08
isu: kesihatan MENTAL
al-Siha | Mei, 2019
ISU: kesihatan MENTAL
Sokongan yang
diperlukan untuk
menangani masalah
kesihatan mental
Datuk Dr Abdul
Aziz, Pengasas
dan Pengarah
MHF berkata
tidak ada sebab
penyakit mental
perlu diberi
layanan berbeza
dengan penyakit
lain oleh syarikat
insurans.
Liputan insurans membabitkan kesihatan mental kurang
diketengahkan. Sepatutnya perkara ini diberikan lebih perhatian
memandangkan tiada pelan insurans diwujudkan untuk pesakit
mental setakat ini
K
esejahteraan mental rakyat Malaysia
seakan semakin merosot, dan kenyataan
ini bukan perkara yang mengejutkan.
Statiktik menunjukkan bahawa tekanan,
kebimbangan dan depresi merupakan
antara masalah kesihatan mental utama di
negara ini. Meskipun kesedaran terhadap kesihatan mental
dan kesejehteraannya dilihat semakin baik kebelakangan
ini, namun stigma terhadap pesakit mental masih tidak
dapat dibendung lagi.
Stigma, kurangnya kesedaran, suasana berkerja yang
tidak sihat dilihat antara faktor utama yang menyumbang
kepada masalah kesihatan mental di kalangan rakyat
Malaysia. Namun, terdapat satu lagi faktor yang jarang
sekali dibincangkan, kurangnya sokongan dari syarikat
pengeluar insurans.
Datuk Dr Andrew
Mohanraj,
Presiden MMHA
tetap optimis
dengan liputan
kesihatan mental,
beliau yakin
perbincangan
sedang diadakan
oleh syarikat
insurans untuk
mengetengahkan
perkara ini.
Anita Abu Bakar,
Presiden MIASA
berkata bahawa
permintaan itu
ada tetapi cuma
stigma yang
membelenggu
dan membebani
mereka.
DISKRIMINASI ATAU TIDAK LAYAK?
Tidak kira sama ada individu yang bekerja makan gaji atau
menjalankan perniagaan sendiri, pastinya mempunyai
skim perlindungan insurans masing-masing. Kebanyakan
pelan insurans akan menanggung kos melibatkan kes
kemalangan dan penyakit yang dihadapi pelang-
gan mereka.
Tetapi, apabila seseorang mengalami masalah kebim-
bangan, tekanan, atau tekanan di tempat kerja atau ‘burn
out’, masih tidak ada skim perlindungan untuk golongan
ini di Malaysia.
Adakah syarikat insurans mendiskriminasi isu kesi-
hatan mental dan penyakit ini? Adakah kesihatan mental
dan penyakit mental ini, bukan penyakit ‘sebenar’?
Tanggapan tersebut sepatutnya ditepis sekeras-
kerasnya kerana kesihatan mental adalah isu yang serius.
Bukan sahaja memberi kesan kepada pemikiran bahkan
terhadap kesihatan fizikal.
KERAGUAN PENGELUAR
Baru-baru ini al-Siha telah mendapatkan pandangan dari-
pada beberapa wakil syarikat insuran yang menawarkan
pelan kesihatan di Malaysia. Namun, tidak ramai yang
tampil memberikan jawapan setelah diajukan soalan,
adakah terdapat tawaran skim perlindungan insurans
untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan
mental?
Berikut adalah jawapan yang kami terima daripada
Hong Leong Assurance;
“Terima kasih kerana menghubungi
Hong Leong Assurance.
Buat masa ini, kami tidak ada sebarang j
awapan untuk isu ini, walau bagaimanapun semoga
terus berhubung.”
Ini pula jawapan yang kami peroleh dari Zurich
Malaysia;
“Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Malangnya kami tidak dapat membantu
anda kali ini.”
Seakan sukar atau teragak-agak untuk mereka menjelas-
kan tentang perlindungan insurans yang melibatkan
kesihatan mental. Dari jawapan yang diterima apabila
ditanya mengenainya seakan tabo.
Namun, ada syarikat yang dilihat lebih terbuka apabila
menjawab pertanyaan kami. Dibawah ini jawapan yang
kami peroleh dari Prudential;
“Kami tidak ada pelan insurans untuk masalah
kesihatan mental, tetapi kami akan mengumumkan
sesuatu dalam sidang media yang akan diadakan
dalam masa terdekat.”
Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan
sama ada mereka akan melancarkan sesuatu yang
membabitkan kesihatan mental.
Dalam pada itu, syarikat pengeluar insurans AIA
menjawab persoalan kami. AIA merupakan syarikat
yang menekankan tentang kepentingan tempat kerja
yang efisien, tidak memberi tekanan berbanding syari-
kat lain di negara ini. Salah seorang dari rakan kerja
kami cuba mempelawa untuk ditemuramah mengenai
isu kesihatan mental.
Dibawah adalah jawapan yang diberikan;
“Kami akan berbincang dan kalau boleh ingin
mencadangkan sudut temubual yang lebih focus
kepada jenama AIA itu sendiri yang menjanjikan
“kesihatan lebih baik” dimana perkara ini
menarik minat pembaca kearah holistic. Ini
termasuk inisiatif yang dilaksanakan pihaknya
dengan mengadakan AIA Vitality programme dan
Malaysia’s Healthiest Workplace.”
Perkara ini menunjukkan bahawa AIA sekurang-
kurangnya mempunyai usaha kearah menyokong
kepentingan tempat kerja yang tiada tekanan sekaligus
mengelak berlakunya masalah kesihatan mental.
INSURAN DI SINGAPURA
AIA Malaysia tidak menawarkan perlindungan
insurans untuk pesakit mental, tetapi baru-baru ini
AIA di Singapura mengumumkan bahawa mereka
mempunyai pelan tersebut.
Berikut merupakan jenis-jenis penyakit mental
yang dilindungi pelan insurans yang disediakan AIA
Singapura;
• Kemurungan serius
• Skizofrenia
• Masalah bipolar
• Kecelaruan obsesif kompulsif (OCD)
• Sindrom Tourette
ATASI KECELARUAN
Kami turut menemuramah beberapa pakar dalam industri ini.
Pengasas dan Pengarah Yayasan Kesihatan Mental Malaysia
(MHF), Datuk Dr. Abdul Aziz Abdullah turut membincangkan
tentang diskriminasi terhadap pesakit mental oleh pihak
pengeluar insurans.
Pada masa sama, kami turut menghadiri “Soft launch”
Mental Health Experiential Conference (MHEC 2019) dimana
program rasmi akan diadakan pada 18 hingga 20 Jun 2019 di
Petaling Jaya.
Pengerusi dan juga Penganjur MHEC 2019, Dr Sangeeta
Kaur, dan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
Malaysia berkata bahawa mereka pernah menyuarakan
kepada syarikat insurans berhubung pelan perlindungan
untuk pesakit mental di Malaysia. Menurut beliau, syarikat
insurans menegaskan bahawa kurang permintaan untuk pelan
tersebut, menyebabkan masih tidak ada perlindungan insurans
ditetapkan untuk pesakit mental.
Presiden MIASA, Anita Abu Bakar, menjelaskan bahawa
permintaan untuk pelan perlindungan insurans bagi pesakit
mental sebenarnya ada, cuma stigma yang membelenggu
dan membebani mereka menyebabkan mereka tidak tempil
kedepan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kesihatan Mental, Datuk
Dr Andrew Mohanraj berharap agar memperoleh masa depan
yang lebih optimis untuk kesihatan mental. — al-Siha