al-Siha | APRIL, 2018
28
PERSONALITI
Minum air yang cukup
elak dihidrasi – Nabila Razali
N
AMA Nabila Razali bukanlah asing dalam industri muzik tanah
air. Biarpun masih baru melakar nama, namun kekuatan vokal
serta melodi lagu yang berbeza (urban) melonjakkan namanya
dalam persada seni tanah air. Single Pematah Hati yang sering kali diputarkan
di corong radio menjadi tiket bagi dirinya untuk bertapak lebih kukuh dalam
industri ini. Pun begitu, Nabila tidak hanya fokus dalam bidang nyanyian
sahaja malah dia juga melebarkan sayap kariernya dalam bidang lakonan.
Membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati sebagai Wafeen
Wardah menjadikan Nabila Razali artis yang versatil. Walaupun jadualnya
padat, namun dia masih kekal ceria, aktif dan masih mampu tersenyum
di hadapan khalayak membuatkan al-Siha tertarik untuk mengetahui dan
berkongsi rahsia Nabila menjaga kecantikan wajah dan kesihatan.
OLEH PUTRA MOKHTER
putra.mokhter@revonmedia.com
1
. Apakah definisi kesihatan bagi Nabila?
Bagi saya, maksud kesihatan yang baik itu apabila tubuh badan sentiasa
mempunyai stamina yang cukup untuk melakuan apa jua aktiviti.
2
. Baru berusia 26 tahun, bagaimana Nabila mengekalkan momentum
untuk melakukan segala aktiviti harian?
Saya mengamalkan pengambilam supplement, vitamin terutamanya vitamin
c dan sentiasa minum air sebelum memulakan hari saya. Pengambilan air
yang cukup juga menghindari tubuh saya dari dehidrasi.
3
. Adakah Nabila mempunyai waktu terluang untuk memanjakan diri?
Mungkin ke spa?
Ya. Saya suka pergi ke spa untuk scrub dan massage. Ia membuatkan tubuh
saya menjadi segar dan kulit lebih sihat.
4
. Mengenai kesihatan kulit, apakah rejim kecantikan yang Nabila
amalkan?
Sebagai wanita, kulit antara bahagian yang paling penting bagi saya. Albella
Beauty adalah produk kecantikan pilihan saya dan untuk hasil yang terbaik,
saya melakukan scrub 3 hari sekali.
"Kulit antara
bahagian yang
paling penting
bagi saya.
Albella Beauty
adalah produk
kecantikan
pilihan saya."
5
. Bagaimana pula dengan senaman?
Adakah Nabila peminat gym?
Oh, saya tidak ke gym tapi saya lakukan
senaman ringkas yang tidak memerlukan
equiment seperti jogging dan sebagainya
bersama rakan-rakan. Selalunya, saya juga
akan melakukan aktiviti riadah bersama
keluarga. Itu sudah memadai.
6
. Selain berjumpa doktor, apakah yang
Nabila akan ambil apabila demam
panas atau selsema?
Selalunya air honey lemon dan mandi
dengan air panas membantu mengurangkan
demam atau selsema saya dengan cepat.
JOM CERGAS
Ayuni Saufi:
Rahsia hilang 35kg
7
. Bagaimana pula dengan rawatan tradisional?
Bagi saya, rawatan tradisional ada kalanya masih relevan, namun saya
lebih suka untuk berhubung dengan doktor sekiranya saya sakit.
OLEH NORZIRA SYARINI
8
. Kongsikan mengenai amalan diet Nabila.
Diet saya sangat mudah dan ringkas. Saya akan ambil nasi dengan
kuantiti yang sedikit berbanding lauk. Apa yang penting, menu saya pasti ada
sayur kerana sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat. Oh ya! Saya juga
agak cerewet apabila berkaitan dengan daging ayam dan sebagainya kerana
saya akan asingkan lemak terdahulu. Saya tidak makan lemak.
9
. Kongsikan tip ringkas untuk sentiasa kekal sihat dan cergas.
Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan tubuh
badan segar dan sihat. Bahkan kita juga tahu mengenai kebaikan meminum
air kosong. Selain itu juga, pemakanan yang seimbang wajib dipraktikkan
kerana ia membantu untuk kekal sihat, dan mendapatkan bentuk badan yang
ideal.
10
. Apakah nasihat Nabila tentang penjagaan kesihatan tubuh badan
terutamanya kepada seluruh kaum wanita di negara ini?
Sebagai seorang wanita, kulit adalah antara bahagian paling penting yang
harus dijaga dengan betul. Tambahan pula hari ini, keadaan cuaca yang tidak
menentu serta pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang semakin
meluas mendedahkan kita kepada banyak penyakit kulit. Jadi, jagalah
kesihatan, kebersihan dan kecantikan kulit untuk mendapat kelembapan
yang cukup serta tona kulit yang sekata.
norzira.syarini@revonmedia.com
P
ENAT dihina dan di
ejek dengan pelbagai
gelaran, Ayuni Saufi, 25,
bangkit dengan semangat baru untuk
mengurangkan berat badan. Siapa
sangka, setahun berdepan cabaran dan
dugaan, Ayuni Berjaya mengurangkan
sekurang-kurangnya 33kg dari 85kg
berat asal.
“Masa diploma dulu saya sering
kali dihina di dalam kelas, saya digelar
gajah, tong gas, dan ia berlanjutan ke
hari hari seterusnya.”
Tertarik dengan satu status yang
dimuat naik oleh perunding kesihatan
terkenal, Kevin Zahari, Ayuni tekad
memulakan langkahnya untuk
menurunkan berat badan dan yakin
bahawa dia juga mampu untuk kurus
seperti rakan rakannya yang lain.
Tidak cukup dengan itu, Ayuni tidak
jemu menggali ilmu bahkan usahanya
dibantu oleh teman seperjuanagan
sehingga Ayuni berjaya mendapat berat
yang diinginkan.
“Setahun. Ya, setahun masa yang
diambil untuk mengurangkan berat
badan kerana saya masih mengamalkan
pengambilan nasi di dalam diet
seharian”.
Jelasnya, mengamalkan makanan
rendah kalori sebenarnya sangat
membantu, cuma kuantiti nasi
hendaklah dikurangkan dan
diseimbangkan. Tambahnya lagi,
meminum air masak yang cukup juga
sangat penting dalam proses ini.
“Saya banyak makan sweet potato,
ayam bakar, salmon, dan juga broccoli,
sebab makanan ini bagi saya ‘nadi
diet. Air detox juga diambil setiap hari
dengan tujuan mencuci dalaman badan.
Saya juga berpantang dari mengambil
makanan segera dan air bergas selama
setahun.
Menyentuh sedikit mengenai