NOVEMBER, 2019 | al-Siha
HALAL
09
Keperluan ubat-ubatan halal
Pensijilan halal kini tidak tertumpu kepada produk makanan saja
bahkan mendapat permintaan industri farmaseutikal, kosmetik dan lain-lain
Ada ubat-
ubatan
meskipun tidak
halal adalah dibenarkan
bergantung kepada situasi
seperti dalam kecemasan
atau darurat.” - Hakimah
Mohd Yusoff
Menurutnya lagi, “Walau bagaimanapun, umat
Islam perlu faham ia hendaklah mengambilkira nasihat
dari pakar dan bukan sewenang-wenangnya diambil.”
Ubat-ubatan yang telah dipersijilkan halal dan terdapat
di pasaran juga akan meningkatkan keyakinan pengguna
beragama Islam terhadap produk yang ingin dibeli.
K
ONSEP halal difahami sebagai sesuatu yang
dibenarkan untuk dimakan atau dimanfaatkan
oleh orang Islam, dan tidak ditegah oleh Hukum
Syarak.
Permintaan terhadap pensijilan halal dilihat kian
meluas dan tidak terbatas pada produk makanan dan
minuman semata-mata bahkan industri kosmetik,
logistik, perkhidmatan kontrak pengilangan, dan barang
gunaan turut melihat potensi yang luas dan permintaan
yang luar biasa pada pensijilan halal yang diberikan.
Industri farmaseutikal turut tidak ketinggalan melihat ia
sebagai satu peluang menanam keyakinan di kalangan
pengguna.
FARMASEUTIKAL HALAL
al-siha menemui Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hakimah
Mohd Yusoff untuk mengupas lebih lanjut mengenai per-
anan JAKIM dalam pensijilan halal produk farmaseutikal
di Malaysia dan juga impak positif secara meluas kepada
umat Islam.
“Inisiatif memberi jaminan halal melalui pensijilan
halal bermula pada tahun 1970-an lagi, di mana ketika itu
pensijilan halal ini lebih menumpukan kepada makanan
terutama daging dan hasilan daging. Kemudian, JAKIM
telah menambah skim pensijilan halal kepada pelbagai
produk pengguna selain daging dan makanan,” katanya.
Walau bagaimanapun, katanya, dalam aspek industri
farmaseutikal halal, terdapat banyak perkara yang perlu
diperhalusi dan ditangani dengan penuh kebijaksanaan.
“Islam menetapkan bahawa rawatan melalui pen-
gambilan ubat dibenarkan kepada pesakit untuk tujuan
menyelamatkan nyawa dan mengelakkan keadaan pesakit
menjadi lebih parah atau penularan wabak penyakit, seka-
lipun ubat-ubatan tersebut mengandungi bahan-bahan
yang tidak halal.
“Ada ubat-ubatan meskipun tidak halal adalah dibenarkan
bergantung kepada situasi seperti dalam kecemasan atau
darurat.,” katanya lagi.
Namun, timbul persoalan mengenai kewajaran ubat-
ubatan ini perlu diperakui halal?
Tambah beliau lagi, menyediakan pilihan ubat-ubatan
PERKASA PENSIJILAN
Menurut Hakimah, pensijilan halal bagi industri
farmaseutikal bantu orang Islam untuk memilih
ubat-ubatan yang sepatutnya mengikut syarak.
JAKIM bersedia untuk membantu sekiranya orang ramai
inginkan lebih maklumat berkenaan farmaseutikal halal.
Sebagai sebuah organisasi yang dinamakan sebagai
Pihak Berkuasa Berwibawa menjalankan pensijilan halal,
organisasi ini juga memainkan peranan penting dalam
menganjurkan program-program kesedaran halal menge-
nai industri farmaseutikal dengan pelbagai pihak.
“Kami akan sentiasa menyampaikan maklumat ter-
kini mengenai farmaseutikal halal dengan mengadakan
persidangan, bimbingan dan juga pameran. Kami juga
bersedia membantu penyedia perkhidmatan kesihatan,
pemain industri dan juga pengguna agar memahami
sepenuhnya pensijilan halal dan konsep halal itu sendiri
secara realistik.”
yang dipersijilkan halal kepada orang ramai merupakan
satu langkah yang terpuji. Namun, apa yang menjadi
PELUANG DI PERINGKAT GLOBAL
dilema adalah apabila pesakit mengelak atau enggan untuk
menerima rawatan kerana menurut mereka bekalan ubat
Pada tahun 2012, Malaysian Standard for Halal Phar-
tersebut tidak mendapat pensijilan halal. Apatah lagi, peng-
maceuticals (MS2424 2012) telah berjaya dibangunkan
guna kini mempunyai capaian maklumat yang meluas untuk
oleh Jabatan Standard Malaysia dengan bantuan pelbagai
menyemak secara asas ubat-ubatan yang
pihak termasuk JAKIM dan Malaysia adalah negara yang
mereka gunakan.
pertama mengikut kualiti stan-
“Umat Islam di Malaysia
dard farmaseutikal mengikut
perlu faham, meskipun kita
Hukum Syarak.
tahu ubat-ubatan tersebut
“Kita dapat lihat sambutan
mengandungi bahan tidak
yang menggalakkan dalam
halal, namun ia boleh
industri farmaseutikal halal
kebelakangan ini. Buat
digunakan untuk tujuan
perubatan dan ini meru-
masa sekarang, JAKIM
juk semula kepada
bekerjasama dengan pel-
bagai pihak demi melihat
konsep darurat iaitu
masa depan yang gemilang
penggunaan ubat itu
sahaja yang digunakan
terhadap farmaseutikal
untuk menyelamatkan
halal agar kedudukan
nyawa atau mengelak-
negara kita kekal utuh
kan penyakit menjadi Pensijilan halal juga dapat permintaan tinggi industri
sebagai peneraju halal
semakin parah.”
global.— al-Siha
kosmetik.