Mei, 2019 | al-Siha
ISU: kesihatan MENTAL
Dr Sangeeta
Kaur, Pengerusi
Penganjur MHEC
2019 berkata,
pengeluar
insurans memberi
kenyataan
bahawa kurang
permintaan
terhadap
perlindungan
insurans pesakit
mental di
Malaysia.
Anusha
Thavarajah,
Ketua Pegawai
Eksekutif AIA
Bhd menjelaskan
bahawa kesihatan
mental masih
tidak jelas
sebagaimana
penyakit lain
yang mempunyai
pelan insurans
tertentu, perlu ada
kajian terperinci
mengenainya
sebelum pelan
perlindungan
diwujudkan.
Kesihatan
mental
di Malaysia
MMHA optimis
tentang masa
depan pengurusan
kesihatan mental
di Malaysia
P
ersatuan Kesihatan Mental Malaysia
(MMHA) merupakan persatuan sokon-
gan mental paling lama di Malaysia
bertujuan untuk membantu memuli-
hkan, memberi khidmat nasihat serta
sokongan kepada pesakit mental di
negara ini dengan menyediakan aktiviti teras pemu-
lihan psikososial.
Ditubuhkan pada tahun 1967, MMHA diasaskan
oleh pegawai perubatan kesihatan mental dan bari-
san pemimpin dari Universiti Malaya (UM).
Kini, Organisasi Sukarelawan Bukan Keuntungan
(NGO) ini diketuai oleh Perunding Psikiatri, Prof.
Madya Dato Dr. Andrew Mohanraj Chandrasekaran
dan seorang veteran jurupulih psikososial.
Jelas Dr. Andrew, meskipun isu kesihatan mental
di Malaysia semakin meningkat, namun kesedaran
terhadap penyakit tersebut dilihat semakin meluas.
PUSAT PERKHIDMATAN YANG LENGKAP
Sokongan PERKESO
untuk anda!
Sistem
Insurans
Pekerjaan
PERKESO (SIP)
SIP membolehkan pekerja yang kehilangan pekerjaan
disebabkan masalah tertentu termasuk kesihatan
mental menerima elaun semasa mereka mencari
pekerjaan baharu.
Meskipun sudah jelas kepada kita bahawa tiada
pelan perlindungan insurans untuk kesihatan mental
di Malaysia. Namun orang ramai perlu tahu bahawa
terdapat bantuan dari sudut kewangan ditawarkan
Pertubuhan Keselamatan Malaysia (PERKESO).
Sejak tahun 2006, PERKESO memperkenalkan garis
panduan untuk pekerja yang mengalami kemurungan
dan penyakit yang berkaitan dengan tekanan di
tempat kerja. Garis panduan tersebut adalah Garis
Panduan Penyiasatan Kes-Kes Kemalangan, Penyakit
Pekerjaan(edisi kedua). Garis panduan ini bertindak
sebagai cara untuk penyedia penjagaan kesihatan
menilai gangguan yang berkaitan dengan kesihatan
mental di tempat kerja.
Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP)
membolehkan pekerja yang telah kehilangan pekerjaan
yang disebabkan oleh sebarang ketidaksahihan
(termasuk isu kesihatan mental) untuk menerima elaun
semasa mereka mencari pekerjaan baharu. Bantuan
seumpama ini boleh digunakan oleh pekerja yang
mengalami tekanan yang luar biasa di tempat kerja dan
memerlukan perubahan dalam budaya tempat kerja.
Selain itu, Skim Keilatan dari PERKESO juga
membantu individu yang bergelut dengan penyakit
mental yang lebih teruk dan tidak dapat kembali bekerja
untuk menerima sokongan kewangan. Layari
www.perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut. —al-Siha
09
Sebagai sebuah NGO yang menyediakan perkhid-
matan pemulihan psikososial kepada masyarakat
yang memerlukan dari dalam dan luar negeri, MMHA
turut menyediakan kemudahan kediaman berham-
piran pusat mereka sebagai usaha memudahkan
pesakit dan keluarga memenuhi setiap aktiviti yang
disediakan.
“Kediaman ini didirikan bertujuan agar pesakit
dapat mengikuti setiap program yang disediakan
dengan selesa disamping turut memberi sokongan
kepada keluarga.
“Walaupun MMHA berperanan membantu
memulihkan pesakit mental, namun sokongan moral
terhadap ahli keluarga dan penjaga juga merupakan
tanggungjawab MMHA. Ini kerana, keberkesanan
terapi yang diberikan kepada pesakit adalah bergan-
tung kepada keluarga dan penjaga juga.
