al-Siha : November 2019 | Page 11

november, 2019 | al-Siha BULETIN 11 Vaksin pneumokokal percuma Kerajaan peruntuk RM30.6 juta bantu golongan kurang berkemampuan terima vaksin bermula 2020 K erajaan memperuntukkan RM30.6 bilion, peningkatan sebanyak 1.9 bilion berbanding peruntukan yang diberikan sebe- lum ini kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumokokal kepada semua kanak-kanak. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, peruntukan tersebut merupakan komitmen kerajaan kearah memberikan kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. “KKM amat bersyukur dengan peruntu- kan permulaan sebanyak RM60 juta untuk pemberian vaksin pneumokokal konjugat (pneumococcal conjugate vaccine, PCV) seperti yang diumumkan melalui pem- bentangan Belanjawan 2020 yang jelas membuktikan keperihatinan kerajaan terhadap kesihatan rakyat. Tambah beliau, langkah serius ini diambil setelah meneliti beberapa kajian yang dijalankan oleh KKM. “9.1 peratus dari 100 ribu bayi meng- hadapi masalah pneumokokal. Angka ini agak besar, kerana bayi terbabit berke- mungkinan mengalami masalah otak atau paru-paru. 20 peratus daripada mereka mungkin meninggal dunia akibat penyakit tersebut,” katanya. Jelas beliau, Pertubuhan Kesihatan 9.1peratus dari 100 ribu bayi menghadapi masalah pneumokokal. Angka ini agak besar, kerana bayi terbabit berkemungkinan mengalami masalah otak atau paru-paru” – Lee Boon Chye Sedunia (WHO) menyarankan agar setiap kanak-kanak diberi suntikan vaksin pneu- mokokal ini. “Di seluruh dunia, lebih 100 negara telah melaksanakan pemberian vaksin ter- masuk Indonesia. Kerajaan Malaysia telah menyediakan sebanyak 11 jenis vaksin sebelum ini dan pneumokokal adalah tambahan vaksin yang akan diberikan kepada rakyat. “Jika di klinik swasta, tiga suntikan sudah bernilai hampir seribu ringgit, tetapi di klinik dan hospital kerajaan ianya adalah percuma dan kami berharap rakyat memanfaatkan sebaik mungkin bermula 1 Januari 2020 nanti. Tetapi vaksin pertama akan diberikan selepas kelulusan belan- jawan, perolehan ubat dan mungkin diberi pertengahan tahun kepada kanak-kanak yang dilahirkan bermula Januari 2020. “Hanya satu suntikan diperlukan untuk golongan dewasa berusia 65 tahun keatas khususnya yang mengalami sakit paru- paru khususnya yang berkemungkinan berdepan keadaan lebih serius. “Jangkitan pneumokokal akan menjadi lebih serius bermula dari jangkitan telinga, paru-paru sehingga menyebabkan masalah pernafasan, dan membawa maut. Vaksin ini memang berkesan untuk mengelakkan jangkitan tersebut. “Memang masih ada segelintir ibu bapa yang kurang faham peranan dan tujuan suntikan vaksin ini diberikan. Cuma saya ingin tegaskan disini bahawa, segala vaksin yang diberikan telah melalui satu ujikaji dimana KKM pastikan vaksin tersebut ber- kesan dan selamat selain data-data saintifik yang menyokong bahawa suntikan vaksin wajar diberikan. Jadi ada kemungkinan selepas di beri suntikan, kanak-kanak akan mengalami demam sehari dua dan ini adalah tindakbalas yang biasa. “Rakyat dan ibu bapa perlu faham, bukan setakat vaksin tersebut boleh melindungi anak-anak mereka, tetapi jika suntikan vaksin ini dilakukan, sekurang- kurangnya 95 peratus dapat mengurangkan penyebaran kuman tersebut, dan memberi perlindungan kepada mereka yang telah divaksin dan tidak divaksin. Bermula Jun tahun 2020, KKM akan melaksanakan Vaksin Pneumokokal bakal dilaksanakan bermula 1 Januari 2020. Pelaksanaan program Imunisasi pneumokokal di Bawah jadual imunisasi Kebangsaan Vaksin Penumokokal Conjugate (PSV) Diberi untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptociccus Pneumonia yang juga dikenali sebagai Pneumokokus Objektif/rasional PSV Peruntukan RM60juta Untuk penyediaan vaksin pneumokokal kepada semua kanak-kanak Sumber: KKM • Menurunkan kadar mortaliti penyakit penumokokal dan komplikasi. • Mengurangkan kos rawatan bagi merawat penyakit pneumokokal dan komplikasi. • Mengurangkan risiko berlakunya kerintangan terhadap antibiotik. usaha dimana setiap jururawat akan menjelaskan secara terperinci kepada ibu bapa, dan kita berharap suntikan vaksin diberikan kepada anak-anak masing-masing. Tambah beliau, dalam usaha untuk membekalkan bekalan yang cukup, pihaknya telah berbincang dengan peme- gang saham tertentu termasuk pembekal vaksin. “Setakat ini, terdapat dua syarikat pembekal vaksin yang bersedia untuk memastikan bekalan vaksin mencukupi selepas belanjawan diluluskan. — al-Siha Soal jawab mengenai vaksin pneumokokal Peruntukan untuk vaksin pneumokokal kepada semua dikira sebagai keputusan bijak kerajaan menurunkan jumlah kematian dan pelbagai penya- kit membabitkan sistem pernafasan dalam kalangan kanak-kanak. Bagaimanakah pemberian vaksin ini akan dijalankan? Pemberian vaksin ini akan dimasukkan ke dalam Pro- gram Imunisasi Kebangsaan yang pada masa ini telah melindungi kanak-kanak terhadap 12 jenis penyakit. Adakah pemberian vaksin ini akan diberikan seawal hujung tahun ini dan apakah kriteria kelayakan utk mendapat vaksin pneumokokal ini? Seperti yang telah dijelaskan, peruntukan ini akan tersedia pada tahun 2020. Justeru bayi yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2020 adalah layak menerima imunisasi ini. Sejumlah tiga (3) dos akan diberi kepada setiap kanak-kanak. Usaha ini juga dianggap sebagai pelaburan jangka panjang kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang lebih sihat menerusi perkhidmatan kesihatan terbaik. Berapa ramaikah bayi atau kanak- kanak yang akan memperoleh manfaat pemberian vaksi- nasi pneumokokal ini? Dianggarkan lebih kurang 500,000 kanak-kanak setiap tahun akan menerima manfaat dari pemberian vaksin ini.