al-Siha : December 2019 | Page 23

DISEMBER, 2019 | al-Siha JOM SIHAT 23 Bahaya kanak-kanak kurang nutrisi Amalan pemakanan tidak seimbang membawa kepada obesiti K anak-kanak di Malaysia menga- malkan pemakanan yang tidak seimbang. Penyelidik utama Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia , Profesor Dr Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kanak-kanak di negara ini masih belum mendapat nutrisi yang cukup dalam pemakanan harian mereka. “Satu dari lima orang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, hampir satu dari 10 kanak-kanak terbantut di usia mereka, satu dalam 20 kanak-kanak mempunyai masalah kurang berat, hampir separuh daripada mereka tidak mendapat vitamin D dan kalsium yang mencukupi, malah sebahagian besar dari mereka yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun tidak aktif secara fi zikal,”katanya. “Kanak-kanak di Malaysia hanya minum setengah hidan- gan susu setiap hari dan hanya PERBEZAAN SUSU LEMBU DAN SUSU KAMBING Profesor Dr Poh Bee Koon (kiri) pada seminar SEANUTS I. lima peratus kanak-kanak sebenarnya minum dua hidangan susu setiap hari, iaitu jumlah yang disyorkan untuk membantu mereka mendapat- kan keperluan harian kalsium dan Vitamin D.” Jelas Profesor Dr Poh, sarapan sepatutnya mengandungi 20 peratus hingga 25 peratus daripada keperluan pemakanan harian. “Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak KALORI (SECAWAN) 90-150 170 PROTEIN 8 gram 9 gram LEMAK 0-8 gram 10 gram KARBOHIDRAT 12 gram 11 gram LAKTOSA 12 gram 11 gram 275 gram 330 gram KALSIUM dan remaja yang biasa mengambil sara- pan lebih cenderung untuk pengambilan mikro dan makronutrien yang lebih baik, kurang kemungkinan mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, dan lebih cenderung mempunyai tahap aktiviti Satu dari lima kanak-kanak di Malaysia punyai berat berlebihan. Kebaikan dan keburukan gula tiruan Gula tiruan menawarkan rasa manis tetapi tidak mengandungi kandungan kalori. Menurut Pegawai Dietetik, Siti Nor- fatihah Ismail, gula tiruan ini juga bagus untuk individu yang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan pesakit diabetes melitus yang ingin mengelakkan minuman manis tetapi bimbang paras gula akan naik lebih tinggi. Namun begitu harus difahami, terdapat pelbagai jenis gula tiruan di pasaran dan tidak semua memberikan nilai kalori 0. “Rujuk pada label makanan dan senarai nutrisi untuk maklumat yang lebih lanjut men- genai produk yang ingin digunakan,” katanya. Tambah beliau, secara umumnya gula tiruan selamat digunakan untuk semua lapisan masyarakat kecuali mereka yang menghidap penyakit tertentu di mana komponen dalam gula tiruan akan mem- berikan kesan buruk pada badan. “Gula tiruan memberi banyak manfaat kepada kita jika digunakan dengan betul. Jika digunakan secara tidak terkawal ia juga boleh mengundang bahaya,” jelasnya.— al-Siha Gula tidak baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan. Keju, tinggi kalori dan nutrien Keju merupakan produk tenusu yang dihasilkan daripada proses koagulasi protein dalam susu samada susu lembu, kambing atau kerbau dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan perasa. Pegawai Dietetik, Siti Nurfatihah Ismail berkata, antara jenis keju yang sering ditemui adalah, cheddar, mozarella, cream cheese, parmesan dan cottage. “Setiap keju sesuai dipadankan dengan makanan tertentu untuk menaikkan rasa makanan. Contohnya, mozarella digunakan sebagai tambahan hidangan pizza dan cheddar pula biasa dijadikan inti sanwich. Tambah beliau, keju juga merupakan sumber protein yang baik, kaya dengan kalsium dan mineral lain. “Berdasarkan piramid makanan Malay- sia, kita disarankan untuk mengambil satu hingga tiga hidangan susu atau produk tenusu sehari. Bermakna, keju adalah antara sumber nutrien yang baik untuk kita. Namun begitu, keju juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi seterusnya men- jadikan keju makanan tinggi kalori. KANDUNGAN KALORI DALAM CHEESE 30 gram cheddar cheese mengandungi 114 kcal 30 gram mozzarella cheese mengandungi fi zikal yang lebih tinggi. Profesor Poh juga mengesyorkan supaya kanak-kanak minum susu sebagai sebahagian daripada sarapan pagi dan juga salah satu cara untuk meningkatkan status nutrisi. — al-Siha Sekeping cheddar cheese bersama dua keping roti merupakan sarapan yang menyihatkan. 72kcal 1 sudu besar parmesan cheese mengand- ungi 22 kcal 100 gram cream cheese mengandungi 342 kcal TREND MASA KINI Keju dijadikan daya penarik untuk makanan sehinggakan makanan tradisi seperti pisang goreng juga ditambah keju. Pisang goreng cheese, kek kukus cheese leleh, aiskrim cheesecake, popia cheese dan macam-macam lagi. Jika diteliti cara pembuatan, keju bukan- lah bahan utama yang digunakan untuk makanan tersebut kerana ia sebenarnya memberikan rasa masam pada makanan dan agak kurang enak. Bahan lain seperti gula dan susu pekat manis telah ditambah untuk menutup rasa masam itu dan mengekalkan rasa lemak keju. “Dapat bayangkan jumlah sebenar kalori dalam makanan yang disaluti keju? Adakah makanan berkeju boleh menye- babkan obesiti? Secara umumnya keju boleh menjadi punca ubesiti jika diambil secara tidak terkawal. Siti Nurfatihah, Pakar Dietetik. “Keju penyumbang kepada pengam- bilan kalori yang tinggi dan rasa masam dan manis pada makanan diselaputi keju dan juga boleh menyebabkan ketagihan. Keju mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi. Pengambilan keju secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Kesimpulannya, keju adalah makanan yang berkhasiat dan boleh diambil mengi- kut saranan yang betul. Pengambilan secara berlebihan dan ditambah dengan bahan lain seperti gula dan susu pekat manis adalah tidak digalakkan dan boleh membahayakan kesihatan. — al-Siha