24
al-Siha | DISEMBER, 2019
JOM CERGAS
Aerobik yang kami
lakukan menggunakan
pergerakan yang
sangat mudah, tetapi
jika dilakukan secara
fokus dapat membakar
sebanyak 200 hingga 400
kalori dengan aktiviti
selama 30 minit” - Nik Rozaimah
Teacherobik ‘perangi’
obesiti pelajar
Guru ambil inisiatif tingkat kesihatan penuntut melalui senaman ringkas
P
rofesion seorang pendidik kini dilihat tidak ter-
tumpu kepada menyampaikan ilmu akademik
semata-mata, malah jika diperhatikan tugas
mereka lebih dari itu.
Menyedari masalah obesiti dikalangan pelajar kian
membimbangkan, enam orang guru dikenali sebagai
Noorul Yaana Yahaya, Mohd Fakhrurrozi Mat Aris@
Jamaludin, Nik Rozaimah Nik Zainuddin, Eizhar Idris,
Muhammad Afi q Abd Razak@Mansor, dan Ajmal Abu
Bakar menubuhkan teacherobik bermula pada tahun 2018
bertujuan membantu pelajar melakukan gerakan yang
pada masa sama menyeronokkan.
Menurut Pengasas Bersama, Muhammad Afi q Abd
Razak@Mansor atau lebih dikenali sebagai Cikgu Afi q,
teacherobik ditubuhkan untuk menggalakkan pelajar
supaya melakukan senaman mudah, sekaligus meningkat-
kan kadar aktif aktiviti jasmani, kawalan emosi, kesihatan
fi zikal dan banyak lagi.
PENUBUHAN TEACHEROBIK
“Kami mempunyai minat yang sama, bermula dari program
merdeka, kami buat satu video aerobik dengan gerakan
mudah aerobik mengikut rentak muzik, tanpa kami sangka
video tersebut mendapat sambutan yang sangat meng-
galakkan dengan tontonan melebihi 2.7 juta,”katanya.
Sementara itu, Guru Pendidikan Jasmani, Nik Rozaimah
Nik Zainuddin berkata kami sebenarnya fokus kepada misi
untuk mengurangkan obesiti dikalangan pelajar sekolah
“Lebih mengembirakan, video yang dihasilkan dikatakan
membantu pesakit yang mengalami sakit lutut, untuk mula
bergerak secara perlahan-lahan,” jelas Ajmal Abu Bakar.
Tambah beliau, tanpa kami sedar, ramai rupanya
yang meminati senaman aerobik ini dan teacherobik
sendiri telah mengumpulkan seramai 70,000 pelanggan
(subscriber).
CABARAN TEACHEROBIK
“Bermula dari sekadar hobi, siapa sangka jadi sumber
pendapatan,” jelas Mohd Fakhrurrozi Mat Aris@Jamaludin.
Ujarnya, semua ahli kumpulan sememangnya minat
dengan tarian, dan masing-masing memegang jawatan
dalam aktiviti kebudayaan.
Eizhar Idris menjelaskan, pihaknya setakat ini telah
menghasilkan sebanyak 48 video, dengan purata tontonan
50 ribu hingga 100 ribu tontonan menjadikan jumlah
keseluruhan 16 juta tontonan.
“Kami turut menerima jemputan daripada sekolah,
syarikat luar untuk mengetuai senaman aerobik pada
majlis tertentu, cuma tidak dapat memenuhi semua per-
mintaan memandangkan kekangan masa yang ada dan
juga tugas hakiki yang tidak mengizinkan.”
KESEDARAN ORANG AWAM
Teacherobik kini miliki 70,000 subscriber
di YouTube.
dan memudahkan guru-guru yang lain membuat rujukan.
“Aerobik yang kami lakukan menggunakan pergerakan
yang sangat mudah, tetapi jika dilakukan secara fokus
dapat membakar sebanyak 200 hingga 400 kalori dengan
aktiviti selama 30 minit.”
“Sebagai seorang guru pendidikan jasmani, saya kong-
sikan segala gerakan sepatutnya, terutama mengelakkan
high intensity dan kecederaan.”
