03
MEI, 2018 | al-Siha
SEKILAS
MITOS & FAKTA KESIHATAN
Adakah
teh hijau
minuman
detox
terbaik?
OLEH PUTRA MOKHTER
Tragis...
Kanak-kanak berusia 10 tahun ini adalah mangsa rogol bapa
saudaranya. Menurut laporan media, anak kecil ini mengandung
26 minggu dan mahkamah di Chandigarh menolak permohonan
pengguguran selepas laporan ultrasound mengesahkan
kandungannya berusia 26 minggu. Hal ini bercanggah dari akta
kehamilan negara itu dan pengecualian kehamilan hanya boleh
dibuat sekiranya kandungan kurang 20 minggu kerana bimbang ia
memudaratkan ibu.
Jari kamu terlalu
banyak bersenam. Cuba
kurangkan sedikit aktiviti
menaip di telefon bimbit.
L
EBIH dari lima juta carian di catat oleh
google dan terlalu banyak maklumat
mengenai teh hijau ini di muat naik
ke dalam talian dan kebanyakannya
menjelaskan betapa magis minuman ini terutama
dalam membantu seseorang yang berusaha
menurunkan berat badan. Namun, adakah ia
sememangnya efektif, mitos atau propaganda untuk
mengaut keuntungan semata?
al-Siha menemui Nur
Farahliyana Osman Mohd Puad
(gambar), Penasihat Kesihatan
dan Nutrisi, Watson’s Malaysia
untuk menjawab persoalan
tentang minuman yang dilabel
sebagai detox terbaik ini.
“Teh hijau kaya dengan
antioksidan seperti catechins
dan thenine. Catechins baik
untuk melawan dan mencegah
kerosakan sel, sementara
theanine memberikan
kesan untuk menenangkan
pengguna”.
Tambah beliau, sebenarnya tidak ada makanan atau
minuman yang boleh mencairkan lemak dari badan
dan teh hijau hanya membantu menyahtoksikkan
kolon atau usus manusia. Teh hijau adalah alternatif
bagi menggantikan air kosong kerana mempunyai
banyak manfaatnya.
Teh hijau tidak merbahaya sekiranya diamalkan
setiap hari kerana ia minuman diuretic. Meminum teh
hijau tanpa gula boleh menurunkan kadar penyerapan
nutrien yang baik ke dalam badan.
“Teh hijau boleh melindungi buah pinggang dari
toksin yang disebabkan oleh dadah seperti reserpine.
Ia juga meningkatkan sistem ketahanan antioksidan
badan, membersihkan radikal bebas, mengurangkan
kerosakan oksidatif serta melindungi buah pinggang
dari toksik yang disebabkan oleh reserpine”.
Selain itu, ia turut melancarkan proses
pencernaan serta mengurangkan jumlah gas yang
terkumpul di saluran usus yang menyebabkan
kembung dan teh ini juga boleh memberi kesan
kepada hormon wanita dan mempengaruhi tahap
estrogen dan kesuburan.