Mei, 2019 | al-Siha
niaga
07
Ringkasan
Insuran serendah
RM3 sebulan
La Jung
adalah penaja
rasmi rawatan
estetik bagi
Miss Universe
Malaysia.
La Jung klinik
estetik kini dibuka
K
linik estetik dan anti-penuaan terbaik di Kuala
Lumpur, La Jung yang terletak di The Shoppes, Four
Seasons Place meraikan pembukaan rasminya pada
9 April lalu.
Berasal dari gabungan ayat Perancis dan Jerman, ‘La’
dalam Perancis bermaksud ‘The’ atau ‘yang’, manakala
‘Jung’ (disebut “Yoong”) dalam bahasa Jerman bermaksud
‘Young’ atau ‘muda’. La Jung menyediakan rawatan estetik
dan anti-penuaan yang paling eksklusif.
Dengan keluasan 5,275 kaki persegi, La Jung menampil-
kan suasana dan pengalaman mewah serta rawatan
estetik terkini yang membantu anda tampil lebih muda
dan berseri. Kepakaran dalam pembetulan kulit, badan
serta rambut, La Jung menjadikan anda tampil yakin tidak
kira usia. La Jung mempunyai lima bilik rawatan, dua bilik
menunggu VIP, ruang VIP serta ruang menunggu dan
rawatan khas untuk VVIP.
Bagi yang mementingkan privasi, La Jung mempunyai
laluan alternatif terus ke parkir kenderaan untuk kesele-
saan pengunjung.
Diketuai oleh Dr. Nicholas Lim, Pengarah Perubatan
yang juga Pengamal Perubatan Estetik, La Jung turut
disertai Dr Raimie Rahmad, Pengamal Perubatan Estetik,
Dr Leong Moh Yiing, Pengamal Perubatan Estetik dan W.
Ahmad Wan, Pengarah Pemasaran La Jung.
La Jung menawarkan rawatan anti-penuaan daripada
Switzerland, dilakukan mengikut keperluan setiap indi-
vidu. Bagi bahagian muka, rawatan yang disediakan adalah
pembentukan hidung, La Jung V-Face, pembentukan
semula rahang, rawatan kelopak mata dan ‘Nefertiti Neck’.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit, terdapat
juga rawatan untuk pigmentasi, kulit kusam dan bermin-
yak, pengecilan liang, parut jerawat, jerawat belakang
badan, skin tag/pengecilan keloid, selulit/stretch mark
dan peluh berlebihan (hyperhidrosis).
Manakala rawatan badan yang ditawarkan adalah
pelangsingan dan kontur, pengecilan payudara lelaki,
décolletage firming serta perapian kulit.
Dr. Nicholas berkata, slogan ‘Youthful Forever’ adalah
manifestasi perniagaannya yang membantu pelanggan
untuk kelihatan muda dan bertenaga serta menjadikan
ia realiti.
“Kami mempunyai mesin terkini standard emas dengan
kelulusan FDA dalam memastikan La Jung mempunyai
kemudahan terbaik di Malaysia. Kami juga berkolaborasi
bersama sebuah klinik terkemuka Switzerland bagi
rawatan anti-penuaan yang terbaik. Lebih 40 tahun pen-
galaman, rangkaian antarabangsa dan teknologi terkini,
kami sememangnya bersedia untuk memenuhi setiap
kehendak pelanggan,”katanya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.lajung.com.my.
— al-Siha
Kadar penembusan produk insurans
dan takaful Perlindungan Tenang masih
rendah dan jauh dari sasaran yang
ditetapkan.
Sejak dilancarkan pada 2017,
jumlah polisi produk perlindungan untuk
golongan berpendapatan rendah (B40)
itu sehingga 31 Disember 2018 hanya
sekitar 29,000.
Ketua Pegawai Operasi Takaful Ikhlas
Family Bhd, Nazrul Hisham Abdul Hamid
berkata pihaknya yakin peningkatan
kesedaran dan permintaan serta manfaat
skim perlindungan akan menjadikannya
produk pilihan kepada golongan B40
kerana Perlindungan Tenang adalah
pelan perlindungan takaful dan insurans
mampu milik.
“Perlindungan Tenang adalah
inisiatif kebangsaan yang dibangunkan
Persatuan Insurans Am Malaysia (LIAM),
Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
dengan sokongan Bank Negara Malaysia
(BNM),”katanya.
