al-Siha : November 2019 | Page 10

10 al-Siha | NOVEMBER, 2019 Buletin Perkasa perkhidmatan kesihatan Peruntukkan belanjawan 2020 dinaikkan sebanyak RM1.9b untuk kesejahteraan rakyat P aSTI ramai yang tersenyum dengan pelbagai perkembangan positif negara kebelakangan ini terutama setelah pengumuman belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan eng baru-baru ini. Mengimbau semula intipati belanjawan 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama itu, pastinya peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara perkem- bangan yang menarik perhatian umum. Mana tidaknya, sebanyak rM30.6 bilion disediakan kepada rakyat agar dapat memperoleh akses pen- jagaan kesihatan yang lebih berkualiti dari semasa ke semasa. Menurut Lim Guan eng, peruntukan yang ditetapkan dalam belanjawan kali ini lebih tinggi berbanding rM28.7 bilion pada belanjawan tahun lalu. “Peruntukan tersebut merangkumi tujuh perkara dimana rM1.6 bilion adalah untuk pembinaan hospital baharu, menaik taraf dan juga membesarkan hospital sedia ada, rM319 juta pula diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemu- dahan kuarters. “Sebanyak rM60 juta akan disediakan kepada semua kanak-kanak pada tahun depan bagi suntikan vaksin Pneumokokal yang akan diberikan secara percuma kepada anak-anak sebagai sebahagian dari Program Immunisasi negara. “Sebanyak rM59 juta akan diperuntukkan untuk menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan Guang Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada Oktober lalu. perkhidmatan ambulans badan bukan kerajaan (nGO),” katanya di Dewan rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini. jelasnya, sebanyak rM227 juta disediakan untuk menambah baik peralatan perubatan, manakala rM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian. Dalam pada itu, rM31 juta turut diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyelenggara perkhidmatan teknologi BELANJAWAN 2020 (KESIHATAN) RM1.6BILION RM60JUTA untuk pembinaan hospital baharu dan naik taraf peruntukan awal bagi memulakan vaksinasi PUBLIC SERVICE CARS untuk kanak-kanak pneumokokal TOWING SERVICE RM95JUTA POLICE untuk pengubahsuaian 911 infrastruktur dan kemudahan perubatan RM227JUTA untuk naik taraf perlatan perubatan AMBULANCE RM59JUTA untuk POLICE pembelian ambulans baharu melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO RM319JUTA untuk pembinaan dan naik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kauters FIRE DEPT RM5JUTA untuk perkhidmatan klinik bergerak di luar bandar, terutama untuk komuniti Orang Asli PeKa B40 akan diperluaskan kepada penerima bSH yang berusia 40 tahun ke atas RM31JUTA untuk naik taraf dan selenggara perkhidmatan iCT termasuk projek rintis Rekod Perubatan elektronik maklumat dan komunikasi (ICT), antara lain melaksanakan projek rintis bagi sistem rekod Perubatan elektronik (eMr) di hospital dan rM5 juta bagi perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya Orang asli . Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak mengambil alih Putrajaya pada Mei 2018. — al-Siha reaksi “Usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah satu tindakan yang sangat wajar dan dipersetujui. Selain itu, pemberian vaksin pneumokokal secara percuma pula satu inisiatif yang amat baik dan pastinya dapat memanfaatkan lebih ramai penduduk terutama mereka yang memerlukan. -Atikah Abdullah, Usahawan “Peningkatan peruntukan yang dilakukan oleh kerajaan itu satu usaha yang cukup murni bagi memastikan tahap kesihatan rakyat ke arah lebih baik, apatah lagi dengan kenaikan peruntukan yang banyak. Semoga segala yang di rencana dapat ditunaikan sebaiknya. -Siti Zaiton Muhammad, Pemandu Grab “Peruntukan RM60 juta untuk vaksin secara percuma dalam bajet 2019 adalah satu keputusan tepat di saat bidang perubatan kini berdepan pelbagai jenis penyakit terutama penyakit bawaan manusia bagi meningkatkan tahap imunisasi badan terutamanya kanak- kanak. Cuma, pendedahan perlu diberikan oleh pihak berkaitan supaya ibubapa tahu kepentingan vaksin kepada anak-anak mereka bagi mengurangkan risiko jangkitan dan kematian akibat penyakit berjangkit ini.- Nor Amalina Alias, Usahawan