al-Siha : May 2019 | Page 10

10 al-Siha | Mei, 2019 ISU: kesihatan MENTAL MENTAL Peranan majikan terhadap pekerja Cara memastikan pesakit menerima rawatan sewajarnya: Majikan bertanggungjawab untuk mengenalpasti sekiranya terdapat dikalangan pekerja yang mengalami masalah kesihatan mental Susunan Norzira Syarini Mohammed Pauzi Menuru t Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, menjadi tugas setiap majikan untuk membawa pekerja berkenaan ke fasiliti kesihatan yang berdekatan dan bukan merawat penyakit itu sendiri. “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil berat akan perkara ini dan telah melaksanakan satu pro- gram, Komuniti Sihat Pembina Negara KOSPEN Plus sebagai inisiatif untuk membina warga kerja yang sihat dan produktif dengan persekitaran budaya kerja yang menyihatkan. OBJEKTIF KOSPEN Tambah beliau, selain bertujuan membentuk warga kerja sihat yang mempraktikkan gaya hidup sihat, program ini juga turut menekankan kepentingan pengesanan awal dan intervensi penyakit tidak berjangkit. “Antara objektif lain program kospen ini termasuklah usaha dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam organisasi, mengurangkan kos perubatan secara langsung dan tidak langsung serta memastikan pulangan pelaburan yang berkesan ke atas sumber manusia di dalam organisasi,” katanya. Jelasnya kospen plus ini merangkumi enam skop iaitu amalan pemakanan sihat, amalan tidak merokok, hidup yang aktif, pengurusan berat badan , saringan kesihatan dan juga minda sihat. Datuk Dr. Noor Hisham berkata, skop minda sihat merangkumi penilaian risiko, mengenalpasti dan pengendalian stress di tempat kerja. “Selain itu, skop ini juga menekankan kepentingan peranan majikan dalam pengendalian masalah kesihatan mental di tempat kerja. Latihan bagi majikan adalah penting bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran berkaitan kesihatan mental. Ia juga dapat membantu majikan untuk mengenalpasti tanda-tanda awal penyakit mental agar lang- kah-langkah pencegahan peringkat awal dapat dilakukan. Tambah beliau, pemantauan juga perlu dilakukan agar majikan yang telah mengikuti latihan dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diperoleh. KAJIAN KESIHATAN MENTAL Mengikut Kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS) yang dijalankan oleh KKM pada 2015, 29.2 peratus merujuk kepada mereka yang berumur 16 tahun sehingga 34 tahun yang mempunyai masalah kesihatan mental dan bukan penyakit mental. Masalah kesihatan mental berlaku apabila seseorang individu mengalami gangguan emosi atau perasaan yang boleh menyebabkan fungsi kehidupan harian terganggu Program minda sihat sekolah tetapi tidak sampai kepada tahap penyakit mental. Lazimnya masalah kesihatan mental adalah lebih tinggi di kalangan wanita iaitu sebanyak 30.8 peratus berbanding kaum lelaki, 27.6 peratus. Sementara itu, pada tahun 2017, KKM telah melak- sanakan kajian yang sama dalam kalangan remaja sekolah seluruh Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun dan keputusan menunjukkan kemurungan adalah 18.3 peratus manakala peratusan tingkahlaku bunuh diri telah meningkat sebanyak 10.0 peratus berbanding 7.9 peratus pada tahun 2012. KAWAL PENYAKIT MENTAL Penyakit mental secara amnya jika tidak terkawal akan menje- jaskan kesejahteraan emosi dan mental sesesorang individu. “Penyakit mental contohnya kemurungan yang teruk, penyakit Bipolar, Schizophrenia dan sebagainya yang tidak dirawat boleh menghalang seseorang itu daripada melak- sanakan tugasan dan fungsi harian,”katanya. Selain itu, ia akan juga menjejaskan hubungan dengan orang sekeliling dan persekitaraan. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan penurunan produktiviti individu tersebut. PERKHIDMATAN DARI KKM Bagi individu yang mengalami masalah kesihatan mental, KKM menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental melalui empat buah institusi mental dan 52 buah hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Di peringkat kesihatan primer pula, KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di 958 buah klinik kesihatan yang meliputi saringan dan intervensi kesihatan mental, rawatan susulan bagi pesakit mental yang stabil dan perkh- idmatan pemulihan psikososial (PSR). KKM juga telah membangunkan 32 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh negara bagi memberi perkhidmatan pengesanan awal dan pemulihan serta