Nazrul berkata, Perlindungan Tenang
menawarkan harga polisi yang rendah
berbanding pulangannya.
“Melalui perlindungan asas yang
disediakan di bawah Perlindungan
Tenang, semua rakyat Malaysia kini boleh
melindungi diri mereka dan keluarga
(terhadap risiko utama dalam hidup)
bermula dari serendah RM3 sebulan,”
katanya.
AlceNero makanan sihat untuk kanak-kanak
Alce Nero, jenama peneraju
dalam kalangan pengguna yang peka
terhadap alam sekitar dan kesihatan
berhasrat untuk membantu ibu bapa
memulakan tabiat pemakanan sihat,
organik dan sedap menerusi Pasta
Alphabet Organik dan Pasta Bentuk
Kenderaan Organik.
Penambahan baharu ke dalam
rangkaian makanan organik tulen dari
Itali ini adalah disahkan 100% organik
oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah
dan Perladangan Organik JAS di Jepun,
Pasta Organik Alce Nero untuk
kanak-kanak ini mengandungi kepin-
gan huruf sayur bayam hijau dan
tomato merah kering yang organik.
Kanak-kanak pastinya men-
galami pengalaman berbeza sebelum
menikmati hidangan ini, tanpa meng-
hiraukan sayur-sayuran yang ada di
dalamnya sekaligus memupuk minat
keawah suka dengan rasa makanan
organik dan tidak lagi takut untuk
makan sayur-sayuran. Minda mereka
juga akan dirangsang dan boleh
mengenali huruf-huruf yang pastinya
membantu meningkatkan kemahiran
membaca.
Untuk resepi makanan yang sihat,
unik dan organik layari laman web
alcenero.asia/recipes.html. — al-Siha
Bungkusan baharu dengan resepi roti
sandwic Massimo germa gandum yang
lebih baik.
Alce Nero memberikan
pengalaman berbeza untuk
anak-anak selain memupuk
minat mereka kearah menyukai
makanan organik.
Youkachi sasar jual 5000 kotak
Ummi Hani ketika ditemui media
dalam majlis pelancaran produk
Youkachi, di Shah Alam, baru-baru
ini.
Dihasilkan dari prun kering ter-
baik di California dan kemudiannya
dihantar ke Jepun untuk dijadikan
ekstrak, produk makanan tambahan,
Youkachi ini memfokuskan kepada
kesihatan dan juga kecantikan.
Menurut Pengasas Youkachi,
Ummi Hani sepanjang proses
penyelidikan dan pembangunan
Youkachi, penyesuaian bahan dilaku-
kan beberapa kali bagi memastikan
rasa dan kualiti produk itu menepati
standard.
“Proses adunan ekstrak bahan
utama seperti prun, delima, kurma,
dan bahan aktif cerepron-F dilakukan
di Malaysia menggunakan mesin dan
teknologi dari Jepun yang pertama
kali digunakan di negara ini,” katanya.
Tambah beliau, Youkachi telah
berada di pasaran sejak Mac lalu dan
menerima sambutan yang sangat
memberangsangkan.
“Kami menganggarkan jualan
mencecah 5,000 kotak menjelang
akhir tahun ini,” katanya.
Yokachi boleh dibeli secara atas
talian pada harga RM129. — al-Siha
Roti germa gandum
sihat keluaran
Massimo
Massimo, jenama roti sandwic
terkemuka memperkenalkan roti
sandwic Massimo dengan Germa
Gandum yang dipertingkatkan rasa dan
juga aromanya.
Dengan gabungan kebaikan
germa gandum yang dipercayai dapat
meningkatkan kesihatan jantung
menerusi kelebihan lemak baik Omega-3,
pada masa sama ia turut membantu
dalam usaha mengurangkan kolestrol.
Malah, dengan kebaikan germa
gandum ini, roti yang dihasilkan juga
bebas dari kolestrol dan juga lemak trans.
Roti Sandwic Massimo dengan Germa
Gandum ini boleh didapati di rangkaian
kedai runcit, pasar raya dan sebagainya
dengan harga yang berpatutan iaitu
RM2.59 bagi 400gm dan RM3.63 bagi
pek 600gm.
Layari wheatgermisgoodforyou.com.
my untuk maklumat lanjut. — al-Siha