22
al-Siha | DISEMBER, 2019
PARU-PARU
OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD
P
ernahkah anda terfi kir untuk berhenti merokok?
Jika pernah, anda tidak keseorangan sebaliknya
kajian yang dijalankan mendapati tujuh dari 10
perokok menyatakan keinginan sama iaitu untuk
meninggalkan tabiat buruk tersebut.
Antara kaedah popular sering diperkatakan adalah dengan
menggunakan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape.
Segelintir pihak percaya bahawa alat elektronik tersebut
mampu menghilangkan ketagihan merokok kerana hanya
mengandungi wap air dan pelbagai pilihan perisa seperti
buah-buahan.
Kenyataan ini sedikit sebanyak berjaya mempenga-
ruhi orang ramai apabila semakin ramai mula beralih
arah kepada rokok elektronik sebagai pengganti, selain
dikatakan lebih menjimatkan berbanding rokok biasa.
Vape bukan alternatif
berhenti merokok
Segelintir perokok percaya alat elektronik mampu hilangkan ketagihan
IMPAK VAPE
Kesannya, bukan sahaja menjadi alternatif berhenti
merokok, malah terdapat remaja termasuk dalam kalangan
pelajar sekolah yang dikesan mula terjebak menghisap
vape kerana terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang
menggunakannya. Namun adakah benar vape merupakan
alternatif berhenti merokok?
Mengulas kenyataan tersebut, Ketua Unit Respiratori,
Jabatan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz
(HCTM), Dr Andrea Ban berkata, teori itu sama sekali tidak
benar, malah lebih mendatangkan bahaya kepada pengguna.
Ini katanya kerana, selain mengandungi nikotin berba-
haya yang menyebabkan ketagihan, vape mengandungi
bahan seperti Propylene Glycol yang boleh memudaratkan
pengguna untuk jangka masa panjang.
“Ramai yang beralih kepada rokok elektronik kerana
dikatakan ingin berhenti merokok. Tetapi mereka
tidak sedar bahawa rokok elektronik bukan
sahaja tidak berjaya menghilangkan ketagi-
han malah lebih membawa kesan berbahaya
seperti jangkitan penyakit Evali (e-Cigarette Dr Joo
and Vaping Associated Lung Injuries).
Chun
“Ia boleh menyebabkan iritasi kepada Ian
mata, tekak dan saluran pernafasan,
manakala kesan jangka masa panjang pula
boleh mengakibatkan asma dan iritasi kepada
sistem pernafasan seterusnya menyebabkan kanser
paru-paru,” katanya ketika ditemui al-Siha di Hospital
Canselor Tuanku Mukriz, baru-baru ini.
PUNCA PENYAKIT EVALI
Evali merupakan penyakit baharu yang muncul akibat tabiat
penggunaan rokok elektronik berterusan. Menurut Pusat
Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), sehingga Oktober lalu
seramai 33 perokok dari 24 negeri di Amerika Syarikat (AS)
maut akibat EVALI. Manakala jumlah pesakit yang sedang
didiagnosis mencecah 1,299 pesakit dari 49 negeri di AS.
Dr Andrea berkata, individu yang ingin berhenti mero-
kok dialu-alukan untuk mengikuti klinik berhenti merokok
yang dijalankan di HCTM bagi mengetahui teknik yang
betul meninggalkan tabiat tersebut.
Pengunaan dan penjualan vape yang
berleluasa membimbangkan pelbagai pihak.
DIKESAN TAHAP KRITIKAL
Sementara itu, Pakar Pulmonologi,
Jabatan Perubatan HCTM, Dr Joo Chun
Ian berkata, asap rokok atau vape bukan
sahaja membahayakan diri pengguna,
malah individu yang terhidu asap itu juga
berpotensi diserang iritasi akibat rokok ter-
masuk kanser paru-paru.
Lebih membimbangkan, kajian dilakukan, majoriti peng-
hidap kanser paru-paru disahkan menghidap pesakit ini pada
peringkat lanjutan iaitu pada tahap ketiga dan keempat.
“Ini termasuk golongan yang tidak merokok. Sering
terdedah dengan asap rokok di sekeliling, termasuk pelbagai
faktor lain seperti sejarah latar belakang keluarga, pemakanan
harian dan berat badan tidak seimbang yang meningkatkan
lagi risiko menghidap kanser paru-paru,” katanya.
Sehubungan itu beliau berkata, diagnosis awal penting
bertujuan meningkatkan keserasian rawatan bersesuaian
dapat diberikan kepada pesakit. Selain itu, terapi penyembu-
han pelbagai kaedah dan sokongan daripada ahli keluarga
serta individu terdekat juga penting buat penghidap.
