DISEMBER, 2019 | al-Siha
PERSONALITI
25
Taleeb Mizad ‘multitasker’
Penyanyi yang juga presiden kelab penyokong Man City Malaysia giat siapkan single baharu
C
eria dan mesra, itulah yang
dapat penulis gambarkan
tentang fi gura pilihan al-Siha
kali ini, artis yang semakin
meningkat naik, Abdul Muttaleeb
Mizad atau lebih dikenali sebagai
Taleeb Mizad ketika di temui di Shah
Alam, baru-baru ini. Ikuti perbualan
kami.
Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada
pihak Al-Siha kerana sudi menemuramah
saya. Sekarang, saya sedang sibuk terbitkan
single terbaharu, sebuah lagu yang lain
dari lagu saya sebelum ini. Ia merupakan
sesuatu yang lebih menarik untuk semua
peminat-peminat lagu saya. Nantikan.
Selain itu, saya sedang giat menyiapkan
projek senibina di Indonesia dalam masa
terdekat dan sedang aktif bersama
Kelab Penyokong Manchester City
Malaysia sebagai presiden bagi
musim 2019-2021. Pada masa
sama saya juga sedang aktif
mempromosikan minuman sihat
dan lazat iaitu
Chachago
Malaysia dan
PROFIL
dilantik sebagai Duta produk Chachago
Malaysia.
Nama: Abdul Muttaleeb bin Mizad
(Taleeb Mizad
Nama isteri: Juliana binti Nazarudin
Tarikh anak: Emre Darwish bin Abdul
Muttaleeb (15 Disember 2014: 5
tahun)
Ifra Nikayla binti Abdul Muttaleeb
(1 Januari 2018: 2 tahun)
Tempat kelahiran: Muar, Johor
Album dan lagu:
• Album 6 buah lagu: Syukur
Alhamdulillah Hijjaz Records
• Satu bintang: Arteffects International
• Untuk Sekali Ini: OST Filem Jibam
Defi nisi kesihatan bagi Taleeb?
Kesihatan adalah apabila kita dapat
lakukan segala aktiviti dengan cergas
dan cerdas tanpa sebarang masalah.
Segala aspek emosi, sosial,fizikal dan
mental dalam keadaan seimbang untuk
meneruskan hidup dgn baik serta bebas
dari sebarang penyakit.
Kongsikan cara untuk kekalkan momen-
tum dalam melakukan segala aktiviti
harian?
Saya seorang yg sangat aktif dan mul-
titasker. Sejak di sekolah rendah lagi,
saya mula aktif dalam kokurikulum dan
cemerlang dalam pelajaran. Perkara
paling penting adalah pemikiran positif
dan mempunyai matlamat yang jelas di
hadapan. Jadi saya jadikan diri saya
sentiasa produktif setiap hari dan
pastikan ada kerja atau urusan
yang perlu dibuat. Air yang
cukup itu kunci dalam gaya
hidup yang aktif.
Bagaimana seimbangkan kesihatan
dengan tugas kerja yang banyak?
Ya betul. Orang lain yang tengok jadual
saya, mereka pun rasa ‘penat’. Kita kena
biasakan konsep hidup ‘work-life balance’.
Ada waktu kita bekerja ada waktu kita
untuk diri sendiri, keluarga dan masyara-
kat, di mana ia satu perkara yang tak semua
orang mampu lakukan. Pengurusan masa
yang baik sangat kritikal bagi seorang
multitasker atau fl eksibel.
Saya percaya Taleeb mem-
punyai jadual yang
begitu padat.
Adakah Taleeb ke gimnasium atau
melakukan senaman ringan. Mungkin
jogging dan sebagainya? home workout?
Saya merupakan bekas kapten dan pen-
gurus sukan futsal, atlet universiti di UTM
skudai. Jadi rutin saya adalah beriadah
bersama kawan-kawan di kampung utk
kekal aktif dan bertenaga di samping
mendapatkan rehat yang secukupnya.
Keluarga
bahagia
Taleeb
Mizad.
Namakan jenis sukan yang disukai dan
kenapa?
Saya minat sukan bola sepak, ‘football
freestyle’ dan futsal. Saya minat sukan bola
sepak kerana ia menguji kekuatan mental
& tahap kreativiti kita dalam menentang
pasukan lawan. Ia adalah sebahagian dari
bidang seni sebenarnya.
atau beri perhatian.
Sebagai seorang lelaki, saya menekankan
kekemasan dan kebersihan diri iaitu yang
paling asas, kebersihan kuku dan gigi serta
kekemasan misai dan rambut. Pakaian
yg bersih dan kemas juga penting. Hal
ini semua menentukan keyakinan diri
kita untuk berada di khalayak ramai dan
berjumpa dengan orang.
Pernah mengambil supplement atau
vitamin tambahan?
Tidak, saya cuma memerlukan makanan
yang berkhasiat sebagai sumber vitamin
utama dalam badan.
Pendapat Taleeb mengenai kesihatan
rakyat Malaysia hari ini.
Satu perkara yang saya lihat di Malaysia
adalah di mana Malaysia adalah negara
paling gemuk di Asia tenggara. Hal ini
adalah sesuatu yang serius dan perlu diam-
bil perhatian. Budaya pemakanan yang
tidak sihat, tidak seimbang adalah punca
utama menjurus kepada obesiti yang boleh
menyebabkan diabetes dan juga penyakit
kardiovaskular. Elakkan makan lewat
malam dan kurangkan budaya merokok
dan vape. Cara terbaik adalah amalkan
pemakanan seimbang, sihat, gaya hidup
aktif dengan melakukan aktiviti senaman
ringan sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu.
Pernah ke Taleeb diuji dengan ujian
kesihatan seperti stress melampau,
anxiety dan apa apa sahaja yang boleh
dikongsikan dan bagaimana cara Taleeb
menyelesaikan masalah tersebut?
Pernah. Saya pernah melalui fasa stres
melampau dan anxiety disorder. Saya
pernah mengalami stres hingga meng-
hidap pra hipertensi. Hal ini kerana saya
Sebagai seorang lelaki, apa yang
terlalu sibuk dengan jadual yang padat di
mana waktu itu saya belum
paling anda titikberatkan
memiliki kenderaan sendiri,
cuma menaiki kenderaan
awam dan menyewa kereta.
Pengurusan masa dan
jadual yang tidak baik
menyebabkan saya stres.
Jadi saya menyelesaikan
masalah dengan menulis
segala aktiviti saya dalam
buku, komputer dan tele-
fon bimbit saya berserta
dengan jam penggera bagi
memastikan saya tidak
lewat dan tidak tergesa-
gesa dalam melakukan
sesuatu urusan. Dan
yang paling utama
adalah menjaga solat
dan hubungan dgn
Tuhan bagi mendapat-
g
on
ok
ny
iden kelab pe
es
Pr
an
kan kejayaan yang
ak
up
) mer
Taleeb (tengah
sempurna dan baik
.
ity
Manchester C
kepada kita, Wallahualam. — al-Siha
Bagaimana Taleeb mengekekalkan
kesihatan kulit? Kongsikan rejim harian.
Perkara paling asas adalah minum air
yang ditapis secukupnya mengikut berat
badan kita. Sebagai contoh, saya memer-
lukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari
bagi memastikan diri kekal berhidrasi.