita mengharamkan sistem jual-beli buah pinggang . Maka , penderma haruslah dari ahli keluarga , suami , isteri , kawan rapat , ibu bapa , mahupun saudara-mara terdekat ( first and second degree cousin )”.
TIADA KOMPLIKASI BAGI PENDERMA BUAH PINGGANG
Penderma buah pinggang tidak akan menerima apa-apa masalah kesihatan apabila mendermakan buah pinggang kepada pesakit . Menurut Dato ’ Dr . Zaki , pemindahan buah pinggang tidak menghalang pasangan berkahwin untuk mendapatkan zuriat kerana ia tidak menganggu proses kesuburan .
“ Suka saya katakan disini , khususnya bagi golongan muda yang sihat dan aktif , anda dialu-alukan untuk menderma buah pinggang anda kerana ia adalah kaedah rawatan yang disarankan untuk pesakit buah pinggang pulih seperti biasa ”.
Tambahnya lagi , proses pemindahan
Pemindahan buah pinggang elak bergantung dialisis
FAKTA !
Angka pesakit buah pinggang meningkat ke
43,000 orang pada Disember 2016 .
85 % pesakit menggunakan rawatan hemodialisis .
10 % pesakit menjalani kaedah Dialisis Peritoneal ( DP ). Selebihnya adalah pemindahan buah pinggang .
Kajian pemindahan buah pinggang sudah dilakukan sejak
70 tahun dahulu .
Di Malaysia , 3 hingga 4 ribu kes melibatkan pemindahan buah pinggang .
Sumber : Pakar Buah Pinggang , Hospital KPJ Ampang Puteri
OLEH PUTRA MOKHTER putra . mokhter @ revonmedia . com
TAHAP KEROSAKAN BUAH PINGGANG
1 . Sakit buah pinggang terdiri dari 5 tahap .
2 . Pada tahap pertama , buah pinggang masih lagi berfungsi seperti biasa namun sudah ada simptom-simptom sakit buah pinggang .
3 . Tahap kedua pula , fungsi buah pinggang hanya tinggal 80 % dan pada tahap ketiga ia bertukar kepada 50 %, dan akhirnya pada tahap keempat iaitu 30 % dan kelima hanya tinggal 15 %.
FAKTA KESIHATAN YANG MENGEJUTKAN !
Kopi boleh menangkis kemurungan Satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan , jika seorang perempuan meminum kopi empat cawan atau lebih dalam masa sehari , ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20 %. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan , seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri .
Mesin ATM sama kotor dengan tandas Ujian kebersihan yang dilakukan di Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam . Pakar mengelap pada papan kekunci mesin wang serta tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit .
Gula boleh menjejaskan kesihatan seperti merokok Walaupun gula sepeti tidak membahayakan diri seperti mana merokok , hakikatnya , makanan manis boleh membahayakan diri , sama seperti menghisap rokok . Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia , gula adalah bahan perosak sama seperti alkohol dan rokok . Menurut mereka lagi , pengambilan gula perlulah dihadkan .
( sumber : https :// alongxp . com / 10-fakta-kesihatanyang-mengejutkan /)
buah pinggang harus dilakukan secara teratur kerana para penderma akan dilakukan ujian kesihatan untuk memastikan tiada masalah kesihatan yang kronik . Malah , bagi pesakit buah pinggang itu sendiri , mereka diberi pilihan untuk memilih rawatan dialisis , Dialisis Peritoneal ( DP ) ataupun pemindahan buah pinggang sekiranya mereka tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti kencing manis , darah tinggi dan sebagainya .
Bagi pesakit yang berumur 60 tahun juga boleh melakukan kaedah pemindahan buah pinggang ini jika mereka tidak mempunyai penyakit lain seperti kanser , sakit jantung mahupun strok melainkan kegagalan buah pinggang . Sama juga seperti pesakit yang muda dan di pertengahan usia . Menurut beliau , jika penderma mempunyai dua buah pinggang yang sihat dan diberikan satu kepada pesakit , ia tidak akan mengurangkan fungsi buah pinggang penderma itu , malah penderma boleh menjalani kehidupan seperti biasa . al-Siha
PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG
• Kencing manis antara penyebab kegagalan buah pinggang .
• Pesakit buah pinggang akan mengalami gejala Hypogylcemia apabila pesakit mengambil suntikan insulin .