BULETIN
Potatoes USA sumber tenaga seimbang
Hospital Pakar Segamat dijangka siap 2021
MEI , 2018 | al-Siha 05
BULETIN
AM Life sasar jualan 20,000 alas tidur tangani isomnia
ALAYSIA kini berdepan
M
‘ wabak ’ penyakit tidak berjangkit ( NCD ) yang kian meningkat .
Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr S . Subramaniam berkata , kajian menunjukkan satu dari dua orang dewasa di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 17 % adalah obesiti .
Tambah beliau , kajian Morbiditi Kesihatan Negara 2015 juga menunjukkan satu dari lima orang dewasa menghidap kencing manis manakala satu dari tiga menghidap hipertensi atau darah tinggi .
“ Lebih menakutkan ada individu yang mempunyai risiko komplikasi tetapi tidak menyedari bahawa mereka adalah pesakit kencing manis atau hipertensi dan kesannya akan memberi impak negatif kepada produktiviti negara ,” katanya dalam sidang media ketika merasmikan sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya .
Sambutan itu , turut dirai wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia
PAKAR alas tidur Am Life International Sdn Bhd mensasarkan jualan 20 ribu unit alas tidur penjagaan kesihatan yang dilengkapkan dengan termoterapi berpotensi elektrik ke pasaran tempatan dan asing menjelang akhir tahun .
Pengarah Urusan , Lew Mun Yee berkata , syarikat telah menjual sebanyak 30 ribu unit alas tidur sejak penubuhannya pada tahun 2014 sehingga 2017 .
“ Orang ramai mula mengambil berat tentang kualiti tidur . Saya percaya sasaran tersebut dapat dicapai apatah lagi ramai yang mula sedar potensi alas tidur seumpama ini dan permintaan semakin meningkat terutama di luar negara .
Penyakit tidak berjangkit ( NCD ) dianggap wabak di Malaysia
DIANGGARKAN 65 peratus kes kanser yang dirujuk sudah mencapai tahap kronik .
Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada 2015 , kanser adalah penyebab kematian keempat tertinggi di Malaysia .
“ Kerajaan memberi jaminan akan meneruskan usaha untuk memajukan lagi bidang penjagaan kesihatan negara termasuk memberi tumpuan kepada kesedaran gaya hidup sihat , pencegahan awal dan amalan pemakanan yang baik dalam
( WHO ) dan Universiti Bangsa-Bangsa Bersatu - Institut Kesihatan Global Antarabangsa ( UNU-IIGH ).
Kementerian telah
kalangan rakyat ,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian institut Kanser Negara ( IKN ) baru-baru ini . Turut hadir Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr S Subramaniam .
Penubuhan IKN adalah cetusan idea bekas Perdana Menteri , Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007 membabitkan kos sebanyak RM700 juta .
Setakat ini , IKN mengendalikan 37,452 pesakit berbanding 505 pesakit ketika mula beroperasi pada 2013 .
Laporan Persatuan Perubatan Tidur Dunia mendapati sebanyak 45 peratus penduduk dunia mengalami gangguan tidur , manakala 35 peratus di kalangan dewasa di Malaysia mengalami gejala insomnia dan 12.2 peratus insomnia kronik .
memperkenalkan Program “ Komuniti Sihat Pembina Negara ” ( KOSPEN ) pada 2013 bagi mengurangkan peningkatan kes NCD .
Perasmian institut Kanser Negara Putrajaya
Potatoes USA sumber tenaga seimbang
KENTANG Potatoes USA diyakini rakyat Malaysia sebagai diet dan sajian makanan yang berkhasiat . Ia juga telah menembusi pelbagai sektor perkhidmatan makanan di seluruh dunia .
Pakar kecergasan , Noel Chelliah berkata , dalam soal penjagaan pemakanan , sukatan pengambilan makanan harian , jumlah karbohidrat , protein dan lemak perlu dikira dengan sewajarnya dan kentang sangat menepati semua keperluan ini .
Sementara itu , Juara Hero Oven 2016 , Chef Naim turut berkongsi tiga resipi dengan menjadikan Potatoes USA sebagai bahan utama .
Hospital Pakar Segamat dijangka siap 2021
MENTERI Kesihatan , Datuk Seri Dr S Subramaniam baru-baru ini merasmikan “ Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan dan Pengisytiharan Hospital Segamat Sebagai Hospital Pakar .
Projek pembangunan pembinaan bangunan baru bernilai RM90.5 juta ini telah diluluskan di bawah RMK-10 dan bakal memberi wajah baru buat Jabatan Kecemasan & Trauma ( 37 katil ) serta Dewan Bedah ( 4 unit ), ICU ( 18 Katil ), High Dependency Unit ( 8 Katil ), Unit Respiratori & Hemodinamik , Central Sterile Supply Department ( CSSD ), ICT , dan bangunan sokongan bukan perubatan .
Sebanyak 169 tempat letak kereta untuk kemudahan kakitangan dan orang awam turut disediakan . Projek ini dijangka siap menjelang suku pertama 2021 .
Projek ini menjadi bukti usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat .