DISEMBER, 2019 | al-Siha
ISU: KESIHATAN MENTAL
11
Majikan perlu ambil berat
MTUC melihat majikan di Malaysia kurang beri perhatian terhadap kesejahteraan kesihatan mental pekerja
I
su kesihatan mental mula menjadi topik perbualan
masyarakat kebelakangan ini. Malangnya, pekerja di
Malaysia yang berdepan masalah kesihatan mental masih
tidak mendapat perhatian atau sokongan yang sepatutnya.
Timbalan Presiden MTUC, Mohd Jafar Abd Majid ber-
kata pihaknya kini terus bekerja rapat dengan pelbagai
sektor, dan mengumpul seberapa banyak maklumat dari
pekerja di seluruh negara.
“Kami mendapati pekerja di bidang pembuatan dan
pengeluaran adalah pekerja yang menghadapi tekanan
melampau di tempat kerja,”katanya.
Tambah beliau, isu kesihatan mental yang dialami mereka
berpunca dari persekitaran kerja yang tidak kondusif, tekanan
dari pihak pengurusan untuk mengejar Key Performance
Indicators (KPI) serta budaya tempat kerja yang tidak sihat.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung MTUC, A
Balasubramaniam berkata, faktor ini boleh menyebabkan
tekanan yang berterusan dalam kalangan pekerja, dan
menjejaskan kesejahteraan mental mereka sekiranya terus
diabaikan,” katanya.
KES TEKANAN DI TEMPAT KERJA
Jafar dalam temubual bersama al-Siha baru-baru ini
turut berkongsi beberapa kes membabitkan pekerja yang
mengalami tekanan sebegitu lama sehingga tindakannya
turut membahayakan orang lain.
“September lalu, negara dikejutkan dengan tragedi
amukan yang berlaku di Pulau Pinang, di mana seorang
pekerja dikatakan mengamuk dan menetak dua pekerja
lain. Suspek yang bersenjatakan parang telah diarahkan
untuk bertenang, namun cuba menyerang anggota polis,
menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan ke arah
suspek dan suspek meninggal di tempat kejadian. Setelah
diselidik, lelaki berkenaan rupanya kakitangan yang
bekerja lebih masa dan merasa tidak dihargai majikan.
FOKUS KEPADA MAJIKAN
Menurut Balasubramaniam, majikan perlu bertanggung-
jawab terhadap setiap perkara yang membabitkan kesihatan
mental pekerja, apatah lagi jika isu ini berpunca dari tempat
kerja.
“Kita tidak mahu majikan sekadar ‘basuh tangan’ dengan
isu ini kerana tekanan dan kemurungan boleh berlaku
kerana faktor persekitaran, budaya dan juga kerja yang ter-
lalu banyak. Walhal, faktor ini boleh di kawal oleh majikan
itu sendiri,” tegas Balasubramaniam.
Menurut Balasubramaniam, pekerja dapat
memberikan prestasi yang baik jika tidak ada
masalah kesihatan mental.
Kami mendapati
pekerja
di bidang
pembuatan dan
pengeluaran adalah
pekerja yang menghadapi
tekanan melampau
di tempat kerja” - Mohd Jafar
PEKA DAN AMBIL KIRA
Selain itu, majikan juga perlu menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan yang boleh mengurangkan tekanan
mengikut keperluan pekerja.
Jafar berkata, selain memberi tumpuan dan mem-
perkasakan lagi majikan agar lebih peka dan mengambil
tindakan sepatutnya, masih ada beberapa perkara lain
yang perlu di ambil kira.
“Buat masa sekarang, kerajaan masih tidak ada akta atau
peraturan yang mewajibkan majikan untuk membantu
pekerja yang mengalami masalah kesihatan mental. Sepat-
utnya inisiatif tertentu perlu di laksanakan segera,”jelas
Jafar.
Tambah beliau, perkara seumpama ini satu agenda yang
perlu menjadi keutamaan pihak kerajaan supaya majikan
tidak mengabaikan isu berkaitan kesihatan mental dalam
kalangan pekerja mereka.
“Apa yang menyedihkan lagi, isu kesihatan mental ini
tidak di pandang sebagai satu keadaan kesihatan yang
memerlukan ‘rehat’ atau cuti yang sepatutnya diberikan
sebagai tempoh bertenang atau melepaskan segala penat
lelah dan juga bebanan emosi. Alasan tekanan, kebimban-
gan dan juga kemurungan masih menjadi sebab yang tidak
diterima majikan. Hal ini sekaligus tanpa sedar atau tidak
menjejaskan kesihatan mental, prestasi dan kehidupan
seharian individu, malah mereka juga bagaikan berperang
dengan emosi sendiri.
Katanya lagi, antara faktor yang membimbangkan apa-
bila menyentuh tentang kesihatan mental di tempat kerja
adalah kurangnya laporan atau aduan mengenai kes ini.
Menurut Jafar, jika diperhatikan kes melibatkan pekerja
yang tertekan ini tidak dicatat atau direkod oleh mana-
mana organisasi. Tetapi, beliau tidak menafi kan bahawa
mungkin ada sesetengah syarikat yang menyimpan rekod
seumpama ini.
“Kekurangan data akan menyukarkan tindakan yang
bakal diambil, seperti membentangkan atau menyuarakan
dengan menyertakan dengan bukti yang kukuh, terutama
apabila isu kesihatan mental di kalangan pekerja berpunca
di tempat kerja ini semakin serius,”jelas Balasubramaniam.
PERLUKAN REHAT?
al-Siha menyuarakan cadangan dan hasrat untuk pelak-
sanaan lima hari cuti tanpa rekod (Cuti Hero) kepada
Balasubramaniam dan Jafar, dan ini reaksi mereka.
“Cuti tanpa rekod atau cuti hero ini merupakan idea
yang bagus, tetapi agak sukar untuk dilaksanakan. Mungkin
akan berlaku penyalahgunaan dan majikan mungkin tidak
bersetuju,”jelas Balasubramaniam.
Manakala, Jafar menjelaskan bahawa isu kesihatan
mental ini sepatutnya di ambil serius dan diterima oleh
majikan bagi membolehkan pekerja mendapat sijil cuti sakit.
Tambah Balasubramaniam, pelaksanaan ini akan
membantu pekerja memberikan yang terbaik semasa men-
jalankan tugas kerana berada dalam keadaan kesihatan
mental yang baik.
“Tekanan yang melampau boleh berlaku disebabkan
tekanan atau budaya tempat kerja yang tidak sihat. Majikan
perlu mengambil berat isu kesihatan mental ini dengan
lebih serius kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan
pekerja dan reputasi syarikat. —al-Siha
SUMBER:JKKP