08
al-Siha | DISEMBER, 2019
ISU: KESIHATAN MENTAL
Pelaksanaan cuti ‘Hero’
Cadangan lima hari cuti sakit tanpa rekod bagi membantu pekerja yang
berdepan isu kesihatan mental
Apakah cuti Hero?
Lima hari cuti tanpa rekod
yang diambil dari 14 hari
cuti sakit tahunan. Setiap
individu perlukan rehat
untuk berdepan masalah
melibatkan kesejahteraan
kesihatan mental.
S
etiap kali jatuh sakit, sama ada
demam, selesema, terkena jang-
kitan virus atau cirit-birit, pesakit
biasanya akan menemui doktor
untuk mendapatkan rawatan. Tetapi, jika
mereka didapati memerlukan rehat yang
cukup untuk sembuh, doktor akan mem-
berikan sijil cuti sakit (medical certifi cate),
sama ada sehari atau dua hari khususnya
kepada mereka yang tidak dapat melaku-
kan tugas rasmi seperti bekerja.
Bagaimana pula dengan individu yang
mengalami tekanan emosi berpunca dari
tempat kerja? Tidak ada semangat untuk
bekerja atau ke tempat kerja? Tertekan
dengan majikan atau ketua jabatan?
Tertekan kerana terlalu terbeban dengan
tugasan yang diberikan dan benar-benar
di luar kemampuan? Bolehkah individu
ini menemui doktor dan mendapatkan
pengecualian bekerja seperti sijil cuti sakit
atau tempoh rehat?
AKTA KERJA 1955
Rata-rata pekerja di Malaysia tidak tahu
tentang kewujudan Akta Kerja 1955
(Employment Act 1955). Akta ini telah
digubal oleh kerajaan untuk melindungi
dan menjaga kebajikan pekerja di Malaysia
dari ditindas oleh majikan.
Pekerja di Malaysia berhak mendapat
satu hari berehat dalam seminggu dan
mereka perlu dibayar pampasan semula
jika diarah untuk bekerja pada waktu terse-
but. Selain itu, pekerja di Malaysia juga
berhak mendapat cuti sebanyak lapan hari
bagi yang bekerja kurang dari dua tahun, 12
hari bagi yang bekerja lebih dari dua tahun
dan kurang dari lima tahun dan 16 hari bagi
yang bekerja lebih dari lima tahun.
Malah, pekerja di Malaysia juga berhak
mendapatkan cuti sakit sebanyak 14 hari
bagi yang bekerja kurang dari dua tahun, 18
hari bagi yang bekerja lebih dari dua tahun
dan kurang dari lima tahun dan 22 hari bagi
yang bekerja lebih dari lima tahun.
Tetapi jika pekerja diarah untuk bekerja,
mereka sepatutnya dibayar dan layak
memohon cuti ganti jika mereka terpaksa
bekerja pada hari tersebut. Sementara itu,
pekerja wanita pula berhak mendapat cuti
bersalin tidak kurang dari 60 hari dan juga
gaji bulanan.
SIJIL CUTI SAKIT
Orang ramai juga perlu faham bahawa
sijil cuti sakit hanya boleh dikeluarkan
oleh doktor yang berdaftar dengan Majlis
Perubatan Malaysia (Malaysian Medical
Council,MMC) dan hanya diberikan
kepada pesakit yang menghidap penyakit
dan tidak mampu meneruskan apa-apa
urusan rasmi seperti menjalankan tang-
gungjawabnya sebagai pekerja sahaja.
Bagaimana pula dengan pekerja yang
mengalami masalah kesihatan mental?
Adakah mereka berhak mendapat sijil cuti
sakit? Setakat ini, setiap masalah melibat-
kan kesihatan mental tidak akan diberikan
sijil cuti sakit. Kenapa?
Bagi sesetengah pegawai perubatan
yang tidak sedar akan masalah kesihatan
mental pastinya menganggap pesakit yang
datang tanpa apa-apa penyakit tetapi men-
gadu domba atau memburuk-burukkan
tentang pekerjaan mereka sebagai satu isu
diluar bidang perubatan. Situasi ini mung-
kin berlaku kerana mereka gagal untuk
memahami perasaan sebenar pekerja
tersebut. Walhal, keadaan ini boleh ber-
laku disebabkan oleh persekitaran tempat
kerja, tekanan kerja lebih masa atau terlalu
banyak tugasan.
Tetapi, keadaan ini jika diabaikan atau
tidak dipulihkan pasti akan membawa
kepada tekanan melampau atau burnout,
yang boleh membawa kepada kemurungan
dan juga kebimbangan.
Namun, sekiranya pegawai perubatan
yang ditemui adalah seorang yang arif
tentang isu-isu melibatkan kesejahteraan
kesihatan mental, pastinya akan ada
pula majikan yang tidak dapat menerima
tekanan di tempat kerja sebagai sebab
mendapatkan sijil cuti sakit.
Kebanyakkan majikan tidak nampak
bahawa kesihatan mental di kalangan
pekerja sebagai satu perkara yang serius
terutama dalam kemampuan atau mem-
bawa syarikat untuk terus bertahan lebih
lama.
HARI MENDAPAT CUTI HERO
Tidak mudah untuk mengaku sebagai indi-
vidu atau pekerja yang mengalami masalah
kesihatan mental atau mengalami masalah
mental kerana stigma masyarakat yang
menganggap kesihatan mental dan pesakit
mental itu sama. Orang ramai seolah-olah
menghukum, dan memulaukan mereka
yang berdepan situasi ini menyebabkan
golongan ini rasa rendah diri, enggan mel-
uahkan dan tidak mahu berkongsi dengan
orang lain tentang apa yang sedang di rasai
mereka .
Setiap daripada mereka pastinya tidak
mahu meletakkan diri masing-masing
dalam situasi yang lebih buruk. al-Siha
memahami situasi tersebut dan men-
gambil kesempatan ini untuk mengajak
majikan agar sama-sama mengambil berat
tentang permasalahan ini.
CUTI HERO
Apa pandangan majikan dan pekerja
sekiranya Malaysia melaksanakan lima
hari cuti tanpa rekod (Cuti Hero), cuti yang
termasuk dalam bilangan cuti sakit yang
dibenarkan kepada pekerja sebelum ini
tetapi tanpa perlu menyerahkan sijil cuti
sakit atau dokumen sokongan? Bagaimana
pula jika cuti hero yang di minta hanya
menerusi satu panggilan telefon?
“Saya mengalami masalah kesihatan
mental dan tidak dapat ke tempat kerja.
Tekanan yang saya alami terlalu teruk, dan
saya rasa tidak produktif jika tetap diminta
hadir ke tempat kerja sekarang”?
Bagaimana pula jika majikan menye-
diakan tempat khas untuk setiap pekerja
supaya mereka dapat berehat seketika dan
kembalikan tenaga semula? Sukar untuk
mengaku bahawa kita berdepan masalah,
ayuh jadi seorang hero dan berehat seketika
dari kerja yang memberi dan menambah
tekanan. —al-Siha
6 LANGKAH MUDAH KURANGKAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA
Luangkan masa
melayari media sosial
sebagai ganjaran
Peruntukan masa
10 minit sebagai
masa rehat dan
tidak melakukan
apa-apa
Tinggalkan telefon
bimbit dalam tempoh
sejam atau dua jam
Berjalan ke sudut atau
tempat yang anda gemari
Hubungi
seseorang
yang boleh
buat anda
ketawa
Basuh muka atau
lembapkan muka dengan
air atau kain lembap