“Sejak teacherobik beroperasi, kami terima banyak
komen positif seperti gerakan yang mudah diikuti pelajar
sekolah, pra sekolah, malah kanak-kanak istimewa, serta
surirumah yang mementingkan kecergasan dan kesihatan.”
“Orang ramai dilihat semakin menitik beratkan tentang
kesihatan masing-masing. Jika diperhatikan, kebanyakan
mereka sudah mula mengunjungi pusat kecergasan sepeti
gimnasium, menyertai aktiviti Zumba, aerobik, menun-
jukkan tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk kesihatan
semakin meningkat,”jelas Cikgu Afi q.
“Youtuber juga sudah ada yang mula berkongsi ten-
tang pemakanan yang sihat, sambil menjelaskan khasiat
makanan sihat yang diamalkan untuk sihat.
Jelasnya, individu yang ingin sihat hendaklah memu-
lakan langkah pertama dan berhenti memberikan alasan.
“Permulaan itu susah, tetapi apabila sudah bermula,
segalanya akan menjadi lebih senang,” jelas Ajmal.
Elakkan senaman dalam keadaan badan yang tidak
bersedia, kerana akan memudaratkan, dan pantau tahap
kesihatan terlebih dahulu serta lakukan gerakan mudah
dan jaga pemakanan. — al-Siha
Terus istiqamah lakukan senaman
PAKAR
semnagat untuk melakukan senaman. Pilih lagu yang
mempunyai rentak yang sesuai mengikut jenis senaman.
MAKANAN
OLEH
WAN MOHD HAKIM
WAN ISMAIL
Pegawai Kecergasan
Kementerian Kesihatan
Malaysia
Pilih makanan yang senang untuk dihadam sebelum ber-
senam. Minum minuman yang memberi tenaga. Terdapat
pelbagai jenis minuman dan makanan sukan dipasaran,
pilihlah yang seusai, ianya direka khas dimakmal sukan
untuk mendapatkan prestasi yang optimum.
RAKAN
Bukan mudah untuk kekalkan momentum dan sentiasa
bersemangat dalam melakukan senaman, kerana senaman
bukan satu kerja hakiki yang diberi ganjaran seperti gaji
dan sebagainya, tetapi dilakukan untuk mendapatkan kesi-
hatan yang baik, bebas dari pelbagai penyakit, seterusnya
memberi kualiti dalam aktiviti harian.
Oleh itu, tidak ramai yang berjaya untuk istiqamah
dalam bersenam dan ramai yang kecundang di tengah
jalan. Bukan kerana tidak berani meneruskan perjalanan,
tetapi kebanyakkannya hilang semangat untuk kerana
tidak mendatangkan sebarang hasil.
Ikuti langkah berikut untuk kekal bersemangat:
OBJEKTIF
Cuba ingat semula tujuan utama kita melakukan senaman
Ada pelbagai tips untuk kekal semangat melakukan
senaman.
dan sentiasa memperbarui objektif senaman dari semasa
ke semasa supaya ianya lebih baik dan sesuai mengikut
keadaan.
MUZIK
Kajian menunjukkan muzik antara faktor penting dalam
sukan. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa atlet
yang mendengar muzik lebih berprestasi berbanding atlet
yang tidak mendengar muzik. Alunan muzik dapat mem-
bantu dan mengekalkan momentum sekaligus memberi
Kita harus bijak memilih kawan mengikut keadaan semasa.
Kawan untuk senaman penting, bagi membantu menin-
gkatkan bersemangat dan saling memotivasikan. Jangan
cari kawan yang tinggal jauh dari rumah dan kawan yang
mempunyai objektif berbeza, menurun dan menaikkan
berat badan adalah misi yang jauh berbeza.
MEMPELBAGAIKAN
Elakkan stres ataupun tertekan. Lakukan dalam keadaan
tenang dan menggembirakan. Jadikan ia suatu rutin yang
buat kita ingin melakukannya lagi. Oleh itu, cuba mempel-
bagaikan senaman. Kalau objektif kita nak kurus, terdapat
1001 jenis senaman untuk nak kurus sebenarnya. Sampai
bila mahu berlari di treadmill setiap hari? Cuba buat jadual
dan memperbagaikan senaman di gimnasium, bukit-bukit,
merentas desa, latihan litar dan sebagainya. — al-Siha