10
al-Siha | DISEMBER, 2019
ISU: KESIHATAN MENTAL
Tiba masa untuk lebih terbuka
I
nternational Mental Health Recovery Conference 2019
(IMHRC 2019) buat julung kalinya diadakan bertujuan
memperkasakan kesihatan mental di Malaysia dengan
sokongan antarabangsa.
Persepsi negatif berhubung isu kesihatan mental begitu
meluas di Malaysia, malah ada diantara mereka yang tidak
tahu membezakan diantara kesihatan mental dan juga
penyakit mental.
Presiden dan Pengasas Persatuan Sokongan dan
Kesedaran Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu bakar
berkata, pihaknya bertanggungjawab dalam mendidik dan
menyampaikan kesedaran kepada orang ramai tentang
kedua-dua perkara tersebut.
“MIASA akan sentiasa memainkan peranan penting
dalam memperkasakan kesihatan mental penduduk di
Malaysia,” katanya.
IMHRC2019 diadakan bagi memperkasakan kesihatan
mental di negara ini dengan sokongan antarabangsa
Kesihatan
mental juga
perlu dirawat
seperti sakit
lain.
PERSIDANGAN PERTAMA MIASA
Tambah beliau, kali ini MIASA mencipta sejarah dengan
menjadi penganjur IMHRC 2019.
“Selain menampilkan penglibatan beberapa orang
penceramah yang cukup berpengalaman, MIASA turut
membawa individu yang pernah bergelut dengan isu
kesihatan mental dari luar negara untuk berkongsi perkem-
bangan dan kisah inspirasi berdepan derita kesihatan
mental.
Jelasnya, MIASA juga turut mewakili Malaysia sebagai
ahli jawatankuasa TCI Asia Pacifi c.
“TCI atau ‘Transforming Communities for Inclusion of
persons with psychosocial disabilities’, merupakan rakan
kongsi IMHRC 2019 dan berperanan penting dalam
kesihatan mental dan menyampaikan maklumat atau
pendidikan tentang penyakit-penyakit mental.”
KUPAS TOPIK MENARIK
Menurut Anita, matlamat utama persidangan kali ini
adalah untuk membincangkan mengenai beberapa topik
penting dan amat diperlukan kearah perubahan, dan topik
tersebut juga antara isu yang menjadi perbualan hangat
penduduk di negara ini.
“Salah satu topik yang dimuatkan dan akan di bincang-
kan dalam persidangan kali ini adalah tentang pengurusan
penyakit mental tanpa paksaan.
“Di Malaysia, kita masih menerapkan kaedah pen-
gurusan pesakit mental secara involuntary kerana ini
merupakan langkah yang paling cepat dan mudah. Ketika
pesakit menunjukkan sikap yang agresif, kita akan cuba
menahan mereka dari berkelakuan agresif tanpa bertanya
atau mengambil tahu punca sebenar mereka berkelakuan
seperti itu," katanya.
Selain itu, antara topik lain yang bakal dibincangkan
adalah mengenai jurang tentang kesedaran kesihatan
mental, serta pandangan mengenai stigma penyakit mental
dalam kalangan mereka yang professional.
PERKONGSIAN PAKAR
IMHRC 2019 turut membawakan penceramah yang
merupakan seorang doktor yang menjadi sebahagian dari
jawatankuasa yang membangunkan United Nations Con-
vention on the Rights of Persons with Disabiities (UNCRPD),
yang akan sama-sama berkongsi tentang kesukaran yang
ANTARA TOPIK DIBINCANGKAN
DALAM IMHRC 2019
Keynote Speaker ‘Zero Coercion on
Mental Health’ oleh Bhargavi Davar (India)
‘Malaysia’s Collaborative Practise : Gaps,
Opportunities and the Way Forward’oleh
Anita Abu Bakar (Malaysia).
‘The Paradigm Shift from the Medicl to
the Social Model’ oleh Kavita Saju Nair
(India)
‘Stigma amongst Mental Healthcare
Professionals’ oleh Ahmed Hankir, the
Wounded Healer (UK)
Journey to Recovery : ‘The Power to
Persevere’ oleh Dr Zakry Onn Yahya, Daniel
Anthony Percival, Vishalatchi Arunagiri, Ustaz
Mohd Noor Deros, Pastor Ignatius Wong.
‘Spirituality & Mental Health’ oleh Ustaz
Mohd Noor Deros
‘Mental Health NGOs : The Power of
Advocacy’ oleh MIASA, Befrienders,
MMHA & SOLS Health
Di Malaysia, kita masih
menerapkan kaedah
pengurusan pesakit
mental secara involuntary
kerana ini merupakan
langkah yang paling cepat
dan mudah” -Anita
dihadapi dalam pelaksanaan UNCRPD di Malaysia.
“Kami telah merangka sesi perkongsian yang hebat
tentang kesihatan mental dan juga penyakit mental,
dan kesemua penceramah, sama ada dari dalam negara
mahupun luar negara, mempunyai terlalu banyak pengala-
man berdepan isu melibatkan kesihatan mental dan akan
Menurut Anita, MIASA bawa pesakit Mental dari luar
negara untuk berkongsi kisah inspirasi.
berkongsi segalanya kepada semua,” jelas Anita.
Sementara itu, Anita berkata, akan ada satu ‘perubahan
besar’ yang positif kearah memperkasakan kesihatan
mental dan penyakit mental di Malaysia melalui persi-
dangan ini, terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan juga pengamal kesihatan mental professional
yang lain.
Katanya, persidangan kali ini juga akan menekankan
perbincangan tentang kesihatan mental membabitkan
pihak berkepentingan lain seperti doktor, pesakit,
penjaga pesakit dan juga pihak kesihatan awam, secara
lebih mendalam dan terperinci kearah menyokong dan
menguruskan isu kesihatan mental dan penyakit-penyakit
mental di negara ini.
PERANAN SEMUA
Jelasnya, persidangan kali ini diharap dapat membantu
semua pihak untuk lebih memahami tentang peranan
masing-masing demi kesejahteraan kesihatan mental.
“Kita mungkin akan mencapai kejayaan yang diimpikan,
tetapi jika kita berkerjasama, kita mungkin akan mencipta
satu kejayaan yang luar biasa,”jelas Anita —al-Siha