al-Siha : November 2019 | Page 18

18 al-Siha | NOVEMBER, 2019 ANAK OH ANAK Usah ambil mudah bayi tersedak susu! Nyawa bayi mampu diselamatkan jika pengasuh, ibu bapa praktik langkah kecemasan terlebih dahulu sebelum dibawa ke klinik TIPS ELAK BAYI TERSEDAK SUSU • • • • • OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD   EJADIAN bayi tersedak susu bukan perkara baharu yang berlaku, malah hampir setiap tahun pasti ada sahaja kes membabitkan kemalangan ini dilaporkan sehingga mengorbankan nyawa. Dalam kejadian terbaru, seorang bayi berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia akibat tersedak susu di sebuah taska di Kedah kira-kira pukul 12 tengah hari selepas dihantar ke klinik untuk pemeriksaan. Walaupun ia merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan, namun tersedak susu boleh dielakkan jika ibu bapa dan pengasuh mengenalpasti tanda-tanda awal apabila berhadapan situasi tersebut.  Sekurang-kurangnya mengetahui teknik dan langkah kecemasan yang boleh diambil sebelum membawa bayi tersebut ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. PUNCA TERSEDAK SUSU K Prof Dr Zulkifl i mahu ibu bapa atau pengasuh lebih waspada kejadian bayi tersedak susu. sendawakannya sebelum melakukan urusan lain,” katanya.  Tersedak susu berlaku apabila susu mengalir dalam mulut bayi tidak melalui saluran yang betul sebaliknya termasuk ke injap pernafasan seterusnya ke paru- paru sehingga menutup saluran pernafasan.   Fakta JARANG BERLAKU Mengulas perkara tersebut, Pakar Perunding Pedi- atrik, Profesor Datuk Dr Zulkifl i Ismail berkata, kematian akibat tersedak susu sebenarnya TERSEDAK SUSU KESALAHAN LAZIM kemalangan yang sukar dan jarang berlaku. BERLAKU APABILA SUSU Namun begitu, beliau berkata, ia boleh Tambahnya, antara kesalahan lazim yang TERMASUK KE INJAP dilakukan oleh ibu bapa ialah membiarkan berlaku akibat kecuaian pengasuh mahu- PERNAFASAN SETERUSNYA pun ibu bapa yang kadang-kala mengambil bayi tidur sendirian bersama susu seperti KE PARU-PARU SEHINGGA mudah ketika memberikan susu kepada bayi dengan menyendalkan bantal pada kepala MENUTUP SALURAN mereka. dan botol susu. PERNAFASAN “Tersedak susu boleh berlaku dalam “Ibu yang memberikan susu badan kepada dua keadaan iaitu apabila bayi itu tidak sihat bayi juga tidak digalakkan tidur bersama bayi di seperti selesema sehingga mengganggu saluran atas katil sama bagi mengelakkan tertindih atau puting pernafasannya atau dia memang mengalami masalah tidak masuk ke dalam mulut bayi dengan posisi yang betul. susah untuk menelan seperti kanak-kanak Cerebral “Apabila susu tidak masuk ke saluran yang betul, sekali- Palsy dan Sindrom Down. pun tidak berlaku kematian, ia boleh mengakibatkan kesan “Dalam keadaan seperti ini, pengasuh dan ibu bapa lain seperti jangkitan pada paru-paru dan jangkitan pada perlu memberi lebih pengawasan kepada bayi ketika saluran pendengaran. menyusu iaitu menyusukan bayi dalam kedudukan yang “Begitu juga jika puting botol susu berada terlalu lama betul, pastikan bayi tersebut sudah habis menyusu dan dalam mulut bayi, ini akan menjejaskan pertumbuhan gigi bayi seperti menjadi rapuh dan memberi kesan jangka masa panjang untuk bayi tersebut apabila dewasa,” jelasnya. Apabila susu tidak masuk ke saluran yang betul, sekalipun tidak berlaku kematian, ia boleh mengakibatkan kesan lain seperti jangkitan pada paru-paru dan jangkitan pada saluran pendengaran.” – Dr Zulkifl i Ismail Langkah Kecemasan • Hentikan susu • Tiarapkan bayi pada kedudukan 90 darjah • Urut atau tepuk secara perlahan belakang dada beberapa kali • Jika bayi berhenti bernafas, lakukan bantuan pernafasan (CPR) • Dapatkan pemeriksaan di klinik berhampiran Ketahui keadaan bayi sama ada sihat atau tidak Sentiasa mengawasi bayi ketika memberikan susu Kenalpasti kaedah pelekapan yang betul iaitu membuka luas mulut bayi, bibir melengkung keluar dan dagu mencecah payudara Letakkan bayi pada posisi betul dengan meninggikan bahagian kepala 45 darjah Elakkan menyusukan bayi ketika sedang tidur Faktor Bayi: • Tidak sihat seperti selesema dan batuk • Mengalami masalah sukar menelan seperti Cerebral Palsy dan Sindrom Down Faktor ibu: • Mempunyai susu yang banyak (oversupply) • Menyebabkan susu terlalu laju dan bayi tidak dapat mengawal saluran pernafasan Faktor Botol: • Pilih puting botol yang sesuai – tidak terlalu besar, mengikut kemampuan bayi • Penuhkan susu di bahagian depan botol bagi mengelakkan bayi menghisap udara yang menyebab kan bayi termuntah atau tersedak Faktor Posisi Badan: • Jangan mengayun-ayunkan bayi semasa penyusuan • Jangan tidurkan bayi terlentang • Bayi sentiasa perlu diawasi semasa penyusuan TANDA-TANDA TERSEDAK SUSU • • • • Hisapan susu menjadi lemah Batuk-batuk Muka bayi menjadi merah atau kebiruan Bayi bernafas laju seperti sukar untuk menyusu BUKAN KILANG Manakala di pusat asuhan pula beliau berkata, elakkan daripada menjadikan bayi seperti produksi ‘kilang’ yang diberikan secara serentak dan ditinggalkan tanpa pengawasan. “Ini paling bahaya lebih-lebih lagi bagi bayi berusia kurang enam bulan. Sebaiknya, bagi bayi berusia ini adalah pengasuh perlu menyusukan bayi dalam keadaan memangku dan meninggikan kepala bayi tersebut kira-kira 45 darjah. “Ini bagi membolehkan bayi menyusu dengan selamat selain mempunyai interaksi antara pengasuh termasuk ibu bapa dengan bayi tersebut,” katanya. — al-Siha  Membiarkan bayi menghisap susu ketika tidur undang risiko tersedak susu.