DISEMBER, 2019 | al-Siha
ISU: KESIHATAN MENTAL
Nyaris
sembelih
anak
Hasmina berperang
dengan emosi selepas
mendirikan rumah tangga
T
akut berdosa, mudah rasa
bersalah dan inginkan kes-
empurnaan, perasaan ini
dialami Hasmina Lataung
@ Ismail, 40 yang tertekan dan
berdepan gangguan emosi.
Walau bagaimanapun, ibu
kepada empat orang cahaya
mata ini akhirnya sedar
gangguan emosi yang diala-
minya sudah berlebihan
daripada apa yang
sepatutnya.
“ Anxiety
yang dialami
bermula
Tusuk leher
dengan
serpihan kaca
VISUAL BURUK
Suami penguat semangat Hasmina untuk pulih.
sejak saya bergelar isteri dan suamilah tempat saya
berkongsi masalah. Selepas dikurniakan cahaya mata pada
tahun ketiga perkahwinan, perasaan mula bercampur baur
dan saya akui amat sukar untuk beradaptasi dengan status
sebagai ibu dalam kecelaruan emosi.
BERPERANG DENGAN EMOSI
Tidak lama kemudian, suaminya meminta agar menjadi
surirumah sepenuh masa supaya anak mendapat perha-
tian dan kasih sayang yang sepenuhnya.
“Hari demi hari bagai satu peperangan menentang
emosi dan fi kiran negatif.
“Selain suami saya tidak pernah menceritakan keadaan
yang dialami kepada sesiapapun, takut di anggap sakit jiwa.
Meskipun tinggal bersama mentua dan adik ipar. Mereka
tidak tahu-menahu mengenai keadaan saya dan saya cuba
menyembunyikannya sebaik mungkin.
Namun, pada satu tahap, jelasnya segalanya bagai
terlalu menyerabutkan.
“Saya kecewa melihat orang lain hidup tanpa gangguan
atau masalah emosi dan mula membanding-bandingkan
dan berfi kiran negatif. Lama-kelamaan saya mula meny-
alahkan dan mengkritik diri sendiri.
“Pada tahun 2015, saya hampir pitam kerana secara tiba-
tiba badan menjadi sejuk sehingga ke bahagian kepala dan
itu menjadi satu permulaan yang tragis dalam hidup saya.
“Saya mula rasa hilang keseimbangan badan, seolah-
olah hampir hilang ingatan, selalu terjaga dari tidur dan
panik melampau, mundar-mandir tanpa arah tuju dan
sukar untuk tenangkan diri meskipun pelbagai cara suami
lakukan.
Semenjak malam tersebut, Hasmina hilang selera
makan, dan ,mengalami gangguan tidur. Bagaikan otak
tidak berhenti berfi kir dan bagaikan seorang yang gila.
“Bagaimana kalau saya gila? saya tidak mahu gila,
kerana apabila gila, pastinya orang akan pandang
hina, bisik hati saya,” katanya.
Qishi bangkit
melawan
masalah
mental
dihadapinya.
Namun, fi kiran negatif semakin menguasai, Hasmina mula
takut mendengar tentang kematian dan terlalu banyak
visual menakutkan muncul dibenak fi kiran.
“Bayangkan apabila suami bawa kami berjalan,
saya terbayang seolah-olah akan ada kenderaan yang
akan melanggar kami dan banyak lagi sehingga saya
mengambil keputusan untuk berkurung sahaja di
rumah.
“Tetapi apa yang saya jangkakan tidak menjadi, malah
makin teruk sehingga ada bisikian meminta supaya saya
sembelih anak. Sejak dari itu, saya cuba halang diri dari
pegang sebarang pisau. Saya juga pernah jumpa doktor
dan dibekalkan dengan ubat penenang dan ubat tidur
paling kuat, namun tetap tidak tenang dan tidak dapat
tidur.
“Beberapa tahun bergelut dengan penyakit misteri ini
sehingga satu masa, saya sudah terlalu penat, berat badan
juga semakin berkurang dari 52kg ke 42kg.
RAWAT KESIHATAN DIRI
“Saya melalui healing crisis yang agak teruk. Adakalah saya
penat, hilang semangat, putus asa, dan tertanya-tanya bila
hendak semb uh? Keadaan ini berulang-ulang dalam masa
setahun.
Dalam masa yang sama, Hasmina tetap memotivasikan
diri, memikir dan menyebut perkataan positif, berpegang
teguh pada kekuasaan dan kasih sayang Allah.
