al-Siha : Plus Pull-Out January 2019 | Page 9

januari, 2019 | al-siha Plus p09 12 perkara pesakit perlu tahu SEBELUM • Pesakit dinasihat berpuasa dalam tempoh 24 jam sebelum menjalani ujian. • Pesakit hanya dibenarkan minum air kosong sahaja dalam tempoh enam jam sebelum menjalani ujian. • Pesakit dibenarkan mengambil ubat-ubatan rutin kecuali ubat diabetes (kencing manis) dimana perlu dihentikan pengambilannya dalam tempoh 12 jam sebelum ujian. Manakala insulin pula perlu dihentikan empat jam sebelum prosedur. • Radiofarmasiutikal (18F-FDG) akan disuntik untuk membantu menghasilkan imej yang lebih baik. PET-CT scan 90% lebih tepat SEMASA iMBas HinGGa kE DasaR... Dr. Ahmad Khairudin dihadapan mesin pengimbas PET-CT baharu di IJN Imaging Centre. PET-CT Scan adalah sejenis pengimbas yang menggabungkan bahan radioaktif dikenali sebagai radiofarmasiutikal atau radiotracer, kamera khas dan komputer untuk mengesan sesuatu yang tidak normal di dalam tubuh badan. ia bukan hanya menjalankan x-ray bahkan mampu mengesan kanser, potensi menjadi kanser di peringkat sel yang tidak dapat dikesan melalui CT Scan atau Mri, meninjau aliran darah di dalam otot jantung, mengesan perubahan di dalam otak dan sebagainya sehingga 90 peratus ketepatan “Alat pengesan ini sangat unik kerana mampu memberikan maklumat mengenai fungsi dan struktur yang selalunya sukar diperoleh menggunakan alatan pengimejan lain, dengan mengenalpasti perubahan di dalam badan, pengimbas PET-CT ini dapat mengesan permulaan penyakit.” – Dr. ahmad Khairuddin P OsitROn Emisson tomography (PEt imaging atau PEt scan) merupakan sejenis pengime- jan perubatan nukleur(nuklear). ia dapat mengukur fungsi terpenting badan, aliran darah, penggunaan oksigen dalam badan serta mengesan gula (glukosa) metabolism bagi menilai keadaan tisu badan. Manakala, Ct imaging pula merupakan alatan x-ray khas untuk menghasilkan pelbagai imej dalam badan. imej kemudiannya akan dipaparkan pada skrin komputer dan ditafsirkan oleh ahli radiologi(pakar Jantung atau pakar radiologi). ia sangat efektif dalam memberikan gambaran yang lebih jelas berkaitan anatomi badan. Kehebatan dan kepakaran dua teknologi nukleur (nuklear) ini kemudiannya digabungkan menjadi PEt-Ct scan untuk menghasilkan satu teknologi terkini yang lebih tepat dan lebih efektif dalam mendiagnosis pesakit. PEt-Ct scan turut memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan rawatan yang lebih baik dan lebih tepat kepada pesakit. Menurut Pakar Pengimejan Kardiovaskular dan Kardi- ologi intervensi, Datuk Dr. Ahmad Khairuddin Mohamed Yusof, teknologi perubatan nukleur (nuclear) ini digunakan bagi mengesan sel-sel kanser serta mengesan masalah jan- tung seperti aliran darah di dalam otot jantung, mengesan serangan jantung, mengesan abnormal pada otak seperti pembentukan tumor, gangguan ingatan, kekejangan serta gangguan saraf pusat. “Alat pengesan ini sangat unik kerana mampu mem- berikan maklumat mengenai fungsi dan struktur yang selalunya sukar diperoleh (diperolehi dengan) meng- gunakan alatan pengimejan lain. Dengan mengenalpasti perubahan di dalam badan, pengimbas PEt-Ct ini dapat mengesan permulaan penyakit sebelum ia dapat dikesan oleh Ct scan atau MRi,” jelasnya. PEt-Ct scan merupakan sejenis mesin berbentuk bulat ditengah sepertimana Ct scan dan MRi. Di dalam mesin ini terdapat beberapa gegelang pengesan yang mengesan pelepasan tenaga radioterapi (radioaktif ) yang disuntik dalam badan. Apabila pesakit masuk ke dalam terowong, gegelang x-ray dan pengesan elektronik akan berputar. Maklumat lengkap kemudiannya akan dipaparkan pada skrin komputer. ironinya, X-ray biasa hanya melepaskan sinar X ke tubuh dari luar badan. namun, bagi PEt-Ct scan bahan radioaktif dikenali sebagai radiofarmasiutikal atau radio- • Prosedur mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam bergantung kepada keadaan. Pesakit digalakkan membawa ahli keluarga untuk menemani. Bagaimanapun, wanita hamil dan kanak-kanak adalah dilarang. • Paras gula akan dipantau semasa prosedur. • Glukose (glukosa) juga akan diberikan bergantung kepada keperluan. • Pesakit dinasihatkan untuk berehat selama 45 minit hingga satu jam selepas suntikan 18F-FDG bagi mengelakkan pengumpulan bahan radioaktif di dalam otot. • Pesakit digalakkan meminum air masak sebanyak mungkin selepas suntikan 18F-FDG. Ini kerana kekerapan membuang air kecil akan membantu mengurangkan kesan radioaktif dan memudahkan proses imaging. • Prosedur mengambil masa selama 20 hingga 45 minit sahaja bergantung kepada keadaan. SELEPAS • Minum air masak sebanyak mungkin selepas prosedur. • Ibu yang menyusukan bayi perlu menghentikan penyusuan dalam tempoh 24 jam selepas menjalani prosedur. ManFaaT BERsaMa... Kerjasama ini memberi banyak manfaat kepada pesakit jantung dan penyakit-penyakit lain. tracer akan disuntik ke dalam salur darah atau ditelan atau disedut melalui gas. Bahan radioaktif yang terkumpul di dalam badan kemudiannya akan menghasilkan tenaga dikenali sebagai sinar gamma. Lalu, sinar gamma ini akan dikesan melalui kamera gamma, pengimbas PEt dan alat pengesan tenaga. Maklumat yang diperoleh (diperolehi) akan dihantar ke komputer bagi membentuk imej struktur, fungsi, organ serta tisu dalam bentuk tiga dimensi. tidak seperti alat pengimbas lain, PEt-Ct scan ter- tumpu kepada gambaran proses fi siologi dalam tubuh seperti kadar metabolism serta aktiviti kimia yang lain. Kawasan titik panas misalnya, menunjukkan jumlah radioterapi (radioaktif ) banyak terkumpul di mana ter- dapat aktiviti kimia atau metabolik yang tinggi. Manakala, kawasan titik sejuk menunjukkan kepekatan radioterapi (radioaktif ) yang lebih kecil dan kurang aktiviti kimia. — al-Siha Plus