Hairan muka
bengkak-bengkak
Sering terdedah kepada asap rokok, dan
dari hanya batuk biasa pada mulanya
melarat ke batuk yang berpanjangan,
Maimon kemudiannya disahkan menghi-
dap kanser paru-paru.
Ibu kepada empat orang anak itu ber-
kata, pada mulanya dia tidak menyangka
menghidap penyakit yang
mampu membunuh itu
kerana menyangka hanya
terdapat ketumbuhan
pada paru-parunya.
“Hampir tiga bulan
batuk berterusan. Lalu
di bawa oleh anak untuk
pemeriksaan di klinik kesi-
hatan. Selepas melakukan
X-ray, doktor mendapati ada
dua bintik-bintik di paru-paru
yang disangka ketumbuhan.
“Lama kelamaan, muka dan kaki mula
bengkak, selera makan dan berat badan juga
mula menyusut. Akhirnya anak membawa
Maimon untuk menjalani pemeriksaan lanjut
di sini (HCTM) dan disahkan menghidap
kanser paru-paru tahap satu,” katanya yang
berasal dari Melaka.
Tidak dinafikan terkejut dengan
kenyataan itu, namun Maimon cuba redha
dan menerima takdir daripada Allah SWT.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana
dikurniakan anak yang sentiasa
memberi sokongan kepadanya
untuk cekal menerima dugaan
tersebut.
“Mak cik bertuah kerana
Maimon anak-anak semua memberi-
kan sokongan dan kekuatan.
Sejak menjalani rawatan di
sini, Alhamdulillah keadaan
semakin stabil dan mak cik berterima
kasih kepada jururawat dan pakar yang
menjaga mak cik dengan baik sepanjang
mendapatkan rawatan,” katanya. — al-Siha
Dr Andrea sangkal teori vape rawat ketagihan
merokok.
“Ramai pesakit sukar untuk menerima ketentuan ini,
apatah lagi berdepan hakikat untuk menyesuaikan diri seb-
agai pesakit kanser. Ini tidak sepatutnya berlaku. Disahkan
menghidap kanser bukan pengakhiran dalam kehidupan,
sebaliknya pesakit perlu terima hakikat dan berusaha
melawan kanser tersebut dengan mengikut nasihat doktor.
“Ramai dalam kalangan pesakit kanser mampu menerus-
kan hidup, malah ramai juga yang disahkan semakin sta-
bil kerana berdisiplin dalam mematuhi rawatan-rawatan
susulan ditetapkan, di samping pengambilan ubat
dibekalkan oleh pihak hospital,” jelasnya. — al-Siha
Perlu sokongan
keluarga, rakan
rokok. Langsung tiada tanda-tanda saya
menghidap kanser paru-paru.
“Sehinggalah saya mula batuk-batuk
berterusan selama berminggu-minggu.
Saya mula mengesan penyakit ini kerana
rasa semput dan tidak dapat menghabiskan
rawatan dialisis selama empat jam.
Sementara itu, bagi Shahizah Himdan
“Selepas melakukan imbasan X-Ray
yang menghidap kanser paru-paru tahap mendapati terdapat air dalam paru-paru
empat berkata, sokongan dan
saya. Saya dimasukkan ke dalam wad
dorongan daripada ahli
HCTM selama tiga minggu untuk
menjalani rawatan lanjut,
keluarga dan rakan-
sehinggalah sekarang masih
rakan terdekat sangat
dalam pemantauan doktor,”
membantu dalam
katanya.
memotivasikan
Syahizah turut menasi-
dirinya untuk lebih
hati orang ramai terutama
cekal menghadapi
ujian tersebut.
perokok supaya cuba untuk
Shahizah yang juga
b erhenti merokok dan
menghidap sakit buah
Shahizah
mengelakkan diri daripada
pinggang sama sekali tidak
terdedah dengan asap rokok
menyangka menghidap kanser
kerana boleh memudaratkan.
paru-paru apatah lagi disahkan sudah
“Jika sayang diri, keluarga dan rakan-
berada di tahap empat.
rakan, berhentilah merokok kerana asap
“Tiada seorang pun dalam kalangan rokok adalah pembunuh senyap dan
keluarga dan rakan saya yang merokok dan semua orang yang berada di sekeliling kita,”
saya tidak pernah terdedah dengan asap ujarnya. — al-Siha
ARTIKEL KHAS SEMPENA ‘BULAN KESEDARAN KANSER PARU-PARU’