al-Siha : November 2018 | Page 5

NOVEMBER, 2018 | al-Siha BULETIN Kempen jimat air anjuran Colgate • Menutup pili air ketika memberus gigi menjimatkan sekurang-kurangnya 15 liter air C OL GATE baru-baru ini bekerjasama dengan Watsons dan Epic Communities dalam kempen ‘Save Water’, usaha kearah mendidik dan menye- barkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan air secara cekap. Wanaz Merican, Pengarah Undang- Undang Colgate-Palmolive Malaysia berkata, ada dikalangan kita yang masih tidak sedar akan kepentingan dan kesusahan yang dialami oleh sesetengah pihak yang sukar mendapatkan air bersih. “Kami mengadakan kempen ‘Save Water’ di seluruh dunia pada setiap tahun dengan menggalakkan orang ramai menutup pili air mereka ketika memberus gigi kerana ia Jogaton amal pemindahan ginjal 415 orang peserta Jogaton ‘Organs For Love’ P ARA pelajar dari Fakulti Perubatan Univer- siti Malaya baru-baru ini menjayakan jogaton amal ‘Organs For Love ’ dengan tema Pemindahan Ginjal dan berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya RM1,500 untuk Persatuan Transplantasi Malaysia. Pakar nefrologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Profesor Dr. Ng Kok Peng berkata punca semakin ramai pesakit menjalani rawatan dialisis adalah disebabkan oleh kekurangan pemindahan ginjal di Malaysia. “Sesetengah pesakit terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum menemui organ yang sesuai, malah ada antara mereka yang disifatkan sebagai sudah terlalu lambat,” katanya. Sementara itu, Dr. Hasdy Haron dari Pusat Sumber Transplan Nasional berkata dialisis yang dijalani pesakit ginjal sebenarnya menyingkirkan sisa buangan dalam darah daripada badan dengan menggunakan sistem penapisan luaran. “Kami berharap kesedaran terhadap pemindahan organ dan kekurangan penderma organ, semakin meningkat, pada masa sama menggalakkan orang ramai memberi persetujuan untuk mendermakan organ mereka. Ada orang yang tidak bersedia untuk mendermakan organ mereka. Kalaulah mereka dapat melihat bagaimana organ mereka boleh menyelamatkan nyawa, mereka mungkin menukar fikiran. Bagi saya, tiada pengorbanan yang lebih besar daripada ini,” tambah Dr. Hasdy Haron. Jogaton ‘Organs For Love’ 2018 menampilkan Novartis Corporation sebagai penaja utama dan telah disertai oleh 415 orang dan kira-kira 87 orang daripada mereka berikrar sebagai penderma organ. Jogaton ini membabitkan larian sejauh 7KM dan 5KM. Layari Facebook di: https://www.facebook.com/ organsforlove untuk maklumat lanjut. mampu menjimatkan 15 liter air,” katanya. Bagi merealisasikan misi ini, kempen tersebut telah diadakan di Kampung Hulu Tamu di Batang Kali yang didiami oleh kira- kira 60 keluarga orang asli (populasi seramai 300 orang). Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, Watsons per- caya kempen ini memberikan impak positif kepada komuniti sekeliling. Pada masa sama, Watsons Malaysia telah menyediakan hadiah utama berupa 2,000 mata keahlian untuk dihadiahkan kepada para peminat yang telah berkongsi tip-tip pemuliharaan air dalam kehidupan seharian di laman Facebook mereka berserta dengan hashtag #MySaveWaterTips. Manakala Epic Communities pula telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM54,000 bagi projek berkenaan. Selain daripada memperbaharui sistem air suapan graviti, dana yang terkumpul juga akan digunakan untuk menganjur per- temuan komuniti, konsultasi pengurusan projek dan juga pengambilan tenaga kerja berkemahiran. Di samping Epic Communi- ties dan Watsons, kempen ‘Save Water’ ditaja bersama oleh Garden International School dan Kolej MARA Seremban. 