rehabilitasi pesakit mental. Pesakit dilatih untuk berdikari seperti diajar kaedah penyediaan makanan manakala bagi pesakit mental yang telah stabil, cadangan penempatan pekerjaan juga disyorkan oleh pihak pengurusan rawatan. FAKTOR PENYAKIT MENTAL Penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit mental seperti kemurungan. Selain itu, faktor-faktor ini sekiranya ditambah pula dengan kurang kemahiran daya tindak (poor coping skill) dan kurang sokongan sosial akan lebih memburukkan status kesihatan mental seseorang. “Walaupun kerajaan ada menyediakan perkhidmatan dan rawatan kesihatan mental, namun ada dalam kalangan masyarakat kebiasaannya ahli keluarga yang tidak membawa ahli keluarga mereka yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental seperti kemurungan untuk Program Minda Sihat telah dibangunkan bertujuan memperkasa murid menangani stres cabaran kehidupan sehari-hari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sehingga kini, sebanyak 2343 buah sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam pelaksanaan saringan minda sihat dalam kalangan pelajar. “Impak daripada program ini, modul intervensi serta program pencegahan dihasilkan bagi meningkatkan kemahiran • Setiap kes yang hadir ke klinik kesihatan KKM dan disyaki mengalami masalah kesihatan mental akan dirujuk kepada pakar perubatan keluarga. • Pakar perubatan keluarga akan merawat pesakit dan sekiranya perlu akan merujuk kes tersebut kepada pakar psikiatri. • Inidividu yang hadir atau dirujuk ke klinik pakar psikiatri di hospital mereka akan menerima rawatan mengikut penilaian oleh pakar. • Rawatan oleh pakar boleh meliputi aspek ubat- ubatan, psikoterapi dan terapi sokongan. • Selain rawatan lain-lain intervensi yang diperlukan oleh pesakit mental adalah seperti kaunseling, pemulihan psikososial, rujukan kepada juru pulih cara kerja dan pegawai perubatan sosial • Bagi pesakit mental yang telah stabil, mereka akan dirujuk semula ke klinik kesihatan (KK) berdekatan dengan rumah pesakit bagi rawatan susulan. Antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit mental adalah: • Faktor genetic • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak (hormon dopamine dan serotonin) • Tekanan persekitaran contohnya masalah atau krisis kewangan, tiada pekerjaan, stres pekerjaan • Tragedi kehidupan dan sejarah pahit seperti kehilangan, penceraian, masalah hubungan, serta kesan trauma akibat penderaan dan pengabaian • Penyalahgunaan substans dan alcohol • Penyakit fizikal kronik seperti penyakit tiroid tampil mendapatkan bantuan disebabkan oleh faktor tertentu seperti kekurangan pengetahuan tentang penyakit mental dan akses untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, stigma yang tinggi terhadap penyakit mental dan kepercayaan terhadap sesuatu pegangan contohnya penyakit mental adalah mistik (saka, buatan orang) dan aktiviti paranormal. Ditanya samada pelaku jenayah keganasan atau pem- bunuhan, mengalami penyakit mental, Datuk Dr. Noor Hisham menjelaskan bahawa kenyataan ini tidak benar. “Kajian menunjukkan bahawa majoriti orang yang ganas tidak mengalami penyakit mental (American Psychiatric Association, 1994). Malah, orang yang mempunyai penyakit mental sering menjadi mangsa keganasan tetapi bukannya pemangsa,” katanya. Bagi kes-kes yang melibatkan keganasan, ia tidak melibat- kan individu yang mengalami hanya penyakit mental tetapi yang perlu ditekankan bahawa penyalahgunaan substans dan alkohol adalah antara faktor utama ke arah kecenderungan bersikap agresif. — al-Siha gaya daya tindak (coping skill) pelajar apabila berhadapan sesuatu masalah dan membantu menangani sikap agresif dan kecelaruan minda termasuk kejadian buli,” katanya. Tambah beliau, intervensi Minda Sihat menggunakan Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul Pendidikan Kesihatan Remaja. “Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan pentadbir sekolah dan ibu bapa atau penjaga untuk merujuk murid berkenaan kepada Psikiatri atau Pakar Perubatan Keluarga di klinik-klinik kesihatan,” jelas beliau. Program ini masih giat dilaksanakan kepada murid Tingkatan 4 dan ini adalah satu contoh usaha kolaborasi KKM dengan pihak KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). “Pihak KPM sedang meluaskan saringan kesihatan mental ini ke semua tingkatan bagi mengenalpasti masalah kesihatan mental di kalangan remaja di sekolah.