al-Siha : November 2019 | Page 8

08 al-Siha | NOVEMBER, 2019 BULETIN Pamer teknologi peranti perubatan MyMedex 2019 kumpul pemain industri penjagaan kesihatan dari 20 negara Dr Mahathir (tengah) merasmikan MyMedex 2019 sambil diperhatikan Dr Dzukefl y (kiri) dan Dr Chen Chaw Min. P IHAK Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) telah menganjurkan Ekspo Peranti Perubatan Malaysia (MYMEDEX) 2019, mengumpulkan sebanyak 150 reruai melibatkan pelbagai syarikat dari 20 negara, yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula 15 hingga 17 Oktober lalu di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Ekspo yang diadakan ini mengetengahkan IMDC2019,MyMedex 2019 dan juga Medinova yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pameran teknologi dan inovasi terkini industri perubatan. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moha- mad, peranti, peralatan mahupun penyediaan penjagaan kesihatan, perlu melalui pemilihan dari pihak berkuasa kebangsaan terlebih dahulu. Tambah beliau, sumber manusia dan teknologi peralatan perubatan antara aspek yang melengkapkan lagi penyediaan penjagaan kesihatan di setiap negara. “Usaha yang diambil setakat ini telah menempatkan Malaysia sebagai yang pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan Terbaik Dunia bagi ‘2019 International Living Annual Global Retirement Index’,” katanya dalam ucaptama sempena merasmikan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa. Jelasnya, untuk memastikan Malaysia kekal sebagai pilihan pelabur dari negara luar, kerajaan akan menye- diakan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan aliran masuk modal dan teknologi luar selain menguku- Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) mengambil bahagian dalam MyMedex 2019. hkan persaingan industri Malaysia dalam pasaran global. “Semua pihak perlu memainkan peranan masing- masing dan kerajaan Malaysia menerusi PBPP juga perlukan sokongan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta institusi pengajian tinggi,” katanya. Beliau turut menyifatkan semua pihak yang ter- libat dalam menjayakan MyMedex 2019 kali ini sebagai penggerak industri ini ke satu tahap yang lebih tinggi, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab sumber peranti perubatan di seluruh negara. “Peningkat yang begitu pantas yang ditunjukkan oleh industri pengeluar peranti perubatan adalah bukti bahawa UEM Edgenta tak lepas peluang ambil bahagian dalam MyMedex 2019 pada Oktober lalu. syarikat tempatan mula melaksanakan R&D dalam proses pengilangan mereka dan mahu pengusaha industri dan usahawan meneruskan usaha mereka, kerana kemajuan teknologi amat penting jika ingin kekal bersaing,” katanya. Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefl y Ahmad, berkata, MyMedex2019 kali ini menye- diakan peluang rangkaian yang cukup meluas. “Perubahan lebih baik telah berlaku menerusi penghasilan peranti perubatan berteknologi tinggi, dan semoga memberi impak yang positif kepada ekonomi negara,” jelasnya. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Chen Chaw Min. — al-Siha