12
al-Siha | DISEMBER, 2019
ISU: KESIHATAN MENTAL
J
abatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
tidak menerima sebarang laporan mengenai masalah
kesihatan mental berpunca dari tempat kerja seperti
tekanan, kemurungan, kebimbangan, gangguan
emosi dan sebagainya di kalangan pekerja di Malaysia
sejak 2017 dan 2018.
Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Pekerjaan, Dr.
Rajinderjit Singh Hullon berkata, pihaknya yakin bahawa
sebenarnya ada kes membabitkan kesihatan mental di
kalangan pekerja di luar sana, namun tidak ada individu
yang tampil membuat aduan.
Namun, jelasnya hanya lima aduan diterima JKKP pada
tahun ini, iaitu kes melibatkan masalah psikososial di
tempat kerja (occupational psychosocial illness), dan kes
berkenaan kini diperingkat siasatan.
Jelasnya, hanya kes yang disahkan berpunca dari tempat
kerja sahaja akan di ambil tindakan susulan.
“Di United Kingdom, statistik menunjukkan
sekurang-kurangnya 500 hingga 5000 laporan men-
genai isu tekanan di tempat kerja dan kebimbangan
dilaporkan setiap tahun. Disebabkan Malaysia tidak
mempunyai banyak laporan, JKKP meneruskan usaha
untuk meningkatkan kesedaran semua pihak agar
tampil membuat aduan.
JKKP merupakan sebuah Jabatan di bawah Kemen-
terian Sumber Manusia dan bertanggungjawab untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang
yang sedang bekerja, melindungi orang lain daripada
bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca
daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor.
“JKKP juga sebuah agensi penguatkuasa yang
mempunyai tiga tanggungjawab besar iaitu standard
setting, enforcement dan emotion. Malah termasuk
dalam sekretariat Majlis Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (National council for occupational health
and disease).
Hanya lima aduan
JKKP tidak menerima sebarang laporan sepanjang dua tahun lalu
Pekerja di negara ini boleh membuat aduan
mengenai masalah kesihantan mental di tempat
kerja kepada JKKP.
LAPORKAN SEGERA
“Mengikut undang-undang yang telah di tetapkan,
setiap kes melibatkan kesihatan mental di tempat
kerja hendaklah dilaporkan kepada JKKP supaya
pencegahan dan pengesanan dapat dilakukan.
“Dari laporan yang dibuat, JKKP akan menyiasat
secara keseluruhan dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Jelas Dr Rajinderjit Singh Hullon, orang ramai atau indi-
vidu yang telibat dengan isu kesihatan mental di tempat
kerja dinasihatkan supaya segera melaporkan perkara
tersebut kepada JKKP.
“Dua individu yang perlu melaporkan kes melibatkan
kesihatan mental di tempat kerja adalah doktor atau
pekerja itu sendiri dan perkara ini termaktub dalam
undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia.
TURUN PADANG
Setelah mendapat laporan, anggota JKKP akan mengun-
jungi premis atau syarikat yang berkaitan dan melakukan
siasatan tetapi segala maklumat pengadu akan dilindungi
dan pekerja tidak akan terkesan dengan sebarang tindakan
yang diambil.
“Isu kesihatan mental di tempat kerja ini berlaku dise-
babkan pelbagai faktor, antaranya persekitaran, masalah
personal, gangguan seksual, buli, tugasan terlalu banyak
dan lain-lain lagi. Pihak JKKP akan cuba membantu syari-
kat berkenaan membaik pulih keadaan.
HAPUSKAN STIGMA
Di Malaysia, isu utama yang perlu diberi perhatian adalah
stigma atau anggapan terhadap individu yang mempunyai
penyakit mental.
“Tidak ada individu yang ingin mengaku mengalami
masalah kesihatan mental, tekanan, kebimbangan dan
kemurungan. Tetapi pekerja perlu percaya bahawa mereka
sebenarnya tidak keseorangan.
Kurang kesedaran terhadap penyakit ini menyebabkan
pesakit tidak mengambil berat tentang keadaan sendiri
sekaligus menjadi individu yang tidak proaktif, tidak
datang kerja, dan tidak menjalankan tugas dengan
sepatutnya.
“Penyakit berkaitan mental ini sukar didiagnosis, tidak
seperti penyakit lain yang mudah dikenalpasti dan disedari
pesakit misalnya kurang pendengaran atau sebagainya.
PANDUAN JKKP
Pada 2001, JKKP telah mengeluarkan satu panduan untuk
mencegah tekanan pekerja di tempat kerja.
“Panduan tersebut mendidik majikan atau pekerja
dengan cara menguruskan tekanan di tempat kerja dengan
baik. Tetapi JKKP tidak mempunyai peraturan yang khusus
terhadap kesihatan mental di tempat kerja.