“Saya didik hati dengan iman, agar sentiasa sabar,
semangat dan kuat. Akhirnya selepas tiga tahun saya
semakin pulih dalam semua aspek. Kesihatan juga semakin
baik, berat kembali normal dan perasaan semakin tenang,
dah boleh kawal fi kiran 100 peratus.
“Sesiapa saja yang mengalami keadaan seumpama
ini hendaklah mencari ikhtiar dan solusi untuk keluar
dari masalah yang dihadapi. Anxiety bukanlah satu
penyakit yang memalukan dan ia sudah diterima
masyarakat. Cari tempat yang benar-benar mampu
membantu anda.
“Kehidupan masa kini sangat mencabar khasnya pada
wanita bekerjaya yang bergelar isteri, kerana golongan
ini terlalu banyak komitmen. Amalkan gaya hidup sihat,
senaman paling sikit sekali seminggu, riadah bersama
keluarga sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Luahkan
apa yang terbuku dihati anda, jangan disimpan-simpan
kelak akan memakan diri.
“Bagi suri rumah sepenuh masa, susun masa sebaiknya,
amalkan gaya hidup sihat, senaman paling kurang sekali
seminggu, riadah bersama keluarga dua kali seminggu.
—al-Siha
Emosi memang ada turun
naik, dan berubah-ubah.
Tindakan dan perbuatan
yang membahayakan diri
berlaku berulang-ulang” -
Qishi
Qishi, (bukan nama sebenar),18, tidak pernah menyangka
akan berdepan dengan masalah kesihatan mental. Menu-
rut Qishi, pengalaman melalui fasa sukar sebelum ini
benar-benar menakutkan apatah lagi simptom penyakit
ini telah dialami olehnya sejak berusia sembilan tahun lagi.
“Perasaan ingin membunuh diri begitu membuak-buak,
sehingga tanpa sedar kebanyakan nota atau helaian kertas
dieja perkataan ‘bunuh diri’ (suicide),” katanya.
Tambah Qishi, dia juga sering merasakan bahawa
seolah-olah tidak di sayangi sesiapa pun, dan
perasaan itu berterusan meskipun usia semakin
meningkat dewasa.
JALANI RAWATAN
“Gangguan emosi dan mental semakin lama
semakin teruk, mungkin disebabkan sering-
kali dibuli, di ejek dan banyak lagi.
“Tahun lepas saya di bawa oleh kakak
kandung ke klinik kesihatan, kira-kira
dua minggu selepas hari raya Aidilfitri.
Selepas melalui pemeriksaan dan saringan
kesihatan (DASS), saya kemudian dirujuk
ke Hospital kerajaan dan kes yang saya
alami dikategorikan sebagai kes kecemasan
(emergency case).
Jelasnya, situasi setiap hari tenyata
tidak begitu mudah, bahkan terlalu banyak
13
Qishi alami simpton masalah kesihatan
mental sejak berusia sembilan tahun.
andaian masyarakat ditujukan kepadanya, namun Qishi
cuba terima memandangkan kesedaran mengenai penya-
kit ini masih baharu.
PERILAKU LUAR JANGKA
“Saya akui pada mulanya amat susah berdepan cakap-cakap
orang dan banyak juga bertegang-urat dengan individu tertentu.
“Pernah satu ketika, saya pecahkan cawan dan ambil
serpihan kaca itu untuk tusuk leher sendiri, tetapi situasi
itu sukar untuk dijelaskan. Emosi memang ada turun
naik dan berubah-ubah. Tindakan dan perbuatan yang
membahayakan diri berlaku berulang-ulang.
“Selain itu, saya juga pernah dituduh sebagai seorang
yang menagih perhatian (attention seekers), berpura-
pura, pemalas dan banyak lagi.
Jelas Qishi, apa yang paling utama adalah semangat.
“Semangat perlu kuat jika ingin berubah, mungkin
mengambil masa, tetapi kuatkan semangat, yakin
bahawa kita tidak pernah keseorangan, ambil ubat
mengikut nasihat doktor dan lakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala.
Kisah keperitan yang dilalui Qishi pernah dikongsi-
kan olehnya dan tular di media sosial beberapa tahun
lalu. Menyedari terlalu ramai individu senasib atau
melalui pengalaman hidup yang sama, Qishi meng-
alu-alukan, terbuka dan bersedia untuk membantu
mendengar dan menasihati mereka yang memerlukan
untuk hidup lebih sihat dan sejahtera . —al-Siha