DISEMBER, 2019 | al-Siha
ISU: KESIHATAN MENTAL
Ayuh
jadi ‘Hero’
STATISTIK TEKANAN, KEMURUNGAN
DAN KEBIMBANGAN DITEMPAT KERJA
R
amai pekerja mengalami tekanan yang luar biasa
di tempat kerja, dan kemudian melepaskan
tekanan terhadap ahli keluarga masing-masing
atau individu yang rapat dengan mereka.
Pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan Qualitas Medi-
cal Group (Qualitas), Datuk Dr Noorul Ameen Mohamed
Ishack berkata kebanyakan mereka tidak sedar bahawa
tekanan dan juga kemurungan yang dialami boleh menje-
jaskan kesihatan lain sekiranya tidak dipulihkan segera.
“Selain menyebabkan tekanan darah tinggi dan
masalah jantung, ia juga boleh menjadi punca kepada
penyakit strok,” katanya.
KENALI QUALITAS
Qualitas sentiasa komited dengan inisiatif pihaknya
menangani tekanan atau masalah kesihatan mental di
tempat kerja.
“Kami telah mengambil langkah yang agak luar biasa
termasuklah menemui majikan di seluruh negara untuk
sama-sama melihat apa yang dilalui oleh pekerja masing-
masing. Namun, apa yang kami peroleh benar-benar
mengejutkan di mana kira-kira 30 peratus hingga 35
peratus pekerja dalam syarikat pembuatan berada dalam
tekanan yang melampau.
Tambah beliau, pekerja yang terlibat dalam bidang ini juga
sentiasa ke klinik dan mengadu sakit kepala dan perut, malah
tidak menyedari bahawa kesakitan yang dialami sebenarnya
lebih kepada kesakitan psikologi berbanding fi zikal.
“Tahukah anda mengapa kebanyakan pekerja di bidang
pembuatan sentiasa bekerja dalam paksaan dan tekanan?
Hal ini kerana, tekanan yang dialami mereka tidak boleh
menjadi sebab yang boleh dinyatakan kepada majikan
sekiranya tugasan tidak dapat dikendalikan dengan
baik,” jelasnya.
MAJIKAN TIDAK TERIMA
Katanya, tekanan yang dialami setiap
pekerja juga tidak dikira sebagai
keadaan yang memudaratkan
kesihatan oleh majikan,
malah tidak berhak atau
tidak layak mendapat
cuti sakit.
“Majikan
tidak terima
▶ 595,000
▶ 239,000
▶ 15.4 juta
pekerja derita dengan
tekanan, kemurungan dan kebimbangan pada tahun
2017 dan 2018.
Ramai pekerja tidak tahu mereka
mengalami tekanan melampau
sehingga membawa kemurungan
MENGAKU BAHAWA DIRI SENDIRI
SEBAGAI INDIVIDU YANG
MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN
MENTAL PASTINYA SANGAT SUKAR.
NAMUN, MARILAH SAMA-SAMA
TAMPIL KEDEPAN, KERANA TIDAK
ADA APA YANG PERLU DIMALU ATAU
DITAKUTKAN, AGAR TINDAKAN
WAJAR DAPAT DILAKSANAKAN.
09
pekerja derita dengan kes
baharu melibatkan kesihatan mental seperti tekanan,
kemurungan dan kebimbangan pada 2017 dan 2018.
Pekerja perlu diberi
kebebasan untuk
menggunakan cuti lima
hari tersebut untuk
tujuan mengurangkan
tahap tekanan di tempat
kerja mereka” -Dr Noorul Ameen
kerugian waktu bekerja
berikutan tekanan, kemurungan dan kebimbangan
pada 2017 dan 2018.
44%
▶ 14%
▶ 13%
▶ 8%
▶ 21%
▶
berpunca dari kerja berlebihan
kurang sokongan
Keganasan di tempat kerja atau buli
Perubahan di tempat kerja
jika ‘tekanan’ atau ‘kebimbangan’ dinyatakan sebagai
sebab pekerja mendapat sijil cuti sakit dan tidak mem-
benarkan mereka ke tempat kerja.
“Seorang pekerja didapati demam dan tidak berdaya
untuk bergerak meskipun dalam rumahnya sendiri. Adakah
pekerja tersebut masih perlu ke klinik dan mendapatkan
sijil cuti sakit? Adakah adil jika majikan tetap memaksa
pekerja supaya menyerahkan sijil cuti sakit meskipun
pekerja dalam keadaan seumpama itu? Saya rasa ia satu
perkara yang tidak adil.
“Begitu juga dengan pekerja yang tertekan dengan tugas
di tempat kerja,” katanya perkara itu menjadi punca pekerja
mengalami tekanan atau kebimbangan, kerana pekerja
tidak dapat berehat dari gangguan emosi yang diterima.
Dr Noorul berpengalaman dalam pengurusan tekanan
Lain-lain
SUMBER : WWW.HSE.GOV.UK.STATISTIC/CAUSDIS
di kalangan pekerja sejak sekian lama. Bagi beliau, kesi-
hatan mental ini adalah satu perkara yang sama penting
sebagaimana penjagaan fi zikal.
“Saya rasa setiap majikan perlu mengambil berat ten-
tang perihal kesejahteraan dan kesihatan mental pekerja
masing-masing.
“Setiap pekerja sepatutnya berhak menyuarakan keper-
luan cuti kerana mereka tahu bahawa tidak mampu untuk
produktif pada hari tersebut menunjukkan bahawa mereka
perlukan rehat untuk bertenang dan bermula semula.
Dr Noorul turut mencadangkan sekurang-kurangnya
lima hari diambil dari 14 hari cuti sakit sebagai cuti tanpa
rekod, untuk menangani tekanan di kalangan pekerja.
“Ini bukan satu perkara yang begitu sukar untuk
dilaksanakan. Bukan untuk menambahkan lebih banyak
cuti, cuma untuk mendapatkan lima hari cuti tanpa rekod,
tanpa perlu menyerahkan apa-apa bukti atau dokumen
dan cuti tersebut perlu untuk mereka mengumpulkan
semula tenaga dan mengembalikan semangat serta tenaga
mereka.
Cuti tanpa sebarang dokumen biasanya ditolak atau
tidak di terima oleh kebanyakan majikan kerana disifatkan
sebagai satu penyalahgunaan. Namun, persoalannya
adakah pekerja akan menyalahgunakan cuti tersebut?
Jelas Dr Noorul, cuti hero adalah cuti yang
diambil dari cuti sakit yang telah diwartakan
oleh kerajaan atau bilangan cuti sedia ada, yang
membezakannya hanyalah ia tidak memerlukan
apa-apa dokumen atau bukti sijil cuti sakit.
“Pekerja perlu diberi kebebasan untuk
menggunakan cuti lima hari tersebut
untuk tujuan mengurangkan tahap
tekanan di tempat kerja, seperti
yang telah saya nyatakan
awa l t a d i , t e k a na n
b o l e h m e m b aw a
kemudaratan atau
penyakit yang tidak
disangka,”katanya.
—al-Siha