18
al-siha | Mei, 2019
pengLihaTan
Visi 2020
Lindungi mata
dari sinaran UV
Pelindung matahari berfungsi melindungi kulit daripada sinaran
ultraungu atau ultraviolet (UV) yang berbahaya. Mungkin tidak
ramai yang menyedari bahawa radiasi sinaran UV ini mampu
memberi kesan tertentu kepada mata. Adakah dengan pemakaian
cermin mata hitam sudah memadai untuk mengelak individu dari
mengalami masalah penglihatan?
a
L-SIha menemui Presiden Persatuan
Optometri Malaysia, Woon Pak Seong,
Timbalan Naib Canselor, hal Ehwal Pela-
jar dan Dekan Fakulti Sains Optometri
dan Penglihatan Universiti Segi, Prof. Dr.
azrin Esmady ariffi n dan juga Pengurus
Jualan Kebangsaan Johnson & Johnson, Zoey Lam untuk
mendapatkan lebih kepastian berkenaan keperluan lebih
dari sekadar cermin mata hitam.
KENALI JENIS RADIASI
“Matahari mengeluarkan tiga jenis radiasi UV iaitu UV,
UVa, UVB dan UVC. Bagaimanapun, UVC tidak menjadi
ancaman kerana ia diserap oleh lapisan ozon. Namun, jika
seseorang berada di lokasi lapisan ozon yang nipis atau
kurang, maka perlu lebih berhati-hati.
“radiasi UVC akan terus ke mata dan retina. Manakala,
radiasi UVB pula lebih cenderung diserap oleh struktur
dalaman mata dimana boleh mengakibatkan katarak pada
mata, “jelas Dr. azrin.
CERMIN MATA HITAM TIDAK MENCUKUPI
Sekiranya anda salah seorang yang mempunyai tang-
gapan bahawa cermin mata hitam dengan 100 peratus
perlindungan UV itu selamat, anda perlu terima hakikat
bahawa tanggapan anda salah sama sekali. realitinya,
cahaya matahari datang dari pelbagai sudut dan tetap akan
sampai ke bahagian mata.
Menurut Zoey Lam, ramai yang percaya bahawa sinaran
UV hanya datang dari arah hadapan sahaja dan cermin
mata hitam yang dipakai kononnya sudah cukup untuk
melindungi mata masing-masing.
Katarak dan penyakit
mata yang lain bukanlah
terjadi dalam tempoh
yang singkat sebaliknya
ia mengambil masa. Oleh
sebab itu, masyarakat perlu
dididik akan kepentingan
penjagaan mata sejak usia
kanak-kanak lagi.” – Woon
Pak Seong
(Dari kiri) Prof. Dr. Azrin Esmady Ariffi n, Zoey Lam, Woon Pak Seong.
Januari,
pp19290/03/2018 (034852)
Waspada
Kecederaan terbakar
dan melecur – m14
|
— m16
www.sihatmalaysia.my
Berdepan mudarat
ostearthritis
– m18
PLUS:
2019
IJN pusat
kecemerlangan
jan
pengime
jantung
adalah sejenis
PET-CT Scan
yang menggabungkan
sebagai
dikenali
pengimbas
bahan radioaktif atau radiotracer,
untuk
komputer
radiofarmasiutikal
khas dan yang tidak normal
kamera sesuatu
– m09
tubuh badan.
mengesan
di dalam
www.sihatmalaysia.my
Awas! Terlalu
aktif rosakkan
jantung
aktiviti
Benarkah
fizikal boleh
menjejaskan
kesihatan?
– m04
Pemindahan
jantung
selamatkan
Norshafina
detik-detik
Berdepan
dalam
menakutkan
apabila
hidupnya menjalani
terpaksa
pembedahan jantung
pemindahan tinggi.
yang berisiko
– m06
Sonya dihina kerana vitiligo
udara
bersih
hak kita
punca kematian
enggunaan tembakau adalah bukan sahaja
yang boleh di cegah. Merokok
sendiri, malah
membahayakan perokok itu mengancam
turut
pendedahan asap sekunder
berhak untuk bernafas
kesihatan awam. Setiap orang
asasi kita. al-Siha
dan udara bersih adalah hak Biru untuk memberi
menyokong Kempen Riben dan juga bukan perokok
maklum kepada perokok
mengenai bahaya asap tembakau.
— m09
P
“Namun sebenarnya, sinaran UV tetap datang dari
sisi atas, bawah, kiri dan kanan. Ini dipanggil kesan fokus
periferal cahaya dan ia sangat bahaya kepada mata kerana
cahaya matahari boleh sampai terus ke dalam mata dan
membahayakan,”jelasnya.
“Ia sekaligus boleh mengakibatkan terjadinya katarak
di usia tua. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang
terdedah kepada sinaran UV yang tinggi dalam tempoh
tertentu, ia juga boleh mengakibatkan terjadinya katarak
di usia yang lebih muda.
Cermin mata hitam sebenarnya pelindung mata dari
sinaran UV yang sangat baik sekiranya cahaya hanya
diperoleh dari depan sahaja. Namun, memakai kanta lekap
yang dilengkapi dengan perlindungan sinaran UV bersama
cermin mata gelap pada satu-satu masa adalah disarankan.
Woon Pak Seong berkata, katarak dan penyakit mata
yang lain bukanlah terjadi dalam tempoh yang singkat
sebaliknya ia mengambil masa. Oleh sebab itu, masyarakat
perlu dididik akan kepentingan penjagaan mata sejak usia
kanak-kanak lagi. — al-Siha