al-Siha : November 2019 | Page 6

06 al-Siha | NOVEMBER, 2019 BULETIN Tingkat kesedaran kebersihan tangan HOSPIS Malaysia komited sedia penjagaan paliatif buat warga emas. Penjagaan paliatif untuk warga tua 90 peratus rakyat Malaysia tiada kesedaran mengenai hari tua M ALAYSIA berdepan populasi warga tua yang semakin meningkat. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefl y Ahmad, dengan jumlah penduduk berusia yang kian meningkat, pastinya ada antara mereka yang mengalami penyakit serius seperti kanser, jantung, penyakit tidak berjangkit dan penyakit yang kerap kali dialami warga tua. Jelasnya, bukan sekadar penjagaan awal semata yang perlu dititikberatkan, malah perjalanan terakhir hidup mereka juga sangat penting. Sementara itu, Pengerusi Hospis Malaysia, Datin Kathleen Chew Wai Lin berkata, mungkin ramai dalamkalangan kita yang tidak berdepan masalah atau penyakit yang melibatkan nyawa ini. Tetapi lebih dari 56,000 orang di Malaysia memerlukan penjagaan paliatif setiap tahun. “Mereka cuba untuk meneruskan kehidupan dengan baik, malangnya walaupun dengan adanya kemajuan, kurang dari 10 peratus yang memperoleh akses pen- jagaan paliatif ini,” katanya. Tambah beliau, Hospis Malaysia berhasrat untuk menyediakan penjagaan paliatif untuk mereka yang memerlukan dan setiap individu berhak untuk bersuara. “Penjagaan paliatif merupakan langkah rawatan untuk mereka yang menderita khususnya dengan HOSPITAL Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax, bekerjasama mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang. Kempen dengan tema Antabax Always Be Clean (ABC) for Health yang akan bermula dari Oktober hingga November itu bertujuan meningkatkan keseda- ran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah. Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan peru- batan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr Abdul Wahab Abdul Ghani berkata, pihaknya percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda.  Manaakala Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee memberitahu jenama ini komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersi- han tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif. “Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Infl uenza serta banyak lagi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pence- gahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Di seluruh dunia, seramai 30,000 wanita dan bayi maut1[2] setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna.  Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), kira- kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersi- han untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Infl uenza serta banyak lagi. — al-Siha Dr Dzukefl y ketika berucap pada mahlis makan malam amal Hospis Malaysia, baru-baru ini. penyakit yang serius. Di Malaysia, kesedaran tentang penjagaan paliatif ini masih kurang, dimana lebih 90 peratus rakyat Malaysia tidak tahu mengenainya dan hanya 10 peratus sahaja rakyat yang menggunakan- nya,” beliau ditemui berkata demikian dalam ucaptama sempena majlis makan malam amal Hospis Malaysia baru-baru ini. — al-Siha Maskot Antabax menyambut kedatangan murid pra-sekolah pada kempen ABC di KPJ Ampang Puteri. Peta hospital strok di Malaysia PESAKIT strok berisiko menghidapi komplikasi sekiranya tidak menerima rawatan yang sewajarnya dengan segera. Sempena Hari Strok Sedunia pada 29hb Oktober, Majlis Strok Malaysia (MSC) dan Boehringer Ingelheim bergand- ing bahu melancarkan laman web yang dikenali sebagai MY Stroke Hospital untuk meningkatkan pendidikan strok dan memperkembangkan akses bagi rawatan strok di Malaysia. Ketua Perubatan, Boehringer Ingelheim Malaysia dan Singapura berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan MSC untuk melancarkan laman web MY Stroke Hospital ini. “Sejak pelaksanaan Angels Initiative di Malaysia dua tahun lepas, kami bekerja rapat dengan pelbagai hospital kerajaan dan swasta untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan rawatan strok di Malaysia,” katanya. Tambah beliau, melalui laman web ini, kami berharap dapat memudahkan proses mencari hospital buat pesakit strok untuk menjimat masa pada waktu kecemasan kerana ia merupakan faktor penting dalam rawatan strok. Laman web (https://mystrokehospital.my/) ini dilengkapi dengan fungsi peta yang membolehkan orang ramai mengenal pasti hospital berdekatan yang menawarkan rawatan akut strok dan menampilkan ciri peta interaktif di mana pengguna boleh mencari hospi- tal kerajaan dan swasta berdekatan yang menawarkan perkhidmatan perubatan strok berdasarkan lokasi semasa mereka. Peta ini juga memaparkan jarak dan waktu operasi Laman web My Stroke Hospital membolehkan pengguna mengal pasti lebih daripada 50 hospital kerajaan dan swasta. hospital. Sesetengah hospital yang disenaraikan bero- perasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ada juga yang beroperasi 24 jam bagi memenuhi keperluan semasa. Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit strok di laman web tersebut. — al-Siha