14
al-Siha | DISEMBER, 2019
PENA PAKAR
Harapan
baharu ‘mat pit’
Program rawatan
Methadone bantu
penagih dadah
rawat ketagihan
DARI FARMASI
yang teruk atau masalah perubatan yang serius. Justeru,
konsultasi daripada pakar diperlukan bagi merawat pesakit
ini.
OLEH
MOHAMAD FARHAN
ADI KASUMA
Pegawai Farmasi
Hospital Taipaing
M
endengar istilah penagih dadah saja telah
cukup membuat kita menjauhkan diri
kerana ia sudah menjadi suatu stigma
sosial yang cenderung melabelkan penagih-
penagih dadah dengan imej negatif.
Bagi golongan penagih yang telah terjebak dalam
aktiviti penagihan dadah, apakah pula nasib dan masa
depan mereka? Terus terpinggir dan bergelumang dengan
dadah di lorong gelap tanpa halu tuju yang jelas?
KESIMPULAN
rawatan melalui program ini.
Kebiasaannya penagih mengambil dadah jenis
opioid akan didaftar masuk dalam program ini. Selain
itu, penyertaan ini adalah secara sukarela dan penagih
perlu memberikan persetujuan dan patuh kepada semua
peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh program ini.
Namun, rawatan methadone ini kurang sesuai bagi
pesakit yang mempunyai masalah kegagalan fungsi hati
PROGRAM RAWATAN METHADONE
Program Rawatan Methadone adalah salah satu kom-
ponen pengurangan mudarat (harm reduction) dalam
usaha kerajaan menangani isu penagihan opiat di negara
ini. Program Rawatan Methadone juga bertujuan untuk
mengawal penyakit jangkitan virus bawaan darah seperti
HIV yang berpunca daripada aktiviti perkongsian jarum
dalam kalangan penagih dadah.
Dilaporkan di Malaysia, penurunan yang signifi kan
telah dicatatkan bagi bilangan kes HIV yang disebarkan
melalui penagihan dadah bentuk suntikan. Peratusan
kes baharu HIV akibat penagihan dadah bentuk suntikan
yang dilaporkan telah menunjukkan penurunan yang
ketara daripada 66 peratus (4,038 kes) pada tahun 2005
ke 16.8 peratus (561 kes) pada tahun 2015 dan turun ke
2.82 peratus (93 kes) pada tahun 2018.
Program Rawatan Methadone ini membantu penagih
dengan menggantikan dadah yang diambil melalui sunti-
kan seperti heroin dan morfi n dengan menggunakan ubat
methadone dalam bentuk cecair yang diminum. Rawatan
ketagihan dadah dengan menggunakan methadone dapat
menghilangkan kebergantungan terhadap opioid secara
berperingkat dan membantu pesakit bebas daripada rasa
gian.
Methadone mempunyai tempoh tindakan yang
panjang (24-36 jam) apabila diambil secara oral. Ini
membolehkan pengambilan dos sekali sehari sahaja di
bawah pengawasan dan pemantauan anggota kesihatan.
Pesakit akan berasa bebas daripada gian sepanjang hari
serta kurang mengalami gejala tarikan. Mereka tidak lagi
tersepit dengan masalah ketagihan sekaligus keadaan ini
memberi peluang kepada mereka untuk bekerja semula
dalam masyarakat.
APA ITU METHADONE
METHADONE ADALAH SEJENIS UBAT SINTETIK YANG
TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN DALAM RAWATAN
PENAGIHAN OPIOID.
PROGRAM RAWATAN METHADONE
MEMBANTU PENAGIH DENGAN MENGGANTIKAN DADAH YANG
DIAMBIL MELALUI SUNTIKAN SEPERTI HEROIN DAN MORFIN DENGAN
MENGGUNAKAN UBAT METHADONE DALAM BENTUK CECAIR YANG
DIMINUM.
RAWATAN KETAGIHAN DADAH DENGAN MENGGUNAKAN METHADONE
DAPAT MENGHILANGKAN KEBERGANTUNGAN TERHADAP OPIOID DAN
MEMBANTU PESAKIT BEBAS DARIPADA RASA GIAN.