Tegas beliau, seksyen 15 Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) menetapkan bahawa,
setiap pekerja mesti datang dan pulang dari pejabat dalam
Cuti tanpa rekod
JKKP mempunyai
kira-kira 900 pegawai
perubatan berkaitan
yang berdaftar di seluruh
Malaysia termasuk Sabah,
Sarawak dan Labuan” -Dr
Rajinderjit Sigh Hullon
keadaan selamat dan sihat.
“Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menye-
diakan kemudahan-kemudahan tertentu yang diperlukan
seperti tandas, pantri, tempat untuk berehat dan sekiranya
pekerja sudah mula mengadu, maka satu jabatan seperti
kaunseling perlu diwujudkan agar segalanya lebih kondusif.
TIADA KEUPAYAAN
Sekiranya pengadu atau pesakit didapati tidak dapat
meneruskan tugasan yang dipertanggungjawabkan seperti
sediakala, sekali lagi JKKP akan melihat semula penyebab
ketidakupayaan pekerja dan mencari penyelesaian.
“Sebagai contoh, seorang kerani tidak sepatutnya men-
jalankan tugas sebagai supervisor, dan tidak boleh dipaksa
melakukan tugas-tugas yang tidak sepatutnya dilakukan.
Majikan juga tidak boleh membuli pekerja dengan meny-
uruh mereka melakukan tugas-tugas lain atau kerja lebih
masa, atau jika berlaku gangguan lain, maka JKKP akan
mengambil tindakan segera.
“Proses siasatan akan melibatkan beberapa individu
seperti kakitangan sumber manusia atau human resources
(HR), pegawai perubatan atau doktor yang mempunyai
kepakaran dalam membantu memudahkan tugas untuk
mengenalpasti punca sebenar di tempat kerja dan juga
penyakit mental yang dialami.
“JKKP mempunyai kira-kira 900 pegawai perubatan
berkaitan yang berdaftar diseluruh Malaysia termasuk
Sabah, Sarawak dan Labuan. Mereka mempunyai pen-
getahuan asas tentang perihal operasi sesebuah syarikat,
selain pengetahuan mendalam mengenai ubat-ubatan dan
bertanggungjawab memutuskan tentang keadaan pekerja
yang dikatakan mengalami masalah kesihatan mental.
“Undang-undang sedia ada pula melibatkan semua
jenis syarikat kecuali kejuruteraan marin dan juga tentera.
—al-Siha
Menyentuh persoalan kelayakan cuti bagi pekerja
yang berdepan situasi sukar ini, Dr. Rajinderjit Singh
Hullon menjelaskan bahawa sijil cuti sakit akan diberi-
kan kepada pesakit yang dikenalpasti terganggu atau
tidak dapat meneruskan tugasan seperti sediakala
sahaja.
“Sekiranya pesakit didapati tidak mampu bekerja
dan perlu berehat serta menjalani rawatan, maka
pesakit akan diberikan sijil cuti sakit melihat kepada
keadaan mereka.
“Jika diberi sijil cuti sakit selama setahun sekalipun,
jika punca tidak dikenalpasti dan diperbetulkan, dan
pekerja yang kembali masih dibuli oleh majikan atau
kakitangan atasan, mereka tetap akan mengalami
tekanan dan kesihatan mental kembali terganggu. Jadi,
punca sebenar perlu diatasi.
Finland dan Sweden merupakan antara negara
yang telah melaksanakan atau membenarkan lima hari
cuti tanpa rekod bagi setiap tahun. Ditanya sama ada
Malaysia sepatutnya mempunyai cuti seumpama ini
atau tidak.
Jelasnya, perkara ini masih baharu dilaksanakan di
negara tersebut, jadi pihaknya masih belum melihat
impak dari pelaksanaan tersebut, dan wajar untuk
bertindak adil mengikut keperluan pekerja dan juga
majikan.
“Statistik kesihatan mental melibatkan pekerja di
Malaysia sangat rendah, jadi kita perlukan satu alasan
yang kukuh untuk kearah itu. Misalnya dengan bukti
bahawa rakyat Malaysia benar-benar memerlukan cuti
tanpa rekod.
STATISTIK RENDAH
Berdasarkan statistik, jika tidak ada sebarang kes
di laporkan, bermakna rakyat Malaysia masih tidak
terganggu dengan isu kesihatan mental,” katanya.
“Malaysia perlu ada data yang wajar, untuk pelaksanaan
cuti tanpa rekod, kerana tanpa data kita tidak boleh mem-
bawa perkara ini ke peringkat yang lebih serius,” katanya.
Jelas beliau, isu kesihatan mental, adalah satu
penyakit yang sukar untuk dikenalpasti atau ditentukan.
“Setiap pekerja di Malaysia telah diberikan cuti
tahunan tetap selama 14 hari, dan negara ini sendiri
mempunyai beberapa hari cuti umum dan Malaysia
antara negara yang paling banyak cuti tertentu berbanding
negara lain di seluruh dunia.
"Bagi saya lima hari cuti tanpa rekod, mungkin sesuatu
yang perlu diketepikan dan mungkin sesuatu yang agak
mustahil di Malaysia,”katanya. — al-Siha