“Sebagai rasa tanggungjawab terhadap semua
masyarakat Malaysia terutamanya kepada pesakit
mental, MMHA telah menganjurkan aktiviti berkaitan
kesedaran penyakit mental sepanjang tahun dan
berakhir pada Hari Kesihatan Mental Sedunia pada
10 Oktober setiap tahun.
“Selain bengkel, forum, pameran dan sebagainya,
MMHA juga turut menganjurkan aktiviti Larian dan
Karnival Minda tahun lalu di Bukit Jalil, di mana sera-
mai 3,000 orang mengambil bahagian. Menariknya,
selepas aktiviti ini terdapat pihak universiti meng-
hubungi kami untuk mengadakan aktiviti berkaitan
kesihatan mental. Bagi kami, ini merupakan satu
pencapaian yang baik.
TANGANI MITOS
“Kebanyakan aktiviti yang kami lakukan adalah mem-
beri penekanan terhadap mitos penyakit mental serta
membantu individu yang berhadapan masalah ini.
“Apabila menyebut tentang penyakit mental,
ramai yang beranggapan bahawa pesakit mental
mempunyai gangguan psikotik atau dalam bahasa
stigmanya ‘gila’. Walhal, ini sebenarnya mitos. Haki-
katnya, tidak lebih daripada dua peratus pesakit
mental berhadapan gangguan psikotik.
“Di sebabkan mitos dan stigma inilah pesakit
mental tidak berani berdepan dengan masyarakat,
tidak mengaku dan memberitahu orang lain bahawa
mereka mempunyai masalah kesihatan mental.
HENTIKAN
STIGMA… Prof.
Madya Dato
Dr. Andrew
menjelaskan
bahawa
gangguan
psikotik atau
dalam bahasa
stigmanya ‘gila’
adalah mitos.
Inilah masalah yang sedang dihadapi oleh pesakit
mental yang mengalami tekanan dan anxiety.
“Hakikatnya mereka amat memerlukan
pertolongan orang sekeliling. Tambahan pula,
penyakit mereka tidak dapat dilihat oleh mata kasar
sebagaimana penyakit fizikal yang lain.
TIADA SOKONGAN KEWANGAN
Prof. Madya Dato Dr. Andrew turut berpendapat
bahawa salah satu sebab utama mengapa orang
takut mengaku dan mengatakan mereka mempunyai
masalah kesihatan mental adalah disebabkan oleh
tiada sokongan kewangan untuk mendapatkan
bantuan.
“Setakat ini, masih tiada syarikat insurans yang
menawarkan pelan penjagaan untuk pesakit mental
atau individu yang mengalami masalah psikologi.
Ini antara punca yang menghalang pesakit mental
khususnya untuk terus berkongsi akan keadaan
mereka, sedangkan terapi dan perkhidmatan lain
yang berkaitan memerlukan perbelanjaan,” katanya.
“Syarikat insurans mungkin sedang mengambil
kita beberapa aspek sebelum mewujudkan skim
perlindungan memandangkan isu kesihatan mental
ini agak rumit,”katanya.
PENINGKATAN KESEDARAN
Dalam pada itu, Prof. Madya Dato Dr. Andrew turut
menyatakan rasa gembiranya apabila kesedaran
terhadap masalah tekanan dalam kalangan pekerja
semakin meningkat.
“Kesedaran tentang masalah kemurungan dan
tekanan dalam kalangan rakyat Malaysia sangat
mengagumkan. Ini dapat dibuktikan melalui
permintaan daripada kolej, universiti dan institusi
pekerjaan korporat serta syarikat-syarikat besar
dalam memberi kesedaran kepada pekerja mereka.
Ia menunjukkan bahawa mereka mengakui bahawa
kemurungan di tempat kerja adalah wujud.
Selain memberi sokongan moral serta kesedaran
kepada orang ramai MMHA turut bekerjasama
dengan kementerian, Bank Negara dan syarikat-
syarikat utama dalam industri insurans bagi
membantu pesakit mental.
Jelas Prof. Madya Dato Dr. Andrew, sebagai
presiden MMHA, dia yakin bahawa kesedaran,
sokongan dan pengurusan kesihatan mental di
Malaysia akan berubah menjadi lebih baik suatu
hari nanti. — al-Siha