RINGKASAN |
||||||
Rawatan Untuk Penghidap Diabetes Tahap 2 |
B ANDAR SUNWAY 13 Mac 2018 - Sunway Medical Centre ( SunMed ) melancarkan Ikon Pisau Gamma Leksell , mesin radiasi canggih untuk merawat gangguan neurologi dan keadaan otak yang biasanya memerlukan pembedahan saraf .
Pengarah Urusan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Sunway Group , Lau Beng Long berkata rawatan Pisau Gamma merupakan inisiatif untuk menyediakan penjagaan berorientasikan pesakit , yang disesuaikan untuk mereka yang memerlukan pilihan rawatan inovatif dan berkesan untuk kanser otak .
“ Ikon Pisau Gamma membolehkan SunMed memberikan rawatan yang lebih dipercayai dan dikendalikan
KUALA LUMPUR 14 Mac 2018 - Malaysia mencatatkan peningkatan bagi pesakit diabetes tahap 2 ekoran masalah kegemukan dan juga obesiti yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat . Berdasarkan kajian , sebanyak 17.5 peratus penduduk dewasa di Malaysia menghidap diabetes tahap ini .
“ Kencing manis tahap 2 boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah yang akan mengakibatkan berlakaunya komplikasi lain seperti serangan jantung , strok , kerosakan buah pinggang dan banyak lagi ,” Dr Nina Mohd Said , Pengarah Perubatan , Abbot Malaysia .
|
dengan ketepatan yang lebih tinggi .
“ Kaedah rawatan ini merupakan satu perubahan , dengan sedikit ketidakselesaan dan dos radiasi yang lebih rendah kepada tisu sihat pesakit ,” katanya dalam ucapannya pada pelancaran Ikon Pisau Gamma Leksell di Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway , baru-baru ini .
Lau berkata sebagai sebahagian daripada visi untuk menjadi antara pusat perubatan terkemuka di rantau ASEAN , SunMed memastikan pesakitnya mendapat akses kepada teknologi dan amalan klinikal canggih , terutama ketika berhadapan dengan diagnosis kanser .
Baru-baru ini Abbott Malaysia membentangkan kajian terbaharu mereka dalam usaha mengurangkan komplikasi diabetes serta menjelaskan secara terperinci penjagaan kesihatan kearah bebas diabetes .
Kupasan terperinci mengenai penyakit ini disampaikan oleh Prof . Dr Osama Hamdy , Pengarah Perubatan , Program Klinikal Obesiti , dari Joslin Diabetes Centre , Dr Zanariah Hussein , Pakar Endrocrinology , dari Hospital Putrajaya , dan juga Prof Dr Winnie Chee Siew Swee , Dekan , School of Health Sciences , International Medical University .
|
Jabatan Kesihatan Sarawak Nafi Wujud Penyakit Misteri Berjangkit Yang Ditularkan MIRI 8 Mac 2018 - Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan kewujudan wabak penyakit misteri yang menjangkiti kanakkanak dan semakin serius merebak di bandar raya Miri , seperti yang ditularkan .
Pengarahnya Dr Jamilah Hashim berkata kandungan tular itu adalah tidak tepat dan semakan serta verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit oleh pihaknya mendapati tidak ada peningkatan ketara sebarang penyakit berjangkit di bandar raya tersebut sejak sembilan bulan lalu .
“ Meskipun begitu , pihak pengurusan Hospital Miri mengesahkan terdapat sedikit peningkatan kemasukan pesakit ke wad di hospital itu sejak awal Februari lepas , terutamanya di wad kanak-kanak ,” katanya .
Jelas beliau , trend itu adalah normal terutama selepas musim perayaan dan kemasukan ke wad tersebut disebabkan pelbagai penyakit dan bukan penyakit berjangkit yang spesifik .
|