27
APRIL, 2018 | al-Siha
JOM SIHAT
Saranan
pengambilan
kalori
Menu tinggi khasiat,
tidak akan menjejaskan
kesihatan tubuh.
Tabiat makan lewat malam
• Makan waktu
malam tidak baik
untuk kesihatan
melainkan dengan
mengamalkan
senaman yang
cukup
4 PANDUAN
MAKAN MALAM
• Waktu makan malam
yang sesuai adalah dari
jam 6.30 petang hingga
8.30 malam.
• Makan malam lebih
awal, akan memudahkan
proses pencernaan dan
detoksifikasi.
• Tukar menu makan
malam kepada sayur-
sayuran kerana ia rendah
gula dan kandungan
karbohidratnya sangat
ideal, selain mengandungi
serat, mineral dan vitamin
• Daging tanpa lemak
dan telur juga menu
sihat untuk makan lewat
malam.
• Pemilihan pemakanan
yang sihat itu sangat
penting untuk
mengekalkan kualiti
kesihatan tubuh.
PANDUAN SENAMAN
• Bentuk latihan yang
paling baik adalah
latihan rintangan yang
sememangnya terbukti
berkesan untuk membina
dan mengekalkan jisim
otot kita.
• Gunakan sistem
Glycemix Index Scale
untuk mengetahui jumlah
kalori dan status tubuh.
• Amalkan aktiviti
senaman sekerap mungkin
jika anda suka makan pada
lewat malam.
S
ARANAN pengambilan kalori berdasarkan Panduan
Diet Malaysia, 2010 untuk orang dewasa (18-59) yang
sedentari adalah
Waktu makan
Sarapan
Minum pagi
Makan tengahari
Minum petang
Makan malam
Kalori (kcal)
Lelaki dewasa
Wanita dewasa
550
450
200
100
550
450
200
100
200
400
•Lelaki dewasa - 2000kcal/sehari
•Wanita dewasa - 1500kcal/sehari
Contoh Menu 1500 KALORI
OLEH PUTRA MOKHTER
putra.mokhter@revonmedia.com
T
ABIAT ini biasa bagi masyarakat kita. Bukan
hanya bagi mereka yang telah dewasa, malah
kanak-kanak dan warga emas juga tidak
kurangnya. Mengambil makanan segera misalnya turut
mengundang risiko kesihatan seperti obesiti.
Kit Mah, pakar kecergasan dan nutrisi menjelaskan, menu
tinggi khasiat, tidak akan menjejaskan kesihatan tubuh.
“Menurut British Medical Journal pada tahun 2014, negara
Malaysia adalah negara yang paling ramai penduduk obes di
Asia. Dan antara puncanya adalah makan lewat malam”.
Umum tahu, makan waktu malam tidak baik untuk
kesihatan melainkan dengan mengamalkan senaman yang
cukup.
KESEIMBANGAN UNTUK TUBUH SIHAT
Tubuh yang sihat, bermula dari gaya hidup yang diamalkan.
Kita sedia maklum makan lewat malam mendatangkan
banyak kesan buruk. Namun, jika menu yang diambil itu
berkhasiat, ia tidak mendatangkan masalah, tetapi untuk
mendapatkan tahap keseimbangan yang sempurna, kita harus
melakukan senaman yang cukup.
“Walaupun kita menukar menu kepada menu yang lebih
sihat, namun, ia tetap menambah jumlah kalori dalam badan.
Jadi saya sarankan kepada semua agar lebih aktif bersukan
dan bersenam untuk
membakar lebih
banyak kalori
supaya dapat
dikawal”.
Namun, makan
pada waktu malam
secara umumnya
tidak bagus untuk
tubuh. Apa kata
hentikan amalan makan
pada lewat malam
secara beransur-
ansur demi kesihatan
berpanjangan. Jika
bukan sekarang, bila
lagi?
Kit Mah juga dilantik sebagai seorang
duta Optimum Nutrition dan Under
Armour disamping terkenal sebagai
seorang model dan pelakon.
SARAPAN
2 Keping sandwich keju
1 Cawan kopi dengan susu rendah lemak
MAKAN TENGAHARI
1 ½ Cwan nasi
1 Ekor ikan kembung
½ Cawan sayur kalian
1 Keping tempe goreng
1 Potong buah betik
1 Gelas air kososng
MAKAN MALAM
1 ½ Cawan mee goreng
(isi ayam+sayur+tauhu)
1 potong nenas
1 gelas air kosong
Nota: Keperluan ini adalah bagi wanita yang sangat tidak aktif
dan warga emas. Contoh Menu 2000 KALORI
Contoh Menu 2000 KALORI
SARAPAN
1 ½ Cawan bihun sup
1 Cawan Kopi dengan susu rendah lemak
MINUM PAGI (icon menunjukkan jam 10 pagi)
1 Biji kuih
1 Cawan the ‘o’ dengan 1 sudu the gula
MAKAN TENGAHARI
1 ½ Cawan Nasi
1 Ekor ikan kembong masak sambal
½ Cawan sayur sawi
1 Keping tempeh
1 Biji oren
1 Gelas air kosong
MINUM PETANG
2 Biji kuih
1 Cawan minuman bercoklat dengan susu
rendah lemak
MAKAN MALAM
1 ½ Cawan nasi
1 Ketul peha ayam goreng
½ cawan kacang panjang goreng
1 Keping tauhu
1 Biji buah belimbing
1 Gelas air kosong
Nota: Keperluan kalori ini adalah bagi kanak-kanak, remaja
perempuan, wanita yang aktif secara sederhana dan lelaki yang
tidak aktif.
Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)