05 Wakil Colgate Malaysia, Watsons Malaysia dan Epic Communities menyerahkan cek contoh bernilai RM20,000 kepada penduduk Kampung Hulu Tamu. Aktiviti pemuliharaan hutan paya gambut 200 sukarelawan termasuk 40 pelajar dari SK (Asli) Busut Baru dan SK (Asli) Bukit Cheeding, masyarakat setempat, NGO dan wakil korporat berganding bahu melakukan aktiviti menanam 600 pokok Tenggek Burung (Melicope lunu-ankenda), satu spesies per- intis, di sebidang tanah 1 hektar di Kompleks Hutan 6, HSKLU. Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Selan- gor Datuk Dr. Mohd Puat Dahalan berkata, aktiviti ini menyumbang kepada pemuliharaan dan pemuli- han ekosistem hutan paya gambut Malaysia. Sementara itu, Pengarah Global Environment Centrel (GEC), Faizal Parish berkata program ini menyediakan platform kepada Dari kiri, Datuk Dr. Mohd Puat Dahalan bersama Caroline Russell (lima dari kiri) dan Faizal Parish (tiga dari kiri). masyarakat orang asli untuk terlibat secara aktif dalam pemulihan tanah gambut yang telah rosak, aktiviti di zon penampan dan menjalankan pelan pengurusan kebakaran hutan di HSKLU. Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif BOH Planta- tions, Caroline Russell, berkata beliau gembira melihat generasi muda menyertai aktiviti pemuli- haraan hutan paya gambut ini. Pengarah Projek Gamuda Land, Encik Aw Sei Cheh pula berkata, selaku pembangun bandar yang bertanggungjawab, Gamuda Land membina sambil mengambil kira kepentingan alam semulajadi dan persekitaran. Mereka percaya bahawa menggabungkan perseki- taran yang sedia ada dengan pelan induk mereka akan menjadikan- nya lebih mampan dan mesra masyarakat. Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) merupakan hutan gambut seluas 960 hektar. Namun pada tahun 2017, kira-kira 95 hektar hutan paya gambut telah musnah dijilat api kerana sifat mudah terba- karnya serta cuaca panas dan kering yang sering melanda Malaysia. MERCK sumbang RM20,000 kepada PPUM PUSAT Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini mendedahkan rancangannya untuk menubuhkan sebuah Pusat Perkembangan Kanak- kanak (Child Development Centre; CDC) yang amat diperlukan oleh Kompleks Kesihatan Ibu dan Anak. Menur ut Ketua Jabatan Pediatrik PPUM, Profesor Madya Dr Muhammad Yazid Jalaludin, Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) ini mencerminkan betapa perlunya PPUM menambahbaik perkhidmatan klinikalnya agar dapat memenuhi keperluan pesakit pediatrik yang semakin tinggi dengan lebih berkesan. “Dalam masa enam bulan pertama tahun 2018, kami mengen- dalikan sebanyak 158 kes autisme. 36 daripadanya baharu didiagnosis dan yang selebihnya ialah kes susulan. Pasukan pediatrik perkem- bangan kami juga mengendalikan lebih ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan hip- eraktiviti dan kurang daya tumpu (ADHD), gangguan pembelajaran, lewat perkembangan, dan palsi serebrum.” Sementara itu, Chris Hamann berkata, pihaknya beruntung kerana berpeluang menyumbang ke arah inisiatif berkenaan. “Sumbangan ini melahirkan komitmen kami untuk meninggikan taraf penjagaan perubatan bersama rakan-rakan yang terkemuka seperti PPUM, di samping menyokong komuniti kita,” katanya. Prof Madya Dr Muhammad Yazid Jalaludin, Ketua Pediatrik PPUM (kanan), menerima sumbangan cek bernilai RM20,000 daripada Chris Hamann, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Merck Malaysia.