al-Siha : May 2018 (Issue 2) | Page 4

al-Siha | MEI, 2018 04 BULETIN Cegah tuberkulosis dengan suntikan vaksin Malaysia berpotensi jadi pusat peranti perubatan Asia MALAYSIA berpotensi menjadi pusat peranti perubatan Asia kerana dilihat kian pesat membangun di negara ini. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, pada 2017 eksport industri peranti perubatan negara semakin meningkat sebanyak 25 peratus iaitu RM19.78 bilion berbanding tahun 2016, meningkat sekurang-kurangnya 5 hingga 10 peratus pada tahun ini. Justeru itu, beliau menggalakkan lebih banyak kerjasama penyelidikan dijalankan antara pihak universiti dengan pihak industri agar mencipta inovasi baharu yang dapat membantu mengurangkan penggantungan negara kepada peranti perubatan import. "Kementerian Kesihatan merupakan pembeli utama peranti perubatan dengan 145 hospital di seluruh negara sentiasa memerlukan peranti perubatan". "Jika industri kita berkembang dan kukuh, sudah pasti ia dapat bersaing dengan syarikat- syarikat luar negara dan mengurangkan kos peranti perubatan di negara ini", katanya pada majlis prapelancaran Malaysia Medical Device Expo 2018 (MyMEDEX 2018) baru-baru ini. EMENTERIAN Kesihatan menasihatkan ibu bapa agar memberi suntikan vaksin ‘Bacillus calmette-guerin’ (BCG) kepada anak-anak bagi mencegah penyakit tuberkulosis (TB) atau batuk kering. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata tahun lepas, sebanyak 674 kes ibu bapa enggan bayi mereka diberi suntikan BCG direkodkan. "Keadaan ini amat membimbangkan kerana kes TB dilaporkan kian meningkat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan TB dan Penyakit berkaitan Paru-paru Peringkat Kebangsaan 2018’, di ibu Negara baru- baru ini. Kadar kematian TB dilapor meningkat kepada 6.5 bagi setiap 100,000 penduduk tahun lepas berbanding 5.5 setiap 100,000 penduduk pada 2015. K Bangunan tambahan kompleks wanita, kanak-kanak hospital kajang Hospital Baling bakal jadi Hospital Pakar HOSPITAL Baling bakal menjadi hospital pakar selepas projek naik taraf membina bangunan tambahan baharu di hospital berkenaan yang dijangkakan siap pada Mei 2021. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata terdapat kemudahan 10 bidang kepakaran di hospital itu nanti setelah projek naik taraf siap sepenuhnya antaranya pakar perubatan, pembedahan, ortopedik, pediatrik, perbidanan, radiologi dan psikiatri. “Selepas bangunan baharu ini siap dibina, jumlah katil sedia ada di Hospital Baling ketika ini ada 160 katil akan bertambah kepada 224 katil iaitu pertambahan sebanyak 64 katil,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah bangunan tambahan itu di Hospital Baling baru-baru ini. Turut hadir penyandang kerusi Parlimen Baling merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail. Mengulas lanjut, Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata wad lelaki dan perempuan, masing-masing terdapat tambahan sebanyak 28 katil manakala lapan katil untuk wad rawatan rapi. PEMBINAAN Kompleks Wanita da