APA ITU OPIAT?
Opiat adalah sekumpulan dadah yang bertindak balas
terhadap reseptor opiat (tapak penerima kesan tindakan
hormon) di dalam tubuh badan terutamanya sistem
saraf dan saluran pencernaan. Ia merupakan ubatan
tradisional daripada pokok popi, yang biasa diberikan
oleh doktor untuk melegakan kesakitan. Pengaktifan
reseptor opioid mempunyai kesan yang baik dan tidak
baik. Ia adalah agen kemurungan tetapi tidak bermakna
ia menyebabkan kemurungan. Ia juga melambatkan
sistem badan berfungsi.
APA ITU METHADONE? APAKAH DADAH-DADAH
DI DALAM KUMPULAN INI?
Methadone adalah sejenis ubat sintetik yang terbukti
selamat dan berkesan dalam rawatan penagihan opioid. Ia
berfungsi dengan mengisi tapak reseptor otak yang terjejas
oleh heroin dan opioid lain. Methadone bertindak dengan
mengawal ketagihan dan gejala tarikan serta menghalang
rasa sangat gembira (euforia) atau khayal daripada pen-
gambilan opioid. Dadah ini boleh dibahagikan kepada natural,
semi opioid sintetik dan sintetik. Badan kita
juga menghasilkan opiat, dan dikenali sebagai
opiat endogen seperti endorfin, enkephalins dan endorfin.
Di bawah adalah beberapa contoh dadah.
KELAYAKAN MENGIKUTI
PROGRAM RAWATAN METHADONE ▶ Morphine
Penagih yang berhasrat untuk mengikuti Program Rawatan
Methadone perlu memenuhi beberapa kriteria yang
ditetapkan. Pengamal perubatan iaitu pakar atau doktor
akan menilai keadaan penagih sebelum memulakan
Adalah penting dan bermanfaat bagi pesakit yang mem-
punyai masalah ketagihan opioid untuk mendapatkan
rawatan. Semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha
menjayakan Program Rawatan Methadone ini.
Oleh itu, apabila berhadapan dengan golongan penagih,
masyarakat perlu memberi peluang dan mengubah per-
sepsi terhadap mereka yang ingin berhenti menagih dadah
ini. Usah singkir golongan ini seluruhnya tanpa mengambil
kira potensi dan sumbangan mereka kepada masyarakat
dan negara.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada
Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy
Call Centre- NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin
hingga Jumaat, dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali
cuti umum). — al-Siha
DADAH OPIAT SEMULA JADI:
Kebiasaanya digunakan sebagai ubat tahan sakit.
▶ Codiene
Mempunyai sifat penahan batuk dan sakit.
Biasanya campuran ubat batuk mengandungi dadah
ini dan satu lagi bahan yang dipanggil prometazine.
SEMI SINTETIK OPIAT YANG DIPROSES
DARI MORPHINE
▶ Heroin (diacethymorphine)
Sejenis dadah yang dikenali sebagai H, fi t, ubat, dope,
putih cina dan lain-lain.
Mudah ketagih. Penggunaan heroin yang kerap
selama seminggu sudah boleh mengakibatkan
ketagihan.
▶ Oxycodone, Hydrocodone
Boleh diperolehi dalam bentuk tablet, digunakan seb-
agai ubat tahan sakit dan selalunya disalahgunakan.
▶ Opiat Sintetik
▶ Fentanyl (kebiasaannya digunakan sebagai
ubat tahan sakit dan juga sebagai gantian ubat bagi
merawat pesakit yang ketagih dadah jenis Opiat).
▶ Methadone (kebiasaannya digunakan untuk
merawat pesakit ketagihan dadah jenis Opiat).
▶ Bupronorphine (kebiasaannya digunakan untuk
merawat pesakit ketagihan dadah jenis Opiat)
▶ Loperamide (Kebiasaannya digunakan untuk
merawat diarrhea, tidak memberi kesan negatif
kepada otak).
▶ Tramadol
SUMBER:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA