al-Siha : November 2019 | Page 7

NOVEMBER, 2019 | al-Siha BULETIN 07 Latih doktor urus keracunan kulat MRCUM kendali bengkel kenal pasti kes keracunan melibatkan cendawan liar Sebanyak tujuh kes keracunan cendawan liar direkodkan berlaku dari Januari hingga Mei 2018.” OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD P USAT Penyelidikan Cendawan Mushroom Research, Universiti Malaya (MRCUM) baru-baru ini menganjurkan satu siri bengkel khas bagi melatih pegawai kesihatan awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kaedah mengenalpasti kes keracunan membabitkan cendawan. Bengkel yang diadakan secara berkala bermula di UM, Kuala Lumpur sebelum diteruskan di Sabah dan Sarawak itu dihadiri seramai 75 pegawai kesihatan awam dari seluruh negara. Ketua program, Dr Phan Chia Wei ber- kata, kes-kes keracunan cendawan tidak lagi boleh dipandang remeh kerana ia boleh mengakibatkan penyakit yang serius.  “Sebanyak tujuh kes keracunan cendawan liar direkodkan berlaku dari Januari hingga Mei 2018 yang melibatkan 29 mangsa. Kes paling serius dilaporkan berlaku di Jeram, Selangor membabitkan sebanyak sembilan kes. “Mangsa mengalami muntah-muntah dan cirit-birit beberapa jam selepas makan mi segera yang dicampurkan dengan cendawan liar. Siasatan mendapati cendawan tersebut diperoleh dari belakang rumah mangsa. “Sampel cendawan telah dihantar ke MRCUM untuk pemeriksaan dan telah disahkan sebagai spesis Chlorophyllum molybdites,” katanya yang juga pensyarah  Fakulti Farmasi, UM. Cendawan Chlorophyllum molybdites merupakan cendawan busut yang boleh dimakan, walau bagaimanapun ia perlu — Dr Phan Chia Wei Salah satu aktiviti bengkel adalah pengutipan cendawan liar di hutan. dipastikan dalam keadaan baik bagi mengelakkan keracunan. Bengkel adalah inisiatif daripada projek komuniti yang disokong oleh unit UMCares (Pusat Komuniti dan Kelestarian) UM dan turut mendapat sokongan  daripada Bahagian Kawalan Penyakit, KKM. Program yang dianjurkan adalah berkonsep ‘melatih pelatih’, di mana pegawai yang dilatih akan melatih pegawai lain di pejabat kesihatan daerah mereka masing-masing selepas tamat bengkel. MEMBANTU RAWATAN Dalam pada itu, Ketua Sektor Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Dr A’aisah Senin berkata, setakat ini tiada garis panduan khusus tentang prosedur mengendalikan kes keracunan cendawan di Malaysia. “Justeru, bengkel ini dilihat mampu mel- atih pegawai kesihatan persekitaran tentang langkah-langkah untuk mengutip cendawan liar di tempat yang dilaporkan oleh mangsa keracunan cendawan di samping mengisi borang deskripsi sampel cendawan yang dikutip serta cara penyimpanan sampel cendawan dengan betul,” katanya. Sementara itu, seorang peserta, Dr. Teoh Wan Jool berkata, bengkel memberikan pel- bagai informasi baharu tentang cendawan dan kulat yang kurang diberi penekanan mana-mana pihak sebelum ini. “Di Sarawak, memang ada banyak kes keracunan cendawan terutamanya di luar bandar. Selepas latihan ini, pegawai kami telah dilengkapi dengan pengetahuan yang Antara cendawan liar yang sering ditemui iaitu Chlorophyllum molybdites. asas tentang cendawan, tidak kira sama awda ia beracun ataupun tidak,”  katanya yang juga Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah, Kuching, Sarawak. — al-Siha Penjagaan kebersihan lindungi hak pesakit Program terbabit beri kesedaran mengenai kepentingan kebersihan ketika melawat pesakit. OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD MEMBASUH tangan ketika melawat pesakit di hospital sering dianggap remeh dalam kalangan ahli keluarga ter- masuk petugas kesihatan. Namun, ramai tidak menyedari, disebabkan kurang menitikberatkan amalan mudah itu, ia bukan sahaja boleh membawa kesan buruk terhadap pesakit, malah mengancam nyawa individu tersayang. Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sebanyak 134 juta kejadian buruk terhadap pesakit berlaku setiap tahun disebabkan kurang penjagaan keselamatan di hospital seluruh dunia. Dari jumlah itu, sebanyak 2.6 juta kematian direkodkan berlaku sekitar negara mundur dan sedang membangun. Memandang serius perkara tersebut, Ramsay Sime Darby Health Care (RSDHC) baru-baru ini mengambil inisiatif melancarkan Program Speak Up for Patient Safety (SUFPS) di semua pusat penjagaan kesihatan kendaliannya di negara ini. Ini termasuk Subang Jaya Medical Centre, ParkCity Medical Centre, Ara Damansara Medical Centre dan Ramsay Sime Darby Healthcare College. Ketua Kumpulan Jururawat, Kualiti dan Pengurusan Risiko, RSDHC, Erin Lloyd berkata, program dilaksanakan bertujuan membudayakan amalan penjagaan keselamatan dalam kalangan kakitangan bagi mengelakkan risiko atau jangkitan kepada pesakit ketika proses rawatan dan pemeriksaan. “Perancangan dan pembangunan program ini telah dimulakan sejak tahun lalu dengan memberi pendedahan kepada kakitangan di semua peringkat berhubung kepent- ingan penjagaan keselamatan pesakit. “Melahirkan ‘manusia saling mempeduli’, kami teruja menjadikan kumpulan hospital RSDHC sebagai pusat pen- jagaan kesihatan perintis di Malaysia yang memperkenalkan Program Keselamatan Pesakit seumpama ini,” katanya kepada al-Siha ketika ditemui di Ara Damansara Medical Centre, Selangor. Program SUFPS yang dibangunkan oleh Vanderbilt Uni- versiti, Amerika Syarikat sejak 25 tahun lalu diperkenalkan di negara ini berikutan kejayaannya yang terbukti di seluruh dunia. Sebanyak 110 pusat kemudahan Ramsay Health Care termasuk di Australia, United Kindom dan kini di Malaysia telah mengaplikasikan SUFPT. HAK MENEGUR Mengulas lanjut, beliau berkata, program turut membo- lehkan setiap kakitangan memberi teguran kepada rakan sekerja jika melakukan kesalahan agar mematuhi panduan keselamatan ditetapkan. Pembantu perubatan menggunakan sarung tangan untuk merawat pesakit yang mendapatkan rawatan. “Bukan sahaja dalam kalangan jururawat atau doktor, malah pekerja pembersihan juga boleh menegur kakitangan hospital supaya mengamalkan prosedur ditetapkan seperti membasuh tangan sebelum melakukan sebarang pemerik- saan dan rawatan. “Perkara ini sangat penting diamalkan di hospital kerana boleh mengakibatkan jangkitan serius terhadap pesakit,” katanya. Dalam pada itu, Llyod berkata, program tersebut turut memberi hak kepada pesakit untuk bertanya dan menyu- arakan pandangan terhadap jururawat dan doktor yang bertugas. “Pesakit boleh bertanya, adakah jurura wat atau doktor itu sudah mencuci tangan. Apakah jenis ubat dan kandungan yang ingin diberikan serta rawatan ingin dijalankan kepada mereka,” jelasnya. Justeru tambahnya, menerusi program ini dilihat mampu mendidik kakitangan hospital agar lebih berdisiplin, menunjukkan nilai murni serta berhemah dalam men- jalankan tanggungjawab, sekaligus memberikan khidmat terbaik kepada pesakit. - al-siha